Lempeng menjadi antara menu tradisi yang cukup enak dimakan dan menyediakannya cukup mudah.
Namun untuk memastikan lempeng yang dimasak terlihat cantik sempurna, tidak semua boleh menyediakannya.
Ada teknik dan ramuannya yang istimewa. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Suzana Othman.
Lempeng Legend Lembut Gebu Airtangan Mak Buyong
Setiap kali up gamba lempeng mesti ramai yang cakap lempeng kita cantik. Alahai.. Rasa macam nak belanja lempeng je kat semua yang komen tu tau. Tapi apekan daya, dok dalam fesbuk dapat jamu mata aje.
Harini kita belanja resepi dan tutorial buat lempeng supaya semua orang boleh buat sendiri kat rumah. Kira belanja jugak la tu kan.
Tak mintak banyak, cuma mintak doa tulus dari uolls supaya makyong dipermudahkan urusan bersalin dan dapat bby yg sihat dan comel xlama lagi👶 Aamiin..
Ajommm.. Belajar buat lempeng🙋
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
500ml air
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
Step 1 : Panaskan non stick pan
Step 2 :Tuang adunan ikut saiz pan
Step 3 : Tak perlu lenggang kuali
Step 4: Tunggu lempeng keluar bubble
Step 5 : Agak-agak sudah kering, balikkan lempeng.
Step 6 : Tunggu kejap
Step 7 : Balikkan lagi sekali untuk pastikan lempeng sudah masak.
Step 8 : Kemudian angkat dan buat lagi sehingga habis adunan.
Sedia untuk dihidang.
Sumber : Suzana Othman via MAHN