Nak Buat Potluck & Keluarga Gader. Cuba Buat Sandwich Viral 35K Share Ini, Mudah Aje!

Share

Hujung tahun ni mesti ada yang merancang nak buat potluck atau keluarga gader. Maklumlah pelbagai aktiviti nak dilakukan. Bila sebut potluck ni mesti kena menyediakan menu untuk hidangan bersama keluarga. Apa kata cuba resepi sandwich viral. Mudah penyediaannya. Ikuti perkongsian Ibu Azzah yang tidak lokek memberikan ilmu respi viralnya. Jom kita cuba buat!

SANDWICH VIRAL 35 RIBU SHARES

Resepi Sandwich ibu yg pernah viral suatu masa dulu…dan tak pernah jemu sampai sekarang. Sesuai dibuat utk sebarang majlis.

Korang boleh variasikan inti…grilled chicken, egg mayo dan macam2 lagi. Ikut kreativiti korang laaa..kasi kebabom gitu.

 

Bahan2: (9 bahan jer)
1 buku Roti –
1 tin Tuna
5 sudu besar Mayonis
1 biji Bawang holland
2 bj Cili api
satu hiris Limau nipis
Tomato
Salad
Marjerin pelangi (x ada dlm pic)
Penyediaan bahan
PENYEDIAAN INTI TUNA

I tin tuna (flakes atau chunks), jenis berair atau berminyak boleh tapi mesti buang cairan tuu duluI bj bawang holland – cincang kasar2 biji cili api merah – potong halus5 sudu besar mayonisSatu hirisan limau nipis (jgn sebiji pulak)Cara2:

1. Tuna dihancurkan dulu guna garfu.
2. Masukkan mayonis dan semua bahan yg lain. Jgn lupa perahkan asam limau.
3. Gaul rata sehingga sebati
4. Sedia utk diguna terus
5. Boleh simpan dlm chiller sekejap lagi sedap.

Potong tepi roti guna pisau tajam atau gerigi supaya tak kemek.

 

Ini roti yg dah dipotong tepi. Lebihan roti tadi jangan dibuang. Korang boleh buat breadcrumbs atau bread pudding.

 

Sapu rata roti dgn marjerin. Jgn tebal sgt..sapu nipis jer. Ibu guna pelangi. Kalau nak guna butter pun boleh…terpulang.

Sapu pulak mayonis. Pun nipis shj.

Letak salad ? atas roti. Nk guna salad jenis lain2 pun tak per.

Sapukan rata.

Kemudian, letak 2 hirisan tomato ? ke atas roti ke dua yg dah disapu marjerin n mayonis. Kemudian Letak inti tuna satu sudu dan ratakan.

Kemudian ambil roti kedua tadi susun atas roti pertama yg kita dah standby yg ada salad td tu.

Pastu, susun pulak kepingan roti ketiga juga yg dah disapu majerin dan mayonis atas roti kedua.

Notes : roti ketiga hanya sapuan marjerin dan mayonis shj

Macam ni jadinya susunan roti. Guna batang lidi cucuk roti macam dlm gambar. Tujuan utk elak roti bergerak semasa proses potong. Potong menyerong guna pisau tajam atau yg bergerigi. Pastikan jari jgn menekan sgt roti nanti penyek semasa proses potong.

Letak satu bite sandwich yg da siap ke dalam paper cup, no 10. Nampak kemas dan menarik. Ikut korang laaa nak jual berapa. Asalkan jgn murah sangat nanti lambat kaya ?

Dah siap! Selamat mencuba.

IKLAN