Nak Dapat Lagi Pekat Santan Kelapa Parut, Jangan Perah Guna Tangan Tapi Buat Cara Ni!

Share

Kata orang kalau masak menggunakan santan segar yang diperah, rasa masakan lebih enak berlemak.

Pun begitu, jika tidak pekat santan yang digunakan, bimbang juga masakan tidak terlihat sempurna. Nampak cair seperti menggunakan  air sahaja. Sudahlah begitu, rasanya juga akan kurang  berlemak.

Jadi ikuti tip yang sering dilakukan oleh Norsyahida ini dan semoga bermaanfaat untuk semua.

Tips di dapur. Tips supaya santan perahan lebih pekat.

Mungkin ada yang dah tahu tips ni dan biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.

Kepada yang biasa guna santan kotak di larang keras untuk ikut tips ni.

Untuk akak-akak  atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut(orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam.

Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.

 

Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender. Then ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.

Cara ni mak saya ajar masa mula-mul saya belajar masak zaman remaja dulu.

Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.

Selamat mencuba.

Sumber : Nursyahida Al-Hashimy via MAHN

IKLAN