Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Praktik 7 Langkah Ni. Boleh Tahan Sampai Esok!
Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambilnya. Namun, adakalanya nasi yang dimasak tidak bertahan lama dan basi.
Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
Ads
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Ads
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Ads
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lesung batu ni macam jadi satu benda wajib di dapur kita. Kalau tak ada lesung batu ibarat dapur macam tak berfungsi dengan sepenuhnya. Tak gitu?
Kalau tiap kali tumbuk sambal tapi susah nak hancur dan lumat, tu maknanya lesung batu kita dah tak berapa nak tajam. Proses tumbuk sambal patutnya sekejap saja jika batunya benar-benar tajam.
Jika anda mengambil masa yang agak lama ketika proses menumbuk, itu bermakna lesung batu kita dah kurang tajam dan tidak lagi berfungsi dengan betul.
Tau tak lesung batu yang terlalu lama juga akan mengakibatkan permukaan jadi licin dan haus. Macam mana nak tajamkan lesung batu ini? Jangan pandang mudah. Walaupun lesung batu bukanlah perkakasan utama tapi ia sangat membantu kerja-kerja memasak. Rasa pun sedap kalau ditumbuk.
Macam mana nak jaga dan tajamkannya?
BAHAN-BAHAN:
Garam kasar
Kulit Kerang
1. Caranya adalah mudah sahaja, ambil garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.
3. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan kulit kerang. Tumbuk kulit kerang kerang hingga hancur dan bersihkan permukaannya.
4. Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar. Cubalah.
Tip Jaga Lesung Batu
Siapa kata lesung batu tidak harus dijaga dengan baik. Untuk menjadikan lesung sentiasa bersih, tajam dan terjaga kondisinya, harus ada caranya. Cuba tip yang diberikan ini.
* Selepas digunakan, pastikan lesung batu dibasuh bersihbagi menghilangkan baunya.
* Jika perlu, gunakan sabun untuk hilangkan bau-bauannya.
* Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.
* Selalulah menumbuk garam kasar di dalamnya bagi menajamkan matanya.
* Sesekali tumbuk sebarang jenis cengkerangbagi menajamkan lagi matanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melengkapkan lagi koleksi biskut raya tahun ini, apa kata sediakan resipi biskut yang dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim ini.Nampak sangat enak dan cantik bentuknya.
Sudah tentu anak-anak akan suka rasa strawberi dan coklat rice yang digunakan dalam adunan biskut.
Jadi usah tunggu lagi, jom sediakan biskut nan satu ini.
Cara-caranya :
1. Satukan butter, gula aising dengan esen vanila.. Kacau sebati.. Saya guna senduk kayu ja..
2. Masukkan corn flakes hancur.. Diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.. Gaul sebati.. Adun hingga jadi doh..jika doh masih lembik, boleh tambah tepung gandum lagi sedikit.. Akhir sekali, masukkan coklat rice.. Gaul sebati..
3. Saya guna acuan samperit ja, tekan sikit ditengah biskut.. Tekan guna jari ja, supaya ada ruang untuk letak filling tu nanti..
4. Isi jem strawberry dalam piping bag.. Gunting hujungnya.. Dan paipkan jem tersebut di ruang tengah biskut..
5. Bakar selama 20minit @ hingga masak.. Guna api atas bawah.. Suhu 180c..suhu ni kena ikut oven masing-masing..
Tak tahu nak masak apa minum petang hari ni, apa kata cuba buat kuih nona manis. Cara nak buat memang mudah jika ikut resipi ni. Pasti jadi walaupun pertama kali cuba.
Rasa lembut dan manisnya sesuai sekali untuk hidangan seisi keluarga. Bahan-bahan penyediaan resipi kuih ini mudah diperolehi
Ikuti perkongsian ini.
Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu. Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu, hihi. Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.
Resepi Nona Manis
Bahan A (Step 1) 1 cawan tepung gandum 1 cawan santan 1/2 cawan gula 1 biji telur
Untuk step pertama. Kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau xda pengisar, boleh whish hand je.Dah siap, ketepikan.
Bahan B (Step 2) 1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis) 1/2 cawan santan 2 sudu besar tepung jagung 1sk pewarna hijau
Step ke 2 pulak, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sebati.Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila dah sejuk tapis dan letak dalam botol.
Bahan C (Step 3) 2 cawan santan 2 sudu tepung gandum 1sk garam 1sk gula
Nilah rupa nona manis bila dah masak.
P/S : Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.