Nak Guna Sikit, Tapi Beli Sebungkus! Elak Membazir, Simpan Limau Kasturi Dengan Cara Mudah Ini

Share

Limau kasturi ni, siapa yang ada pokoknya mesti tahu sekali ia berbuah, memang lebat selebatnya lah! Sampai tak terguna buahnya.. Tak dikutip nanti, jatuh ke tanah, bila dikutip, takut tak terguna membusuk sahaja.

Ataupun yang jenis beli di kedai, dah siap bungkus banyak tapi nak guna 2 3 biji sahaja. Tak ke membazir? Haaa jangan risau! Ikut je cara ni… Mudah dan semestinya gerenti tahan lama! Moga bermanfaat.

Tips & Cara Simpan Limau Kasturi Tahan Lama

Bahan-bahan:

Limau kasturi
Penapis
Bekas ais

Cara-cara:

1. Bersihkan buah limau dan potong dua.

2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.

3. Setelah siap diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.

 

4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.

 

5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.

Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan. Selamat mencuba!

Sumber : Siti Fatimah Abas

IKLAN