Limau kasturi ni, siapa yang ada pokoknya mesti tahu sekali ia berbuah, memang lebat selebatnya lah! Sampai tak terguna buahnya.. Tak dikutip nanti, jatuh ke tanah, bila dikutip, takut tak terguna membusuk sahaja.
Ataupun yang jenis beli di kedai, dah siap bungkus banyak tapi nak guna 2 3 biji sahaja. Tak ke membazir? Haaa jangan risau! Ikut je cara ni… Mudah dan semestinya gerenti tahan lama! Moga bermanfaat.
Tips & Cara Simpan Limau Kasturi Tahan Lama
Bahan-bahan:
Limau kasturi
Penapis
Bekas ais
Cara-cara:
Ads
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
Ads
3. Setelah siap diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
Lontong adalah salah satu menu hidangan yang dulunya popular sewaktu musim perayaan. Namun kini, sajian ini menjadi hidangan seisi keluarga tanpa mengira masa.
Melalui perkongsian Mizs Mieyza via Masak Apa Hari Ni mendapat perhatian ramai ekoran cara penyediaan yang ringkas.
Jom lihat perkongsiannya.
Melontong.Mak dulu niaga lontong ni kat kem askar. Kami adik bradik puas haa dok tolong mak…dulu gaji ayh x sebesar gaji askar skarang ni…jd kena cari alternatif lain ntk mak n ayh besarkn anak2….hujung mggu paling best kami 4 bradik dok kat kantin niaga…akak jadi ketua…dtemani pekerja mak sorang…haa time tu mak ade bagi upah… dh dpt upah kumpul duit….beli kropok twisties sebungkus n air berkarbonat sebotol…wahh rasa suke yg amat masa tu dpt beli twisties sebgkus…mkn 4 bradik masa tu…sush payah tolong mak berniaga…..kenangn2 ni kdg2 buat kiter rndu nak ulang zmn dulu2…skarang masing2 dh kerja…..lontong ni slh satu menu yg ade kat kantin RSAT kem penrissen BATU 8 SWK.
Resipi ade kat gmbar yersaya halalkn resepi. resepi ni d combine dgn resepi mak mertua akak sy yg dok d batu pahat jb…mak mertua untuk sy belum ade…jodoh sy masih hilang dr radar..doakn kami sekeluarga sihat dan dmurahkn rezeki.
CARA PENYEDIAAN
b
Menarik resipi ni. Boleh cuba buat masa raya haji ni.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Citarasa orang Melayu memang tak sah kalau tak pedas atau makan tanpa cili padi. Sambal adalah salah satu hidangan wajib majoriti masyarakat Melayu.
Tetapi kali ini, bukan sambal biasa yang kami nak kongsikan. Haaa sambal goreng jawa ini adalah antara lauk tradisi orang jawa.
Apa yang membezakan sambal goreng ini dengan sambal biasa adalah bahan-bahan yang digunakan. Menu ini sebenarnya adalah sayur tumis yang dimasak bersama suhun dan bahan-bahan tambahan lain.
Namanya sahaja sambal tapi rupanya tidaklah seperti sambal yang dibayangkan. Namun, jangan menilai daripada luaran kerana dijamin ‘repeat’ jika anda cuba resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini. Selamat mencuba.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-Bahan:
Bahan Tumis
Cara-Cara:
– Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis.
– Tumis hingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam dan renjiskan kicap manis.K
– Kacau hingga naik minyak, masukkan suhun dan fucuk serta air.
– Masukkan pula kacang panjang, kacau seketika.
– Masukkan bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi, gaul rata, sesuaikan rasa dan tutup api.
Bagi penggemar sambal tentu cili kering wajib ada dalam bahan masakan seharian. Sebenarnya, cili kering yang berbeza memberikan rasa yang berbeza. Namun tidak ramai yang tahu.
Cili kering ni perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi bentuk dan saiz cili tersebut supaya anda tahu jenis yang manakah menepati citarasa anda.
Nak tahu lanjut ikuti empat jenis cili kering.
Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni. Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos.
Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana. Original: Thailand Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty. Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas. 10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap kepedasan: Pedas*
273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668. Original: Thailand Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Tahap Kepedasan: Pedas*
Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas. Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk keempat² cili ialah pijar apabila disentuh..
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.