Setiap kali membaca posting puan Raudzah Arippin, sering kali jugalah hati ini tersentuh melihat ketabahan dan kegigihan seorang wanita bergelar isteri. Cukup positif dalam mengharungi cabaran apabila suaminya di serang strok. Malah Puan Raudzah juga tidak pernak lokek berkongsi ilmu daripada pengalaman yang dilalui dari dulu hingga kini.
Dan ini antara yang pernah dikongsikan adalah tentang tip menjaga dan melawat pesakit. Semoga panduan ini bermanfaat bagi diri kita sekiranya sedang berdepan dengan ahli keluarga yang sakit.
TIPS : MENJAGA DAN MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU/HDW
Agak kerap juga saya menerima mesej dari waris yang menjaga pasangan atau ibu dan ayah yang terlantar di Wad ICU atau HDW. Kata mereka, apa yang perlu dibuat jika pesakit terlantar di wad begitu? Tidak mungkin hanya datang, tunggu dan lihat sahaja perkembangan pesakit.
Baik, saya kongsikan pengalaman saya.
Ini antara bacaan yang saya lakukan (saya pernah kongsikan dalam posting tahun lalu). Waktu suami saya di hospital dulu, saya banyak bertanya pada orang yang lebih arif. Ramai juga yang kongsikan dengan saya. Jadi saya kompilasikan semuanya di sini.
Saya juga ada catatkan panduan untuk pelawat, apa yang sesuai kita bawa ke hospital (sebagai buah tangan), dan apa yang perlu dielakkan.
………………………………………………..
BACAAN : SURAH, AYAT & DOA
1. Surah Yasin (sebaiknya awal pagi dan awal malam)
2. Surah Al Waqiah (untuk sembuhan luka dalaman)
3. Surah Al Kahfi (saya baca pada hari Jumaat, ganti surah Al Waqiah)
4. Surah Al Fatihah (baca 7 kali dan baca senafas pada ayat terakhir sambil berdoa kesembuhan)
11. Doa Hizbul Bahr (Imam Abu Al-Hasan As-Syadzili)
12. Doa Abu Darda’ (awal pagi dan awal malam)
Semua ayat dan doa ini saya bacakan setiap kali waktu lawatan tengahari dan petang, mengikut ruang yang ada.
………………………………………………..
AMALAN LAIN :
1. Sebaiknya, seorang waris sentiasa berada di samping pesakit dan bacakan ayat-ayat dan doa yang disebut di atas.
2. Minta jururawat masukkan air zam zam ketika ‘feeding’ melalui Ryle’s tube (tiub susu dan ubat yang dimasukkan melalui hidung ke perut). Jika kehabisan air zam zam, boleh ganti dengan air bacaan surah Yasin.
3. Wudhu’kan pesakit menggunakan botol penyembur (spray) setiap kali waktu solat (walaupun mereka belum sedar). Bisikkan ke pesakit, sudah masuk waktu. Adalah baik pesakit sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
Ads
4. Letakkan sedikit wangian (sebaiknya wangian kasturi), atau wangian yang biasa dipakai pesakit, di hidungnya. (Kata pengamal perubatan alternatif, ia untuk merangsang pernafasan yang baik dan juga merangsang otak. Wallahu’alam)
5. Apabila tinggalkan pesakit selepas waktu melawat, elok diperdengarkan bacaan ayat Quran di telinga pesakit menggunakan pemain MP3 dan earphone. (Waktu di HKL dahulu, jururawat akan tolong simpankan pemain MP3 tersebut apabila baterinya sudah habis). Jangan gunakan telefon bimbit.
………………………………………………..
PANDUAN BUAT PELAWAT :
APA YANG SESUAI DIBAWA SEBAGAI BUAH TANGAN KEPADA PESAKIT / WARIS :
1. Air zam zam
2. Air bacaan Yasin
3. Naskhah Manzil / Buku Doa / Buku yang sesuai
4. Bawakan botol spray (sekiranya penjaga belum ada. Botol spray ini banyak kegunaan ketika di hospital)
5. Makanan yang sesuai untuk penjaga pesakit di hospital (pesakit di ICU atau HDW biasanya tidak boleh makan). Elakkan bawa lauk pauk yang dibungkus dalam plastik, buah-buahan yang besar dan berat, atau apa sahaja yang sukar dan berat untuk dibawa.
Ads
6. Vitamin atau multivitamin yang sesuai untuk penjaga (bertanya dahulu lebih baik)
APA YANG PATUT DIELAKKAN (TERUTAMA KETIKA MELAWAT PESAKIT DI WAD ICU ATAU HDW) :
1. Tidak perlu melawat pesakit sekiranya anda sedang sakit, demam, batuk atau selsema. Bimbang kuman dari anda akan menjangkiti pesakit. Memakai ‘mask’ adalah lebih bagus sekiranya ada.
2. Tanya dahulu kepada waris pesakit, sama ada pesakit boleh atau sesuai menerima tetamu atau tidak.
3. Wad ICU atau HDW biasanya hanya boleh dimasuki 2 orang pelawat sahaja dalam satu masa. Elakkan mengambil masa terlalu lama melawat pesakit.
4. Basuh tangan sebelum mendekati katil pesakit. Ruangan basuhan tangan dan sabun disediakan oleh hospital.
5. Elakkan dari merakamkan foto pesakit tanpa izin waris dan pesakit sendiri. Apatah lagi menyebarkan gambar tersebut pada orang lain. (Peraturan di hospital sebenarnya tidak boleh rakamkan gambar, apa lagi di wad-wad kritikal).
6. Pelawat lelaki yang bukan mahram tidak digalakkan masuk melawat pesakit wanita. Kebiasaannya keadaan pesakit wanita di Wad ICU/HDW (juga di wad biasa) dalam keadaan tidak menutup aurat. Wakilkan waris perempuan untuk melawat.
7. Elakkan terlalu banyak bertanya kepada waris. Katakan perkara yang baik dan positif sahaja walaupun pesakit nampak sudah terlalu uzur.
8. Doakan pesakit ketika berada di sisinya.
9. Elakkan mempromosi dan menjual sebarang produk ‘supplement’ kepada waris ketika ini.
………………………………………………..
Maaf jika ada kekurangan. Catatan adalah berdasarkan pengalaman peribadi menjaga suami yang terlantar di Wad HDW selama 10 hari dan di wad biasa selama sebulan.
“HAMPIR semua makanan tular di media sosial terutama makanan manis dan karbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit.
“Namun, ia memakan diri apabila disahkan menghidap kencing manis ketika berusia 19 tahun pada 2012 sehingga mengalami masalah penglihatan selain terpaksa mengambil insulin dan menghidap penyakit darah tinggi,” kata Sidah Omar Baki, 27.
Itu antara kenyataan yang dikongsikan oleh wanita ini di Harian Metro tentang bagaimana dirinya boleh menanggung derita penyakit diabetes hingga menyebabkan masalah serius pada penglihatannya.
Tidak mahu perkara sama terjadi pada orang lain terutamanya golongan muda, dia tanpa malu berkongsi kisah di akaun fb untuk dimanfaatkan dan dijadikan pengajaran.
PUNCA.
Ramai yang ws saya tanya PUNCA sakit mata saya. Tak nampak dah sebelah dan kabur teruk.
Okey, saya cerita. Walaupun sebenarnya saya malu untuk mengaku yang saya nie sakit. Muda-muda sudah sakit. Tapi kali nie saya buang malu saya tu demi kesedaran bersama. Dan jadikanlah apa yang jadi kat saya nie sebagai peringatan dan pengajaran untuk semua, lebih-lebih lagi untuk GOLONGAN MUDA dan pengidap DIABETES. ( sila lakukan pemeriksaan mata anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun.)
Daripada boleh bekerja, tak boleh bekerja. Daripada boleh bawak motor, sudah tak boleh bawak moto.
2012, umur 22 tahun masa tu. Pergi klinik sebab ada masalah lain, tapi Doc check tekanan darah, TINGGI. Doc check gula, pun TINGGI. 19 bacaan gula time tu. Klinik swasta gais, Doc pun buat surat refers ke Klinik Kesihatan (KK). Dah settled semua dekat KK. So, follow up la kat KK untuk beberapa tahun.
Tapi nak dijadikan cerita, PUNCA masalah MATA nie. Saya tertinggal satu follow up. Saya buat tak tau. “nanti la g balik.” “Nanti la.. Esok la..” tup-tup dah habis ubat. Pun tak pergi lagi klinik sambung follow up. Time tu duduk cakap dekat diri sendiri dan orang, ” Takdok ape-ape la tak makan ubat, muda lagi. Sihat lagi nie. ”
Berdegil walaupun berape kali dah Nurse dari KK call. Jawapan aku, “okey-okey kak nanti saya pergi.” Tapi, tak pergi pun.
2 TAHUN LEBIH saya tinggal ubat. Tanpa follow up Doc, tanpa ubat-ubatan kampung.
Hint pertama MATA nie bagi. SILAU. Masih buat tak tau lagi. Sebab aku boleh jalan, aku sihat lagi gais. Boleh merempit lagi, boleh bergelak ketawa lagi. Boleh bekerja lagi. Boleh menulis lagi. Yaa.. Semua boleh buat lagi time tu.
Hint ke 2, hint nie dah teruk kalau ikutkan.
Timbul satu tompok/bebenang kat mata. Dia bergerak sekali masa mata kita bergerak. Masa tu sebelum bulan puasa tahun lepas. Tapi benda tu sikit. Cepat hilang. Okey.. Aku buat tak tau lagi. Walaupun ade bagitau mak mata rase macam tak selesa. Tapi AKU BOLEH MELIHAT MACAM BIASE lagi gaiss… ANAK SULONG, DEGIL. Hahahaha..
Lepas tu bulan puasa, jadi lagi macam ape yang jadi sebelum nie. Ade timbul tompok/bebenang kat mata sebelah lagi. Kali nie penglihatan terganggu. Sebab benda tu besar sikit. Tapi SIDAH gais.. DEGIL. Buat tak tau lagi sampai la beberapa hari raya dah. Nak habis syawal dah time tu.
Time tu kebetulan ada follow mak BFF aku pun open house kedai spek. Kedai spek gais..
BFF aku pn, “Cdah pergi la check mata tu. Kena kabo rase tak sedap.” Aku nie nak tak nak terpakse dah. Hahaha.. Padan muke kan.
P la check silau, rabun ape semua tu. Time tu la tau. Sorang dari staff kedai spek tu bagitau, “Awak, mata awak mcm ade pendarahan dalam mata nie.” aku? Telan air liur rase kesat dah gais. Tapi tanya lg, “dah boleh buat ke spek nie?”
Staff tu jawab, ” Tak leh wak lagi spek awak. Awak kene g hospital check.” seminggu lepas tu baru ke hospital check.
Check punye check. Doc bagitau, “mata awak dua-dua sudah ade pendarahan dalam mata nie. Sebab tu sekarang mata awak jadi kabur.” masa nie bulan 7 2019.
Lps tu terus refers ke pakar Mata HSNZ, esoknye ke hospital lagi untuk laser dua-dua mata untuk kurangkan timbul salur darah baru dalam mata. Setiap minggu laser gais. 8 KALI LASER. Tapi tak ada kesan positif.
Mata makin kabur. Sampai la tahap sebelah kiri dah ganggu titik peka dan dah tak nampak. Sekarang nie sebelah kanan pun makin kabur.
Dan ujian darah dan beberape lagi ujian doc buat.
Doc bagitau, “Kesan dari kencing manis awak tak terkawal dulu, sekarang nie macam ade kesan ke buah pinggang awak Sidah. Buah pinggang awak bocor dah nie.”
Tapi alhamdulillah.. Masih bernasib baik tak banyak. Doc bagi ubat untuk repair.
Sekarang nie mata nie dah tarik saraf dah. Solution doc pun belum pasti lg.
Ade yang tanye, ” cdah tak tanya ke ade peluang okey balik macam dlu? ”
Tanye gais.. Tanye.. Tapi jawapan Doc, ” untuk pulih macam dulu tu takleh dah. Tapi boleh berusaha lagi.”
Tapi tu kata doc. Kita selagi boleh ikhtiar kita ikhtiar berubat. Selagi masih bernafas. In sha Allah tak akan give up.
Punca dia DIABETES gais. Jangan main-main dengan diabetes. Dia boleh menyerang banyak tempat dalam badan kita.
Moral dia sekarang. Tak kire MUDA atau TUA JAGALAH PEMAKANAN dan KESIHATAN.
Jangan sampai jadi macam saya. Nak menyesal pun tak gune gais. Jangan ingat muda kurus tak ade penyakit gais.
SELAGI TAK CHECK KESIHATAN JANGAN MENGAKU DIRI ANDA SIHAT.
Jadikan perjalanan aku sebagai pengajaran ye gais.
Terima kasih sudi baca.
Ya Allah, Kau tabahkanlah hati hamba Mu untuk menempuh segala ujian Mu. Aamiin..
Seorang murid Tahun 3 didakwa dipukul oleh ibu tirinya gara-gara tidak memahami pembelajaran yang diajar sebelum dia bertindak mengadu kepada gurunya.
Memetik laporan Harian Metro, pada Isnin lalu kanak-kanak perempuan tersebut mengadu tentang keadaan dirinya yang sedang menanggung sakit kepada seorang guru wanita semasa sesi perhimpunan sekolah.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata guru berkenaan terkejut sebaik sahaja melihat bahagian belakang muridnya itu cedera dan terdapat kesan lebam. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dipukul menggunakan objek keras.
Polis yang menerima laporan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Siasatan mendapati berlaku 11 kesan pukulan di bahagian belakang mangsa serta kesan lebam dan cedera di bahagian tangan kanan serta di bahagian kedua-dua belah peha.
Beliau menjelaskan bahawa suspek didakwa bertindak sedemikian kerana mangsa gagal memahami latihan yang diajar oleh suspek.
Kejadian itu disaksikan oleh kakak mangsa berusia 15 tahun yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.
Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan bapanya dengan arwah ibu mereka.
Mangsa juga mendakwa sebelum itu pernah dipukul dengan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.
Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 30 tahun di kediamannya kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.
Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001.
Pasangan hidup kita adalah sahabat terdekat buat kita dan sewajarnya kita muhasabah diri sama ada kita sudah laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk dirinya bagi memastikan sama-sama merasai kebahagiaan.
Pastinya setiap pasangan yang berkahwin, mahukan kemanisan hidup berpanjangan. Semakin lama usia perkahwinan, semakin erat kasih sayang yang terjalin dan sekali gus bertambah matang dalam melayari alam rumah tangga.
Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukukan rumah tangga.
Tidak dinafikan dalam menjalani kehidupan ini, pelbagai ujian dan masalah akan dihadapai antaranya dari segi cara kehidupan, kewangan dan sebagainya.
Kematangan dalam rumahtangga…
Kematangan tak boleh diukur dari segi usia…Matang adalah sifat akal fikiran yang sihat, yang boleh berfikir akan baik buruk setiap sesuatu…
Dalam rumahtangga, kalau disuruh menunaikan solat dan reaksi kita ialah melenting, marah-marah, maka kita tak matang…menunaikan solat ni suruhan Allah s.w.t…kita nak rezeki yang murah dari Dia, kita nak kehidupan yang baik dari Dia, kita nak urusan dipermudahkan juga dari Dia, tapi kita tak nak sujud kepada Dia? Orang yang menyuruh kita menunaikan solat tu adalah orang yang matang sebab dia nampak kepentingan untuk jaga solat dalam kehidupan…
Bila ada konflik, bila ada isu dalam rumahtangga, orang akan cakap, berbincang…komunikasi antara satu sama lain untuak cari penyelesaian…
Orang yang matang akan duduk berbincang…orang yang matang akan terbuka menerima apa yang patut diubah, apa yang tak patut dibuat…dia open to any suggestions that will improve relation…nowadays, berapa ramai yang matang dan boleh duduk berbincang dengan pasangan ketika timbul konflik atau isu dalam rumahtangga?
Dah kawin 10 tahun pun masih ada yang tak boleh dibawa berbincang…
Orang yang matang tak perlu di remind about tanggungjawab, amanah, kewajipan…bila dia decide untuk berkahwin, maka dia sendiri perlu sedar apa tanggungjawab dia selepas berkahwin…dia akan tunaikan tanpa perlu diingatkan, dia akan jalankan tanpa perlu di bahaskan sehingga terjadinya pergaduhan…
Berbeza dengan orang tak matang…
Dah kawin, tanggungjawab masih ke laut…dah ada anak, kewajipan masih ke tong sampah…apa yang sepatutnya dia buat, dia tak buat…apa yang tak sepatutnya dia buat, dia buat…perkahwinan tidak menjadikan dia seorang yang bertanggungjawab, yang menjalankan kewajipan terhadap pasangannya kerana dia sendiri tidak matang…
Jadinya, kita ni matang ke natang? Renung-renungkan…