Nak Keluarkan Duit ASB Tak Perlu Lagi Bersesak Di Kaunter Bank. Buat Begini, 5 Minit Siap!

Share

Mungkin ketika ini ramai yang hendak keluarkan duit ASB, terutamanya bila sudah dapat dividen. Namun memikirkan terlalu ramai orang berurusan di kaunter bank menyebabkan ada pula perasaaan malas untuk turut bersesak di sana.

Jadi tahukah anda bahawa tanpa perlu ke kaunter bank urusan keluarkan duit, anda tetap masih boleh keluarkan duit tersebut.

Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Nabilah Fairuz dan perkongsian ini berjaya meraih tumpuan wargamaya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Jadi jom lihat langkah demi langkah yang perlu anda lakukan untuk tujuan itu :-

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB

Daftar dulu sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB.
Tekan DAFTAR dan isikan maklumat pengguna

 

 

Langkah 1 : Login macam biasa bila dah daftar. Masukkan ID dan KATA LALUAN.

Langkah 2 : Klik menu PORTFOLIO dan tekan TRANSAKSI

 

Langkah 3 : Pilih JUALAN BALIK

 

Langkah 4 : Baca dan fahamkan notis PENGISYTIHARAN.

Langakh 5 : Masukkan jumlah berapa RM yang kita nak keluarkan duit ASB tu.

Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.

Langkah 6 : Tekan butang TERUSKAN

 

Klik PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.

Masukkan nombor TAC yang diterima itu.

Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan.

Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja.

Selesai!

NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM2000 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Bilangan jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Sumber : Nabilah Fairuz

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN