Pemberian baja pada tanaman difahami dapat membantu pertumbuhan dan kesuburan tanaman.

Pun begitu ada banyak jenis baja yang perlu diketahui secara asas dan ini dikongsikan oleh Saddam Arrfain.


Ramai yang bertanya pada saya tentang masalah masalah mereka yang dihadapi dalam penjagaan tanaman.

Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak diberitahu tentang pengetahuan asas nutrien penting untuk tanaman ni.

Terdapat 14 nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.

Tapi saya akan kongsikan dahulu 3 ASAS UTAMA yang wajib anda tahu.

Saya ingin kongsikan sedikit pemahaman dan pengalaman saya yang ada untuk semua.

Nak Membaja Pokok, Fahamkan Dulu Bab Nutrisinya Sebelum Beli!

Ada bermacam jenis baja untuk kegunaan tertentu pada fasa pertumbuhan yang tertentu.

Ada NPK 15 15 15, ada NPK 12 3 20 dan bermacam macam nombor yang kita akan jumpa.

Perbezaan nombor nombor ini kita kena tahu kegunaannya masing masing dan KENAPA. Sebelum kita nak tahu kenapa, jom kita kenali dahulu fungsi fungsi elemen ini. Boleh?

Nitrogen (N)
N adalah elemen nutrien yang terpenting dalam fasa pertumbuhan awal pokok. N berfungsi sebagai agen peningkatan ‘chlorophyll’ dalam daun bagi menjayakan proses fotosintesis (cara pokok menjana tenaga dari sinaran matahari).

Kekurangan elemen N akan menyebabkan daun kelihatan kurang kehijauan dan nampak seakan kekuningan.

Bila terjadi keadaan begitu, tanaman tak dapat nak membuat fotosintesis dengan baik. Maka, terganggulah tumbesaran tanaman pada peringkat awal.

Nak Membaja Pokok, Fahamkan Dulu Bab Nutrisinya Sebelum Beli!

Baja urea antara baja yang bagus dan murah untuk N. Urea ni adalah salah satu produk dari hasil petroleum. Cuma ada sedikit masalah pada masa mendatang jika kerap menggunakan baja ni, serapan air ke tanah akan jadi kurang baik disebabkan ada lapisan seperti lilin di permukaan tanah yang terbentuk. Jadi kawal lah penggunnaanya kelak.

Nak Membaja Pokok, Fahamkan Dulu Bab Nutrisinya Sebelum Beli!Jika anda memilih cara organik, N boleh didapati daripada hasil kompos ataupun tinja binatang. Atau pun tanam tanaman yang boleh menghasilkan N seperti legum/kekacang.

Phosphorus (P)

P adalah elemen nutrien untuk tumbesaran dan penghasilan tanaman. P berfungsi sebagai agen kekuatan oenyerapan nutrien tenaga dari akar tanaman untuk pertumbuhan yang baik agar pengeluaran bunga dan buah yang lebih tinggI. Kekurangan elemen P ni akan terlihat jika tanaman kita seakan terbantut kepertumbuhannya dan kurang pengeliaran bunga dan buah.

Kalau nak hasilkan pengeluaran hasil yang banyak cari NPK yang tinggi P seperti NPK 10 40 10

Nak Membaja Pokok, Fahamkan Dulu Bab Nutrisinya Sebelum Beli!

Jika secara organik, kulit telur ‘bone meal’ dan ‘blood meal’ boleh dijadikan sumber P yang baik juga.

Nak Membaja Pokok, Fahamkan Dulu Bab Nutrisinya Sebelum Beli!

Kalau telur tu sebaiknya dikeringkan bagi mengelakkan risiko kehadiran penyakit lain nanti. Kalau rajinlah, kemidian tabur ke pangkal tanaman.

Abu arang pun boleh dijadikan P tau.

Dan yang akhir sekali, Potassium (K) K ini berfungsi sebagai penambahbaikkan  hasil tanaman dan kesihatan pokok.

Kekurangan elemen K ini akan menyebabkan pokok mudah diserang penyakit dan hasil tanaman kurang memuaskan.

Kalau mahukan hasil yang lebih menawan dan besar elok, pilih NPK yang tinggi K seperti NPK 15 3 20

Untuk kegunaan organik, kulit pisang antara bahan yang mengandungi K yang tinggi.

Caranya, keringkan sehingga kulit pisang jadi hitam. Kemudian tabur atau jadikan teh siraman pada tanaman.

Jadi KENAPA ada nombor NPK yang berbeza beza?

Untuk fasa awal, cari baja yang tinggi kandungan N seperti NPK 15 15 15

Bila dah fasa pertengahan untuk
pengeluaran bunga, cari baja yang tinggi kandungan P.

Dan fasa terakhir, cari kandungan K yang tinggi. Seperti 12 3 20.

Jadi selepas ini kalau mahu membeli baja, periksa kandungan NPK pada label dahulu. Kenalpasti kandungan elemen untuk kegunaan fasa fasa nya.

Sumber : Sadam Arffain

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI