Sering kali Orang Kelainan Upaya (OKU) dikaitkan dengan ketidakupayaan melakukan kerja seperti mana orang dewasa. Namun sebenarnya tanggapan itu salah. Bahkan golongan ini lebih rajin berusaha memandangkan keadaan mereka sedemikian.

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita bernama Sumaiyah Ghazali, 40, yang menjadi penghantar makanan menggunakan Grab. Dia merupakan penghidap Cerebral Palsy sejak lahir, menyebabkan dia tidak boleh berjalan sejak kecil lagi.

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

Satu video berdurasi 3 minit 28 saat itu, Sumaiyah menceritakan dia baru sahaja mula berkhidmat dengan syarikat penghantaran itu selama 4 bulan.

Pernahkah anda terserempak wanita ini di daerah timur Singapura? Selami secebis kehidupan Cik Sumaiyah Ghazali yang menjalankan tugas menghantar makanan dengan berkerusi roda. Beliau turut menyisipkan pesanan bagi anda semua di akhir video ini! Baca lebih lanjut di https://www.beritaharian.sg/setempat/mahu-berdikari-cari-rezeki-walau-tidak-dapat-berlariKredit Muzik:Morning Walk by Jonny EastonLink: https://youtu.be/LHFXQ7Y2cosCheck out his channelLink: https://www.youtube.com/jonnyeaston"Steffen Daum – Goodbye My Dear" is under a Creative Commons license (CC-BY 3.0)Music promoted by BreakingCopyright: https://youtu.be/X7evDQiP3yI

Posted by Berita Harian Singapura on Thursday, 4 April 2019

Berkhidmat untuk masyarakat

Menurut Sumaiyah, dia memilih untuk tidak menjadikan keadaannya sebagai alasan untuk tidak berusaha. Sebaliknya dia  memilih untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai  penghantar makanan.

Menerusi satu rakaman video temual bual oleh Berita Harian, Sumaiyah mula bekerja dengan GrabFood sejak empat bulan lalu.

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

“Saya pun teringin nak buat macam orang lain, namun saya kena terima kenyataan diri. Saya tahu, tak mudah untuk jaga orang macam saya. Jadi saya memilih untuk berdikari. Malah, saya boleh belanja mak dan ayah makan dengan duit gaji saya.

“Adik saya sahaja kerja jadi saya rasa tak guna. Bukan mudah nak jaga syaa yang OKU. Itu yang membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dan berdikari sendiri,”ujarnya.

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

Sedar takdir berbeza

Dia yang bukanlah dalam kalangan keluarga yang susah, namun kepuasan bekerja dan gaji yang diperoleh membuatkannya berasa seronok bekerja.

‘Saya pernah bekerja di sebuah pejabat. Namun keadaaan kesihatan membuatkan jari saya lemah, malah pergerakan yang lambat membataskan lagi skop kerja yang boleh dilakukan.

 

“Saya nak jadi macam orang lain, namun saya sedar bahawa takdir saya berbeza. Malah saya tetap berdepan dengan dugaan dan cabaran sebagai penghantar GrabFood ini. Saya minat kerja ini dan saya anggap ia satu kepuasan. Lagipun ada juga kegunaan khidmat saya kepada masyarakat ,’ ujar Sumaiyah lagi.

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

Cabaran diterbangkan angin

Akuinya lagi bekerja sebagai penghantar makanan juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Malah, apabila hujan turun di tambah dengan angin kuat, dia harus melawan balik, kalau tak memang diterbangkan angin.

“Cabaran paling kuat apabila hujan, saya terpaksa  buka payung tapi ditarik-tarik angin. saya terpaksa melawan balik kalau tidak diterbangkan angin.

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

Dalam pada itu, Sumaiyah turut berpesan supaya orang ramai lebih memahami dan bersabar dengan keadaannya sedemikian.

“Kepada semua pelanggan, kalau anda nampak nama Sumaiyah B, saya mohon kerjasama anda untuk bersabar. Pergerakan saya sedikit perlahan tapi saya akan  cuba sedaya upaya untuk hantar pesanan anda dengan secepat mungkin.”

Sumber inspirasi

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

“Nak Berdikari, Boleh Belanja Mak Ayah Guna Gaji Sendiri.” Kegigihan OKU Penghantar GrabFood Guna Kerusi Roda Sangat Berinspirasi!

Sumber: Berita Harian Singapura & Oh My Media

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI