Nak Mengisar Cili Kering Pun Ada Petuanya. Bolehlah Dicuba Kalau Nak Hasil Terbaik!

Share

Masak sambal tidak ada cili kering pastinya tidak menarik warna masakan kita.

Pun begitu, bila menyentuh tentang cili kering ini, ada beberapa petua yang boleh dipraktikkan untuk menghasilkan kisaran cili kering.

Jom semak dua perkongsian ini.


“Umum mengetahui…cili kering zaman skg tak kira lah yg kerinting atau yg licin mmg pedas yaa amatt…tips ni utk mengurangkan pedas chili kering..,mak sy dpt tahu dari kawan,beliau adalah seorg tukang masak utk kenduri kawen.”Eyna Zakaria

Petua kurangkan rasa pedas

  1. Rendamkan cili kering dengan air kapur makan selama 20 minit atau 30 minit.

2. Selepas itu buangkan air rendaman dan rebus cili kering dengan air paip.

sumber : Eyna Zakaria via MAHN

Manakala berkenaan  petua meleraikan cili kering dengan bijinya telah dikongsikan oleh Puan Yati Ramli. Jom ketahui caranya.

  1. Masukkan dalam peti ais di tempat pembeku (Frozen). Biar 1 hari atau ikut suka.

2. Keluarkan dan terus ramas ramas ketika cili masih keras (beku).

3. Tapis seperti dalam gambar.

sumber : Yati Ramli via MAHN

IKLAN