Nak Pakai Jeans Tapi Tak Muat Perut Besar, Guna Getah Rambut Je. Zahirah Macwilson Kongsi Caranya. Kreatif!

Share

Wanita yang sedang berbadan dua pasti akan mengalami situasi di mana pakaian sudah tidak muat lagi. Terutama bagi mereka yang jenis berat meningkat dengan cepat menyebabkan seluar atau baju ketat dan tidak boleh disarungkan ke badan.

Itulah situasi yang turut dialami oleh isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya baru-baru ini, Nur Zahirah Macwilson Zainol

atau lebih mesra dengan panggilan Zahirah berkongsi masalah tersebut.
Menurut Zahirah, minggu ke-18 hingga 24 merupakan fasa kehamilan yang dirasakan janggal untuk saiz fizikal badannya.

“Pada tahap ini saya tidak kelihatan seperti mengandung, tetapi menyedari badan mengalami kenaikkan beberapa kilogram dan membulat,” tulisnya dalam kapsyen selepas memuatnaik satu video berkongsi tip memakai seluar jean bagi wanita hamil di Instagram baru-baru ini.
Dia yang sudah melepasi minggu ke-26, beliau ingin menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung. Ini disebabkan beliau mengetahui saiz badannya akan semakin membesar.
“Saya jarang memakai seluar jean, namun dalam keadaan fizikal begini rasa seronok apabila mampu menggayakannya selepas mempraktikkan tip seumpama ini.

“Lagipun ia (jean) masih muat pada bahagian paha, cuma tak boleh butang kerana perut membesar,” ujarnya lagi yang hanya menggunakan getah rambut rona hitam.

 

Cara-caranya:
1- Pilih aksesori rambut bersifat elastik.
2- Kemudian, masukkan pengikat rambut itu ke dalam lubang butang dan ikat.
3- Selepas itu, cangkuk getah rambut berkenaan ke butang seluar jean.
4- Siap untuk digayakan ketika keluar bersantai.
Selamat mencuba!

IKLAN