Nak Pokok Fiddle Fig Merimbun, Rupanya Ada Teknik Mudah Nak Potong!

Share

Buat peminat tanaman hiasan tentunya mempunyai pelbagai jenis pokok di laman rumah dan salah satunya adalah pokok fiddle fig.

Tanaman ini bukan sahaja nampak cantik dan menenangkan, tetapi juga mampu membersihkan udara jika ditanam di dalam rumah.

Pun begitu, dalam menanam pokok fiddle fig ini untuk nampak merimbun ada cara dan tipsnya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Syafiq Roslan.

“Hye semua..Saya nak kongsikan sedikit tips untuk rimbunkan pokok fiddle fig masing-masing ya..”


Haritu ramai yang whatsapp saya tanya tips untuk rimbukan pokok ni..

Sebenarnya mudah sangat nak rimbunkan pokok fiddle fig ni..
Hanya potong bahagian batang yang atas.

Dari 1 batang nanti ada yang bercabang ke 3 dahan dan 4 empat dahan baru.

Yang penting kalau nak potong, potong di bahagian internode dia ya.


Hasil keratan batang yang dipotong tu boleh la rendam terus dengan air untuk propagate.

Kalau nak cucuk terus tanah pun boleh untuk propagate..

Selamat mencuba semua!

Sumber : Syafiq Roslan via malaysia plant lovers

 

IKLAN