Selalunya kalau beli kuih muih kat luar, ada yang tak kena dengan tekak, atau kadang ada yang letak isinya sedikit jadi tak puas nak makan! Nak tak nak… Kena lah rajin masuk dapur buat sendiri. Ye dak?

Yang mana rasa ada masa terluang lebih tu, boleh lah buat pau sendiri, intinya ikut je resipi yang ada di bawah ini. Ada macam-macam jenis pilihan! Bukan takat boleh buat makan petang, tapi boleh simpan untuk frozen. Jadinya bila nak makan, tinggal keluarkan dan kukus sahaja. Jom tengok resipi di bawah ini!

Koleksi Inti Pau@Bun

i.Inti/pes coklat
(sukatan utk 500 gram tepung gandum)

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak
2 sb tepung jagung
– bancuh kesemua bahan.masak dengan api kecil.sentiasa kacau hingga jadi pekat, ketulan lembut dan terbit minyak (macam kejadian kole kacang)
– angkat dan biarkan sejuk.sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.

Nak Puas Makan Pau Isi Penuh, Buat Sendiri Je Ikut 5 Jenis Variasi Inti Ni!

ii.Inti daging
(sukatan utk 500 gram tepung gandum)

IKLAN

1 labu bawang besar (dicincang)
1 cawan daging cincang
4 biji kentang (dipotong dadu)
1/2 sk serbuk lada hitam
2 sb serbuk rempah kari
garam
– tumis bawang hingga terbit bau.masukkan rempah kari.kacau dan masukkan daging. biarkan sekejap.masukkan kentang dan sedikit air.bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.

Nak Puas Makan Pau Isi Penuh, Buat Sendiri Je Ikut 5 Jenis Variasi Inti Ni!

iii.Inti ayam
(sukatan utk 1 kg tepung gandum)

6 ketul ayam (diambil isi dan dipotong kecil)
10 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dicincang halus)
4 sb cili kering kisar
6 sb rempah kari ayam
1 kiub ayam
garam
– tumis bawang hingga terbit bau.masukkan cili kisar.tumis hingga garing.
– masukkan rempah kari dan daun kari.
– masukkan ayam dan sedikit air. masukkan kentang dan kiub ayam…masak hingga sedikit kering…perasakan garam.

IKLAN

Nak Puas Makan Pau Isi Penuh, Buat Sendiri Je Ikut 5 Jenis Variasi Inti Ni!

iv.Inti tuna
(sukatan utk 1 kg tepung gandum)

1 labu bawang besar (dicincang halus)
2 tin tuna (ditos dan dihancurkan)
1 sk serbuk lada hitam
1 sk garam
– tumiskan bawang hingga terbit bau.masukkan bahan-bahan lain.kacau perlahan hingga agak kering.bila dah masak, angkat dan ketepikan.

Nak Puas Makan Pau Isi Penuh, Buat Sendiri Je Ikut 5 Jenis Variasi Inti Ni!

IKLAN

v.Inti kelapa
(sukatan utk 4 cawan tepung)

1 biji kelapa parut (besar)
1 cawan gula
2 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit air
– masukkan bahan ke dalam kuali.gaul sekata.buka api perlahan.masak hingga agak kering.

Nak Puas Makan Pau Isi Penuh, Buat Sendiri Je Ikut 5 Jenis Variasi Inti Ni!

Sumber : Zainoor Aliza Ali

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI