Rahim dan faraj dua anggota tubuh wanita yang cukup penting dan perlu dijaga rapi kerana keduanya berkait dengan peranakan.
Antara cara yang boleh diamalkan wanita dalam memastikan bahagian ini sihat dan bebas penyakit adalah dengan melakukan penjagaan luaran. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda lakukan.
Mandi serum
Mandi serum atau mandi herba ini biasa dilakukan oleh ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya ia boleh saja dipraktikkan oleh wanita yang bukan dalam pantang. Daun-daun berikut akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian.
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
Ads
– Daun kunyit
– Halia
Selain bertujuan untuk membuang angin, khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi kesan pada kulit. Mandi serum paling mudah boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tahu best atau tidak cuba dan rasakannya sendiri.
Bertangas
Tidak ramai yang amalkan bertangas. Mungkin merasakan aktiviti ini agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30 minit.
Ads
Terdapat dua jenis iaitu tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pra menopaus. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan dihalakan pada faraj.
Tangas kering pula memerlukan batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu dihalakan pada faraj.
Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj sihat. Segala toksin akan keluar dari faraj melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani. Tangas kering pula manjakani, kunyit, halia, halba, perahan limau.
Rendaman faraj
Ads
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba mengandungi garam bukit, sirih, manjakani. Biarkan air menjadi suam sebelum berendam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang ingin bebas dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir.
Meruang
Umpama longkang yang tidak dibersihkan, ia akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid atau keputihan akan menempel di dinding faraj.
Lama-kelamaan akan timbul lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang adalah cara membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Sumber: Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila meraikan perayaan Tahun Baru Cina, tentunya buah mandarin akan memenuhi pasaran. Ia adalah amalan tradisi masyarakat cina meraiakan perayaan setiap tahun.
Bukan itu sahaja, buah ini menjadi cenderhati diberikan kepada rakan-rakan sekerja, jiran dan tetamu yang datang.
Namun, buah ini dikatakan jika dimakan dalam jumlah yang banyak boleh menjadi pencetus kepada masalah batuk.
Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim tidak menafikan ia menjadi penyebab batuk, namun jika dimakan dengan cara yang betul ia tidak memudaratkan.
_____________________________________
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai benarkah memakan limau Mandarin boleh menyebabkan batuk dan apakah puncanya?
Jawapannya adalah YA, boleh.
Saya sudah pernah kongsikan dulu, namun tidak salah dikongsikan semula. Jom baca
Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.
Sebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi. Sebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya. Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan (contoh buah kering seperti kismis, prune…) dan minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol). Jika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama.
Jika mahu membuang bahan pengawat ini, eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).
Merendam seketika dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
BAHAN AWET PADA BUAH
Adakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?
Tidak. Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Untuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Tidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.
Beringatlah…, jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Nota: Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.
Sumber: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Air rebusan serai dan halia sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Zat anti mikroba yang terdapat pada serai dapat membasmi parasit dan bakteria jahat serta mengembalikan fungsi bakteri baik di dalam usus. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Manakala halia pula mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C sert lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat membantu merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan,sakit pinggang urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Fungsi lain air rebusan serai dan halia ini adalah seperti berikut:
Melegakan Senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.
Agen Pencegah Kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Menurunkan Tekanan Darah
Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Sebagai Diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Meningkatkan Kadar Metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air bertukar kaler macam air teh o
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam fridge, esok sebelum sarapan minum secawan dulu. Kalau suka boleh tambah sesudu madu atau perahan limau nipis .
Minum setiap pagi (kalau badan tak tahan panas boleh selang-seli minum).
.
Kredit : Nina Danish
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merasa stres adalah perkara yang normal dalam kehidupan seseorang tetapi jika tidak dibendung dari awal, boleh jadi masalah kemurungan. Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa dan 9.5% kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami masalah mental dan KKM mengunjurkan peratusan tersebut dijangka akan terus meningkat (Sumber: Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara, klik SINI untuk bacaan)
Ada kajian yang menunjukkan seorang dari 20 orang kanak-kanak berusia 5-9 tahun di Malaysia kini mengalami gangguan mental. Kini KKM telah merekodkan 424,000 kanak-kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah mental (Sumber: Harian Metro, 18 Mac 2023). Tak boleh jadi ni!
Sumber foto: www.shutterstock.com
Sebenarnya kan, tak ramai yang sedar bahawa sebenarnya tekanan boleh disebabkan seseorang itu mengalami kesihatan sistem penghadaman. Bila usus sihat, sekurang-kurangnya dapat menghasilkan sejenis hormon gembira iaitu Serotonin yang dapat memelihara kesejhateraan mental kita. Apa itu serotonin? Nak tahu, teruskan membaca.
Nak Mood Lebih Happy, Kena ‘Boost’ Hormon Serotonin!
Sebenarnya bila kita nak kekal positif dan gembira, ada banyak cara. Ada yang suka berkongsi masalah dengan orang tersayang, ada yang pergi ‘healing’ dan ada juga yang suka makan. Semua cara ni okay, tak ada yang salah selagi ia dapat membantu kita untuk terus bersemangat dan tak terlalu susah hati memikirkan tentang sesuatu perkara.
Sebenarnya ada satu cara nak buat mood kita jadi happy, tapi tak ramai yang tahu. Pengambilan minuman probiotik dapat membantu seseorang kekal positif kerana dapat memperbaiki mood dan membantu mengurangkan rasa stres.
Salah satu hormon yang membantu untuk buat seseorang rasa gembira dan tenang adalah serotonin. Namun, tahukah anda bahawa sebanyak 95% serotonin adalah dihasilkan di dalam usus kita dan hanya 10% serotonin dihasilkan di otak.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Hormon serotonin dilepaskan dalam sel yang berkaitan dengan gastrousus dalam peredaran darah akan diserap oleh platlet. Hormon serotonin dihasilkan daripada asid amino trytophan yang hanya akan terbentuk melalui apa yang kita makan kerana ia tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.
Serotonin bukan saja membantu untuk menjaga kesihatan hati, tetapi ia juga dapat meningkatkan fokus dan memori seseorang. Hormon ini juga sangat penting untuk kesihatan usus kerana ia amat diperlukan untuk proses pencernaan yang sihat.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Satu lagi fakta menarik, mikrobiota usus anda menghasilkan serotonin yang diperlukan oleh tubuh atau otak seseorang. Neurokimia ini mempengaruhi mood dan aktiviti gastrousus. Patutlah bila kita ‘tak sedap’ perut, mood akan terganggu dan buat kita jadi stres. Yalah, badan jadi letih dan kita mudah menjadi risau.
Kena Minum Susu Kultur
VITAGEN telah mengendalikan satu kajian klinikal dengan Kumpulan Penyelidikan GUT, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untul mengkaji keberkesanan probiotik yang mengandungi lactobacillus terhadap mood seseorang. Mereka yang terlibat di dalam penyelidikan ini merupakan pesakit sindorm usus rengsa (Irritable Bowel Syndrome – IBS) yang turut mengalami kemurungan, kemudian diberikan dua botol VITAGEN setiap hari selama 12 minggu.
Hasilnya sangat mengagumkan! Tahap serotonin mereka meningkat sehingga 47% manakala 42% skor kemurungan makin berkurangan. Lebih bagus, kesemua skor kualiti hidup mereka juga meningkat sebanyak 7.1% serta simptom IBS yang dialami seperti sakit perut dan tabiat membuang air besar juga semakin menurun.
Bagusnya Probiotik, Minumlah VITAGEN!
Hasil penyelidikan di UKM itu dapat membuktikan betapa pentingnya kesihatan usus serta sistem penghadaman seseorang berfungsi dengan baik bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan mental supaya kita lebih gembira dan kekal positif. Untuk pastikan perut sentiasa okay dan kurang ‘meragam’, pengambilan sumber probiotik sangat digalakkan.
Banyak sebenarnya peranan probiotik untuk tubuh seseorang seperti membantu proses penghadaman, meningkatkan metabolisme serta membantu untuk mengekalkan kesihatan usus.
Buat apa nak susah-susah kalau segala kebaikan probiotik boleh didapati dalam satu botol? VITAGEN adalah adiwira usus kita! Minuman probiotik No.1 di Malaysia iaitu VITAGEN adalah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan sistem penghadaman dan sistem imun anda.
Mr Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN berkata, penyelidikan yang dibuat terhadap minuman ini menunjukkan Lactobacillus Acidophilus dan Lactobacillus Paracasei bersama berbilion kultur probiotik hidup di dalam VITAGEN dapat membantu meningkatkan kesihatan usus dan sistem imun anda.
“”Kami percaya penemuan ini mengukuhkan lagi kedudukan VITAGEN sebagai jenama susu kultur terkemuka di Malaysia dan kami menantikan penemuan selanjutnya yang lebih mendalam agar dapat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang peranan penting kesihatan usus dalam kesejahteraan keseluruhan,” tambah Mr Poh.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tak perlu diragukan, VITAGEN menjadi pilihan ramai sehingga jenamanya mampu bertahan selama lebih 45 tahun dalam pasaran. Memang hebat! VITAGEN terbukti secara klinikal dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan usus serta bagus diamalkan sekiranya seseorang itu mengalami masalah dengan kesihatan usus atau proses penghadaman.
Paling best, ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun anda. Minuman sihat, rasa sedap. Itulah VITAGEN! Semestinya perisa anggur menjadi kegemaran sejak dulu lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai susu VITAGEN, layari: