“Macam mana nak buat sambal bilis yang sedap”. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?. Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya.

Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tambah lagi dimakan bersama nasi mahupun dicicah dengan lempeng mahupun dimakan dengan lontong. Bagaimana menjadikan rasa sambal bilis yang lebih sedap?

Ibu Sambal Bilis Wangi

IKLAN

Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!

Jom ikut petua yang dikongsikan oleh cikgu Afy AL Habibi ini.

IKLAN

Masaklah berulang kali pun, hanya cara ini cikgu suka untuk rasa sambal yang istimewa. Wangiiii. Sekali cikgu buat mesti banyak. Sebab selain dimakan bersama dengan nasi lemak, cikgu akan buat jadi sambal sotong,udang, ikan, telur, paru dan banyak lagilah. Cicah cekodok panas-panas juga sedap. Regu dengan lontong pun terangkat!

IKLAN

Ikutlah resepi cikgu. Kalau isteri yang masak untuk suami dan anak-anak mesti mereka puji terlebih.

Tahan lama untuk stok
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Rupa sambal maroon cantik
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Setiap suapan pasti teringat
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Bahan-bahan asas:
– tiga genggam cili kering saiz besar
(Direbus dan dibuang biji)
– 1 tangkai cili padi merah @ guna cili kering kerinting
(Tambah rasa pedas)
– 2 ulas bawang merah saiz besar
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 bawang holland
– 1/2 genggam ikan bilis direndam
– 2 genggam ikan bilis digoreng rangup
– 1 inci belacan
– 2 sudu besar udang kering direndam
– 1 batang serai
– 1 simpul daun pandan
– dua kerek nisse
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!
Cara membuat:
Kisar terlebih dahulu bawang dengan sedikit air.
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Panaskan minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi. Ini rahsia penting pembuatan sambal wangi cikgu kali ini. Masukkan simpulan daun pandan dan sebatang serai yang diketuk. Bahan pewangi lain yang juga perlu dimasukkan ialah sehiris halia. Selepas naik bau, masukkan bawang kisar tadi. Tumis sehingga bawang sedikit garing.
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Kemudian barulah masukkan cili kering yang telah dikisar lumat. Gunakan api perlahan. Kacau sesekali. Biarkan sehingga cili masak untuk menyedapkan rasa sambal.
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Tumbuk lumat ikan bilis yang direndam tadi. Masukkan sekali ke dalam kuali.

Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Seterusnya tambahkan ikan bilis yang sudah digoreng.

Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Rahsia wangi seterusnya ialah tambahkan udang kering. Tambahan udang ini boleh memberikan kelainan rasa sambal dan bau sambal lebih menarik

Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Untuk warna sambal ‘maroon’ cantik, cikgu gunakan nisse viral iaitu nisse kerek Kelantan. Masukkan sebanyak dua keping. Jika tiada boleh gantikan dengan gula melaka.


Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Tambahkan juga gula dan garam. Ikut citarasa sendiri.

Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Bagi mengelakkan sambal cepat rosak, masukkan 1 sudu besar cuka.
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Masaklah sambal sehingga betul-betul sebati rasanya dan pecah minyak cantik. Cikgu agak lebih kurang sejam atau lebih *Guna api perlahan sahaja*
Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!Selepas dibiarkan lama, inilah rupa warna ibu sambal wangi. Terserlah cantik dan sungguh sedap rasanya!
Semoga bermanfaat untuk dicuba.

Nak Resipi Ibu Sambal Bilis Wangi Sedap Padu, Rahsianya Jangan Lupa Letak Bahan Ini. Memang Terangkat!
Nak guna untuk niaga pun cikgu halalkan.
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI