
Terdapat pelbagai cara yang betul untuk bahan-bahan mentah seperti sayuran dan buahan agar kekal segar dan tahan lebih lama. masing-masing mempunyai cara untuk mengekalkan kesegaran mereka. Bukan apa, jika salah simpan, boleh jadi lembik sayur dalam peti tu.
Nak tahu cara simpan sayur supaya tahan lebih lama dan tidak lagi membazir boleh praktik cara simpan yang dipraktikkan oleh Doktor Rozlyn Farah supaya kekal segar dan tidak kayu walaupun seminggu.
Macam mana korang semua simpan sayur untuk bagi tahan lama?
Ye la sayur ni kan kalau kita beli lepas tu letak dlm peti ais tahan dalam 2-3 hari je lepas mula la jadi layu di tasik madu gituu. Disebabkan sekarang ni kak kiah tengah acah2 diet so memang nk kena makan sayur banyakk banyakkk. Tak kan nak beli sikit2 kan?
Saya dah seminggu beli sayur ni tapi tetap dlm keadaan segar bugar lagi. Hahah. Caranya senang je. Sebelum nk simpan sayur tu potong sayur kecik2. Saya tak basuh sayur tu ye. Nk guna baru basuh.
Lepas tu ambik bekas kedap udara tak kisah la brand tipuware ke apa ke macam kak kiah bedal je yg mana ada dalam rumah ni tak kuasa nak keluar duit nak beli yg lain.
Dah ada bekas kedap udara korang boleh lapik tisu kt dalam bekas tu lepas tu isi sayur yg korang dh potong2 tadi. Last sekali letak sekali lagi tisu untuk bahagian paling atas sayur tu.
Tujuannya utk menyerap wap2 air yg akan muncul nanti lepas tu tutup dengan penutup simpan elok2 dlm peti ais.
Try la confirm korang tersenyum simpul sebab dah tak payah buang masa kena pergi kedai banyak kali bazir minyak kete je.




Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalu Masak, Suami Sayang? Ini Bukan Jaminan Keluarga Bahagia, Ubah Mindset!

Selalu Masak, Suami Sayang? Ini Bukan Jaminan Keluarga Bahagia, Ubah Mindset!
Tidak dinafikan ramai yang berpegang kepada kata-kata, air tangan isteri itu mengandungi aura yang dapat mengikat hubungan suami.
Namun, situasi sekarang ini, ramai isteri bekerjaya membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Situasi ini membuatkan isteri kadang kala tidak mampu ‘turun’ ke dapur menyediakan masakan untuk keluargaa.
Jadi jalan penyelesaiannya, makan di kedai menjadi jalan penyelamat untuk mengatasi masalah ini.
Begitu juga dengan perkongsian wanita ini, Marlia Ramli yang juga merupakan seorang wanita bekerjaya yang mengakui dirinya jarang memasak untuk keluarga.
Kerjaya kini membuatkan diri memilih untuk makan di luar berbanding memasak. Malah dia mengakui suaminya kekal sayangnya walaupun jarang memasak!
Dia yang berkongsi beberapa kes, turut memberitahu suaminya juga mengalakkannya untuk tidak memasak untuk memberinya rehat setelah seharian bekerja.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SELALU MASAK, SUAMI SAYANG?
Ramai yang masih hidup terikat dengan budaya. Isteri tak masak? Rumahtangga tak bahagia katanya. Isteri tak masak? Suami tak gembira katanya. Siapa yang cakap tu? Ayah hang cakap atau agama yang cakap?
Persoalannya, benarkah memasak mengikat hati suami?
Mungkin benar, memasak mengikat hati suami. Tapi tidak semestinya mengikat hati isteri.
Maka.
Jujurnya akak tidak melihat satu bahagian semata-mata dalam perhubungan. Rumahtangga ni ada overall checklist. Bukan setakat, SELALU MASAK, SUAMI SAYANG.
Tak masak pun suami sayang jugak sebab checklist rumahtangga bukan sekadar masakan isteri semata-mata.
Checklist rumahtangga lebih kepada mindset, corak pergaulan dan gaya hidup kedua-dua pasangan.
Kes 1 :
Dah lebih 10 tahun suami cakap dah stop jangan masak lagi – kita fokus business & career. Di awal perkahwinan akak berniaga makanan, nak cakap masakan akak tak sedap tu, tak logik la.
Tapi dah 10 tahun… Balik kerja, kami janji singgah kat mana-mana dinner bersama-sama. Malamnya, spend masa dengan anak-anak dan buat aktiviti business. Bahagia je… Oh ya! Mungkin rumahtangga akak masih baru 16 tahun maka masih mentah kot?
Kes 2 :
Senior Manager kat tempat akak, 28 tahun berumahtangga. Tak ada dapur basah pun. Cuma ada dapur kering ruang minum air je. Suaminya sangat romantik, 24 jam berkepit dan dikenali sebagai pasangan bahagia. Kita yang tengok couple ni pun rasa happy. Sejuk… Dan ya, berpuluh-puluh tahun, dapur tak berasap juga. Tapi, kenapa suaminya kekal bersama dan bahagia?
.
Kes 3 :
Seorang lagi rakan sekerja akak, habis kerja tak boleh nak stay back di pejabat. Me time nak mengopi dengan kami rakan sepejabat pun tak de. Habis kerja terus balik nak kejar memasak. Uruskan anak-anak. Isteri nak kena pastikan makanan wajib air tangan isteri sebab suami tak suka makan di kedai. Cuci tangan pun, sediakan mangkuk khas di meja makan. Anak dua, tahun ke-5, isteri ini dalam proses penceraian. Sebab penceraian : tidak sefahaman. Suami kantoi curang gais!
So… Celah Bedah mana kalau tak masak, rumahtangga tak bahagia? Any statistic or data penceraian yang berlaku sebanyak 8 kes setiap jam di Malaysia disebabkan isteri tak masak ke? You, tell me please.
Akak dan suami? Kami lihat konteks berbeza. Bila ekonomi keluarga semakin baik – makan di luar adalah sangat praktikal buat kami kerana :
1) jimat masa
2) berkongsikan rezeki dengan peniaga
3) lebih masa dapat fokus career & business
4) kami sama-sama tak penat, hubungan lebih romantik
5) tangan bini lembut dan gebu. Eh!
Seperti biasa, pendapat akak kebanyakan masa sentiasa menongkah budaya dan melanggar kebiasaan. Sebab itulah corak pemikiran akak selalu dibenci orang. #apeni?
Nak kecam? Silakan
Nak berbincang? Silakan
Nak meroyan? Silakan
Nak bagi pandangan? Silakan
Cuma izinkan akak ulang perkataan ini :
Memasak mungkin mengikat hati suami tapi belum tentu mengikat hati isteri.
Salam sayang
Sumber: Marlia Ramli
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nahas WCE: Isteri Berulang Kali Minta Maaf Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir

Nahas WCE: Isteri berulang kali minta maaf sebelum hembuskan nafas terakhir. Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan di sini hari ini sempat memohon maaf kepada suami sebelum menghembuskan nahas terakhirnya.
Nahas WCE: Isteri Berulang Kali Minta Maaf Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir
Suami mangsa, Mohammad Syuqur Ahmad, 24, berkata, dalam keadaan nazak, isterinya itu berulang kali memohon maaf sebelum dia bertindak menenangkan wanita itu.

Menurut Mohammad Shuqur, sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Acheh di sini, isterinya, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, banyak bersembang sambil meminta maaf dan meminta kirim salam kepada ibunya.
“Dalam masa sama, isteri ada beritahu kalau dia ‘pergi’, biarlah dia pergi bersama Iman (Muhammad Iman Irfan, 15 bulan). Saya hairan dan bertanya kenapa cakap begitu?
“Isteri hanya menjawab ‘mungkin hendak jadi kot’. Saya terdiam dan sambil memandu itu, saya terlihat seperti ada haiwan di tengah jalan dan saya cuba mengelak dan selepas itu saya tidak ingat apa-apa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Seri Manjung di sini.
Mohammad Shuqur yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sebaik tersedar dia mendapatkan isterinya yang dalam keadaan nazak dan sempat bisikkan dua kalimah syahadah.
“Dalam keadaan nazak, isteri tidak putus-putus meminta maaf, saya minta dia bersabar sebelum tiba-tiba dia senyap.
“Anak sulung (Muhammad Alif Sufi, 3) masa itu menangis peluk saya. Saya jadi kosong tidak tahu apa-apa kerana kejadian berlaku sangat pantas,” katanya.
Jelasnya, sebelum kejadian, mereka sekeluarga bercadang untuk sarapan bersama di sebuah restoran 24 jam di Ayer Tawar selepas mengambil lori majikan yang di parkir di Kampung Acheh.
“Isteri mahu guna kereta jadi dia ikut ambil lori dan saya akan mengikutinya memandu kereta dari belakang untuk berhenti sarapan sebelum dia pulang ke rumah sewa kami dekat Gelung Pepuyu, Bota.

“Ikut perancangan asalnya begitulah tetapi hasrat untuk sarapan sama-sama itulah tidak kesampaian,” katanya.
Mohammad Shuqur berkata, isterinya banyak menunjukkan perubahan apabila kelihatan gembira dan banyak ketawa sepanjang berada di kampungnya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan pada Rabu.
“Isteri sebelum itu memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung jumpa ibunya dan saya tunaikan hasratnya dengan menggunakan cuti Hari Krismas untuk balik kampung.
“Walaupun sekejap saja mereka bertemu, nampak jelas di wajahnya dia sangat ceria sebelum kami bergerak pulang pada sebelah petang,” katanya.
Tambahnya, jenazah isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai bedah siasat.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan bayi lelakinya yang berusia 15 bulan, Muhammad Iman Irfan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, Mohammad Syuqur yang memandu kereta Perodua Kelisa dan seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Iman Irfan berusia tiga tahun pula cedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Kelisa dinaiki empat beranak itu berlaku dipercayai akibat hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Katanya, kemalangan itu mengakibatkan seorang bayi lelaki tercampak keluar dari kenderaan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Nahas Jalan Raya, Tujuh Mangsa Maut, Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada
Pasangan Suami Isteri Nahas Treler, Rupanya 12 Tahun Berkahwin Tiada Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Suami Jangan Kedekut Dengan Ibu Dan Isteri.” Rupanya Ini Punca Rezeki Terbuka Luas Buat Siti Sarah Dan Shuib.

Tentu kita terfikir kenapa hujung bulan je duit kita macam tak cukup? Nak menyimpan setiap bulan mesti tak berkesempatan. Mesti ada sebabnya kan. Bagi beragama Islam, kita tentunya diajar mengenai amalan yang baik agar rezeki tidak putus dan dilimpahkan rezeki.
Selain amalan zikir, solat dhuha yang diamalkan oleh Rasulullah, sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang kita kena tahu termasuk tidak berkira dan membahagiakan isteri, ibu bapa dan mertua.
Begitulah juga yang dilakukan oleh pasangan selebriti ini, selain berlakon dan menyanyi, mereka sudah bergelar usahawan berjaya dalam perniagaannya.
Melalui instagram milik Siti Sarah, beliau berkongsi tip menjemput rezeki. Namun, katanya lagi, sempat berpesan bahawa jangan pula isteri ambil kesempatan atas kebaikkan suami.
Ikuti perkongsiannya.
“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu.”

“Jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.”
“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife”

View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Benar apa yang diperkatakan oleh Siti Sarah, apabila sudah berkeluarga, jangan terlalu berkira dengan isteri, keluarga dan mertua. Berbuat baik itu, tanpa kita duga akan datang rezeki dari pelbagai sudut sama ada kekayaan duit, kebahagiaan dan kesihatan yang baik.
Moga perkongsian selebriti ini menjadi salah satu pencetus untuk kita menjemput rezeki dalam kehidupan kita.
Kredit: Instagram sitisarahraissuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

