Kita selalu dengar, barang siapa yang menggembirakan hati orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia. Apa yang pasti, menggembirakan itu tidak semestinya perlukan kita untuk berbelanja besar. Lalu cara bagaimana untuk kita menggembirakan hati insan-insan yang kita sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling kita?
Perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini semoha dapat memberi idea untuk kita membahagiakan setiap orang disekeliling kita agar tempias bahagia itu juga akan menjadi asbab untuk kita merasa bahagianya hidup ini.
Jom semak.
Gembirakan hati keluarga, kawan, orang sekeliling kita dengan modal yang minima
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja itu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Kalau tengok kita buat gitu. Rilek sikit dia.
Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
Ads
2.Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
Ads
5.Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
7.Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Ads
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu penting.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Indahnya ucapan hari jadi buat ibu tercinta oleh Mira Filzah yang menyambutnya semalam.
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia, telah memuat naik beberapa keping gambar bersama ibu di instagram miliknya.
UCAPAN BUAT IBU TERSAYANG SEMPENA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 53 TAHUN
Pengorbanan besar seorang ibu yang membesarkan anak-anak sendirian selama 13 tahun. Namun semua ini berbaloi bila mana anak-anak berjaya dan itulah yang dapat diungkapkan dengan penyampai radio yang juga Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin.
Emosi DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, bercampur baur apabila melihat puteri sulungnya diterima memasuki universiti. Segala jerih perih membesarkan dua anak anaknya selama ini akhinya terbayar.
Anaknya, Nureen Aresya, 18, diterima melanjutkan pelajaran dalam jurusan Juru Ukur Bahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.
Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 itu berkata, kejayaan anak sulungnya menjadi anugerah terindah buat dirinya yang selama ini, berusaha keras memenuhi keperluan mereka.
“Alhamdulillah, di sebalik komitmen terhadap kerjaya yang membataskan masa bersama mereka, anak sulung saya masih mampu mencipta kejayaan sama seperti rakan sebaya yang lain.
“Saya tidak punya kekayaan untuk diberikan kepada anak, namun saya berusaha memberikan kasih sayang sepenuhnya supaya mereka tidak merasai kekurangan membesar dalam keluarga tidak sempurna,” katanya.
Calon awal Penyampai Radio Popular, ABPBH 32 berkata, pencapaian anak sulungnya itu membuatkan dia sebak, terutama apabila mengenangkan dirinya tidak dapat selalu bersama ketika Nureen Aresya dan adiknya, Nazren Asyran, 16, memerlukannya.
“Tuntutan kerja membuatkan masa saya bersama anak terbatas. Ada ketika, saya terkilan kerana tidak dapat menjadi ibu yang sempurna buat mereka, tetapi anak memahami situasi saya.
“Bayangkan, sepanjang hari saya sibuk dengan tugasan di pejabat. Selalunya pada sebelah siang, saya sibuk dengan mesyuarat dan menguruskan perjalanan stesen, malam pula saya menyambung tugas di konti.
“Jika tanpa kesungguhan, tidak mungkin kejayaan itu dapat dicapai Nureen Aresya. Saya berharap kesungguhannya itu menjadi pendorong kepada adiknya untuk melakar kejayaan serupa,” katanya.
Ramai yang tidak faham mengenai harta pusaka. Bimbang jadi haram apabila salah dan tidak tahu dengan betul. Ia termasuk pemberian anak kepada ibu bapa semasa hidup. Namun apabila mereka meninggal, anak ingin kembali mengambil pemberian itu.
Hakikatnya cara ini salah dan haram walaupun periuk nasi.
Ikuti penjelasan lanjut oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan: Faraid, Wasiat dan Hibah dalam pengurusan harta pusaka.
Ikuti perkongsian beliau.
Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain2 perabot kita beli dan bagi kepada oramg tua (ibu bapa). Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.
HARAM tu tuan-tuan. Barang – barang tu dah jadi pusaka. Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris.Jangan suka2 kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bg kat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalu kita hanya bagi orang tua pinjam.
Katanya lagi, jika was2 dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik merujuk kepada yang pakar dalam pengurusan harta pusaka.
Antara Persoalan Lanjut Ustaz Jawab
Barang kemas Soalan: Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan kah?
Jawapan: Barang kemas itu menjadi pusaka ibu, pesanan ibu itu terpakai jika semua waris bersetuju. Jika ada seorang membantah kena faraid.
Barang yang masih hutang
Soalan: Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama emak, bukan nama kakak. Bila emak telah meninggal, barang jadi pusaka, kakak sudah tidak mahu membayar ansuran sebab barang dia tidak boleh diambil daripada dia sebab sudah menjadi pusaka.
Persoalannya hutang emak itu, siapa yang patut sambung bayar sebab barang itu atas nama emak. Kalau orang yang bayar tidak boleh mengambil barang itu. Sebab sudah menjadi barang pusaka, sudah tentu dia berat hendak menyambung bayaran ansuran bulanan. Contoh seperti TV, perabot, barang elektrik. Jawapan: Perkara ini kita kena berbincang dengan pemberi hutang, cek perjanjian jual beli. Barang hutang ini tidak sempurna milik. Kalau hutang itu boleh diambil alih bolehlah diambil barang itu contoh mesin Cooway, tukar nama dan sambung bayar.
Fitnah Dan Bahaya Pusaka Sangat Dahsyat
Kenapa Islam suruh sangat rancang harta dan urus pusaka dengan betul. Kerana FITNAH dan BAHAYA pusaka sangat dahsyat.
3 kesan pusaka tidak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:
1. Termakan harta anak yatim. – Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta.
2. Termakan harta orang lain secara batil. – Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain.
3. Menzalimi si pemilik harta. – Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.
4. Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.
Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia.
Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di