Nak Surprise Anak, Tapi Terkedu Duit ‘Beranak’, Rupanya Tertukar Kek! Gelagat Suami Isteri Ini Bikin Netizen Terhibur.

Share

Trend meraikan sambutan hari jadi menggunakan kek tarik duit menjadi kegemaran ramai. Tiada lagi lilin untuk ditiup sebaliknya hanya menarik topper happy birthday dan duit akan keluar dari dalam kek.

Ia umpama memberi kejutan kepada yang dirai. Jumlah duit diletakkan dalam kek adalah atas permintaan pelanggan.

Namun begitu disebalik kegembiraan meraikan, sebuah keluarga terkejut apabila mendapati jumlah wang yang diletakkan dalam kek tarik melebihi jumlah yang sebenar.

Sebagaimana perkongsian seorang pengusaha kedai kek menerusi aplikasi TikTok, Mieza KCD memberitahu, situasi tertukar kek tarik duit berkenaan ekoran kesilapan kakitangannya.

Namun melahirkan rasa syukur pelanggannya telah memulangkan kembali wang yang sepatutnya.

Artikel menarik: Mungkin Rasa Terbeban Tapi Cara Simpan Duit RM20, Wanita Ini Berjaya Simpan RM12,600 Duit Anak Dalam Masa Setahun.

Tertukar kek tarik duit RM150 Jadi RM450!

“Customer bg duit RM150 je letak dlm kek anak dia. Tp staff KakMieza tertukar kek. Duit kt dlm jadi RM450. Mujur la customer ni jujur pulangkan balik.”

Ibu mula curiga jumlah duit.

Muka cuak tetapi tetap meraikan dengan gembira ulang tahun anak.

Ayah terkedu, “banyaknya Fahim.”

 

@miezakcd6112Customer bg duit RM150 je letak dlm kek anak dia. Tp staff KakMieza tertukar kek. Duit kt dlm jadi RM450. Mujur la customer ni jujur pulangkan balik😂♬ original sound – Mieza KCD

Pulangkan kembali wang lebihan

Menurut pengusaha kek berkenaan, walaupun sudah tertukar kek, namun sempat untuk menambah duit kepada pelanggan sebenar.

Gelagat ibu ayah bikin netizen terhibur

Sikap amanah, netizen kagum

Sumber: @miezakcd6112

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!


Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN