Nak Tambah Lagi Kerangupan Cili Jeruk, Begini Cara Buatnya. Confirm Jadi!

Share

Nak Tambah Lagi Kerangupan Cili Jeruk, Begini Caranya Buatnya. Confirm Jadi!

Cili jeruk tidak dinafikan antara makanan sampingan yang jika dimakan bersama mi kari, mihun goreng, kuetiaw dan pilihan mi yang lain memang enak. Bahkan bila adanya cili jeruk ini barulah  boleh menaikkan selera dan sekali gus buat ada yang makan bertambah.

Bagi anda yang teringin untuk membuat cili jeruk yang bukan sahaja sedap malah rangup dan tahan lama, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.

 

Nota: Nak tambah keragupan boleh rendam dengan air kapur dulu (jika ada) sebelum masukkan cuka

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2/3 cawan cuka
Cili hijau
Garam

Cara penyediaan :
1. Potong mengikut keselesaan dan cara masing-masing. Tak perlu basuh ye kalau dah potong.

 

Kuah Sup

2. Masukkan gula agak-agak ye dan secubit garam. Baru masukkan cuka.

3. Panaskan sehingga semua cair dan sebati. Biarkan ia sejuk dulu.

4. Baru masukkan dalam cili dan kacau sebati

5. Simpan dalam bekas tertutup selama tiga malam sebelum dimakan. Selepas tiga malam baru berubah warna dan sebati.

.

6. Tadaaa dah siap. Sedia untuk dimakan.

sumber : Bahiah Saripuddin

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN