Pening kepala memikirkan bagaimana nak suburkan tanaman? Bagi ibu-ibu yang suka berkebun dan bercucuk tanam, melihat tanaman subur menghijau dan bersih pasti terasa puas hati.
Apa lagi kala melihat kesemua tanaman ini berbuah dengan lebatnya.Baik apa jua tanaman samada sayur atau pohon bunga-bungaan, selain baja yang membantu menyuburkannya, baja organik iaitu daripada bahan semulajadi adalah bahan terbaik bagi satu-satu tanaman itu sendiri.

Apakah bahan-bahan semulajadi itu?

Rambut Manusia

Ketika memotong rambut, orang-orang tua selalu meminta meletakkan lebihan rambut yang digunting ini di bawah pokok terutama pokok pisang. Mitos mengatakan kepala menjadi lebih sejuk mungkin ada benarnya, namun fakta yang lebih tepat, rambut ternyata membantu satu-satu pokok itu jadi lebih subur.

IKLAN

Rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Jadi jika menggunting rambut, jangan malas untuk menyumbangkan nitrogen ini dengan menaburkan rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.
Teh Sebagai Mineral
Ya ini benar. Lebihan uncang teh atau lebihan air teh jangan pula terus dibuang sama sekali. Sebaliknya simbahlah pada pasu tanaman anda. Mineral yang terkandung pada seuncang teh besar khasiatnya pada pokok dan bunga anda.
Siramlah setiap hari, hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga.

IKLAN

Kulit Pisang
Kulit pisang tanpa ada tahu menyimpan khasiat yang cukup hebat dalam membantu menyuburkan tanaman. Kulit pisang kaya kalsium dan magnesium yang sangat baik untuk menyuburkan tanah. Letakkan kulit pisang di dalam pasu tanaman anda atau di atas tanah, sekitar tanaman anda agar tanaman tumbuh dengan subur. Apa yang perlu anda tahu, kulit pisang ini juga cukup mujarab bagi menyuburkan pokok tomato. Kena cuba!

Hampas Kopi
Tidak hanya teh, kopi juga memainkan peranan yang sama. Jangan buang hampas kopi sebaliknya tapiskan dan taburkan di atas tanah tanaman anda. Tanaman hiasan terutama pokok bunga amat memerlukan mineral daripada kopi ini. Lakukan ini dengan kerap.