Nak Tanaman Sentiasa Tersiram, DIY Guna Bekas Terpakai. Cukup Mudah & Jimat, Tak Perlu Pening Pokok Layu!

Share

Daripada bekas terpakai dibuang begitu sahaja, manfaatkan ia dengan menjadi tempat untuk bekas tanaman yang boleh disiram air. Kaedah  ini dikongsikan oleh Umam Agro di facebook.

Banyak manfaatnya untuk kita dan paling penting tanaman kita masih dapat bekalan air secukupnya untuk tempoh yang lama. Jom cuba.

 

DIY Dari Bekas Serba Guna
Musim cuaca panas ni kadang-kadang bila kita terlupa siram habis layu pokok sayur kita. Nah cuba buat ni. Cuba buat satu dulu kalau menjadi baru buat banyak-banyak tau.

PERINGATAN :
Untuk memastikan tanaman yang hendak dimakan ini fully organic, bila nak buat DIY ini gunalah bekas terbuang yang diisi bahan makanan, bukan tong cat ke apa ke. Paip PVC tu pun gunalah yang kaler putih (untuk saliran air dirumah). Jangan guna PVC untuk
elektrikal.

Bahan-Bahan :
Bekas sesuai bersaiz 38′ – korang gunalah apa-apa bekas yang sesuai dengan saiz yang dicadangkan

4″ paip saliran beralun yang berlubang

1-1/2″ paip PVC

Tanah

 

Caranya:

Ini bahan-bahan yang diperlukan. Ingat guna paip pvc air bukan yang guna untuk elektrikal.

 

2. Potong drainage ni ikut saiz bekas yang korang gunakan. Kalau tak faham tengok gambar sampai habis dulu.

 

3. Bila dah potong ikut bekas, potong pula hujung dia tu ikut saiz paip pvc tadi.

 

4. Potong ikut saiz paip pvc.

 

5. Ni contoh bekas yang digunakan.

6. Tebuk lubang untuk tujuan over-flow. Ukuran 4″ dari bawah.

7. Ngam tak.

8. Potong paip PVC ikut ketinggian bekas. Pandai-pandailah korang. Jangan sampai terjulur keluar nanti tak cantik tapi mesti melebihi ketinggian tanah. Dah ukur, potonglah.

10. Masa untuk susun dan pasang.

11. Susun barang tu macam dalam gambar. Masukkan tanah dan semai benih.

12. Dah siap.

13. Penuhkan air dalam tiub PVC tadi sehingga air melimpah keluar dari lubang overflow yang ditebuk pada bekas tadi.

14. Semoga berjaya.

Kredit: Umam Agro


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

 

 

 

IKLAN