Kelibatnya dalam arena sukan badminton pasti dirindui selepas ini. Apa tidaknya, setiap kali beliau menyertai pertandingan, jarang kecundang awal. Malah, tidak salah andai dikatakan sehingga kini tiada pelapis atau anak muda lain yang mampu menggantikan tempatnya.

Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh lagenda badminton selama 19 tahun ini tidak boleh dilupakan. Namun, semua pihak akur dan menerima keputusannya untuk menggantung raket sebagai pemain badminton negara.

Datuk Wira Lee Chong Wei semalam mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas masalah kesihatan. Mengulas perancangannya selepas bersara, beliau berkata buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan bersama keluarga.

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

Oleh sebab itu, Chong bercadang ingin membawa isterinya serta keluarga pergi bercuti dan berehat kerana sebelum ini beliau kurang masa bersama orang tersayang. Kenyataan tersebut telah dipetik daripada penulisan Sinar Harian merujuk kepada sidang media tengahari semalam.

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin. Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh itu. 

“Seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan. Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu dan kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa dengan keluarga.

IKLAN

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

“Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu meluangkan masa lebih banyak dengan anak-anak saya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan dirinya akan terus menabur bakti dalam sukan badminton selepas bersara.

Tambah Chong Wei lagi, hasrat tersebut sudah disuarakan kepada Datuk Seri Norza, YB Syed Saddiq yang beliau akan kembali dalam arena sukan ini kerana mahu terus menabur bakti kepada negara.

IKLAN

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

“Walaupun sudah bersara, saya akan terus bantu BAM. Mungkin saya boleh jadi sparring partner kepada atlet-atlet muda atau bantu perkara-perkara lain,” tambahnya.

Dalam pada itu,  Chong Wei turut merakamkan penghargaannya kepada pihak media dan pihak-pihak lain yang selama ini tidak didendang kerana telah banyak membantu dalam melonjakkan karier badmintonnya.

IKLAN

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang kedua terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.

“Selain itu, saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akan sapu lantai dan staff-staff lain dalam BAM kerana banyak tolong saya. Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini, pernah tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September tahun lalu. Beliau kemudiannya menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.

Sumber : Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI