“Nak Tunjuk Dekat Ameena…”-Shakila Luah Syukur, Berjaya Tawan Gunung Kinabalu!
Sebagai ibu, tentunya kita ingin lakukan banyak perkara yang boleh membanggakan anak-anak. Begitu juga buat pelakon, Shakila Khoriri yang baru-baru ini telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Kejayaan ini diluahkan dengan rasa syukur meskipun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran yang menguji bukan sahaja kekuatan fizikal malah mentalnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendirinya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Nak Tunjuk Dekat Ameena..”
Ads
Menurut Shakila, dia tetap meneruskan pendakian sehingga ke puncak walaupun pernah terdetik untuk berhenti separuh jalan.
“Alhamdulillah, this time setelah hampir putus asa di 200m terakhir ke peak gigihkan juga sampai ke atas. Mental dah kata tak OK. Tapi hati nak sampai atas sebab nak tunjuk dekat Ameena yang Umi dia sampai atas.
“Walaupun dia belum tahu seksa betul Umi dia nak sampai atas tu. Walaupun dia tak tahu apa yang Umi dia lalui sepanjang perjalanan. Hopefully Ameena bangga dengan Umi dia.
Ads
“Nanti dah sampai KL i share lah moments eh. For now nak jalan-jalan kejap dekat Sabah before fly back to KL tengah malam ni.”
Bercerita lanjut lagi, difahamkan pendakian Gunung Kinabalu ini merupakan kali ke dua untuknya. Pun begitu diakui untuk pendakian kali ini terlalu banyak dugaannya.
Ads
“Syukur untuk kali kedua Allah berikan terlalu banyak dugaan bermula dari airport KL sampai nak balik pun terlalu banyak dugaan. Kadang dugaan dan ujian Allah tu buat aku tergelak dalam hati tapi aku yakin Allah pasti nak duga aku dan semua.
“Alhamdulillah kali ni sampai puncak. Sampai atas tu macam-macam perasaan muncul. Dia macam nak rasa macam mana ni. Walau sejujurnya mental aku dah koyak and dah minta STOP diakhir 800m sebelum peak. Speed sangat slow yang paling maksima,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga sedikit risau dengan keadaannya ketika pendakian tersebut memandangkan dia merupakan pesakit asthma dan lututnya masih dalam keadaan cedera.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lain orang lain nikmat yang diberikan olehNya. Selain dari nikmat rezeki duit, kerja, kesihatan, pasangan yang baik juga nikmat yang Allah beri tapi kita sering alpa. Itulah antara intipati topik yang dikupas oleh Ustaz Kazim Elias.
Ketika menceritakan tentang sakit beliau, pendakwah popular Dato’ Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Perkara ini dikongsi oleh beliau menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, pada Sabtu.
Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.
“Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan.
“kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.
“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu.
“Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.
Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterimanya sekiranya dia tidak sakit.
“Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.
“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya.
“Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik.
“Allah akan beri kekuatan. jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya.
Terdahulu, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.
Menerusi paparan itu, beliau yang srting muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.
Tambah beliau, penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.
Kasihnya pada ibu cukup terserlah baik dari perbuatan mahupun pertuturan. Biar sudah mendirikan rumah tangga, namun Hero Malaya ini tetap anak mak. Sepanjang menjalankan sesi penggambaran untuk penghias muka depan majalah, tampak suami kesayangan Nur Fazura ini sangat lembut dan ikhlas melayan ibunya.
Sesekali wajah disandarkan pada riba ‘syurga’ kecilnya itu buat melepaskan penat sambil mengusik sehingga ketawa sang ibu. Tampak bahagia dan penuh kasih sayang ibu dan anak ini. Sejuk perut ibu mengandungkan lelaki bernama Fattah Amin ini.
Gandingan ibu dan anak ini pertama kali diadakan oleh Majalah Keluarga. Biar sibuk dengan penggambaran Filem Mat Kilau dan terpaksa bergegas pulang dari Perak, namun Fattah memberikan kerjasama yang cukup baik.
Ibu Sumber Inspirasi
Wanita terindah bernama Azizah Binti Abdul Ghani inilah yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat kepada Fattah Amin. Biar dicerca dan dikutuk dengan kata-kata kesat, namun ibu tetap berada teguh di belakangnya dan itulah yang menjadi sumber inspirasi buat Fattah yang memiliki senyuman manis persis ibunya.
“Ibu sangat istimewa di hati saya. Walaupun saban tahun ada sambutan Hari Ibu, namun pada saya segala penghargaan dan hadiah tidak mampu membalas segala pengorbanan seorang ibu. Dia adalah syurga saya, tanpa doa dan kasih sayang ibu, saya takkan sampai ke tahap ini.
“Pengorbanan seorang ibu semua orang akan nampak, melahirkan mengandungkan dan membesarkan dari kecil sampai besar, Ibu seorang wanita yang tak pernah rasa beban terhadap anak, takkan pernah rasa susah dan kami adik- beradik takkan mampu balas.
“Cuma kami adik-beradik akan tetap meraikan ibu, baik keluar makan atau membeli hadiah setiap kali tibanya Hari Ibu. Walaupun saya sudah berkahwin tapi bakti ibu bapa masih saya mahu balas. Tidak sekadar dengan wang ringgit semata-mata. Tetapi perhatian dan kasih sayang seorang anak itu yang lebih ditagihkan oleh semua ibu bapa.
Penyayang Tapi Tegas
Dari kaca mata seorang ibu, Abdul Fattah Bin Mohd Amin anak sulung dari lima beradik ini sangat penyayang tetapi tegas orangnya.
“Nampak sahaja dia lembut tetapi dengan adik –beradik dia sangat ambil berat dan tegas. Ke mana sahaja adik-adiknya nak pergi atau buat dia akan ambil tahu. Walaupun sekarang sudah berkahwin, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai abang sulung. Boleh dikatakan tiada perubahan baik sebelum mahupun selepas kahwin.
“Malah, sehingga kini walaupun dia sudah terkenal dalam bidang seni, namun sikap Fattah tetap sama. Itu yang saya dan suami terapkan kepada anak-anak sejak dahulu lagi. Kena selalu humble dan jangan lupa diri. Jujur saya akui, saya dan suami sejak dahulu lagi sangat menitik beratkan akan soal agama yang lebih. Jaga solat, kelakuan dan sebagainya. Bab agama memang ayah yang akan tekankan manakala sebagai ibu saya lebih kepada bab akademik.
“Sebagai ibu, apabila anak-anak berkongsi impian dan kerjaya yang ingin mereka ceburi, sebagai ibu bapa kita hanya mampu mendoakan dan berharap kejayaan sentiasa mengiringi mereka. Walaupun Fattah memilih bidang seni, tetapi saya dan suami tidak membangkang kerana dari awal lagi kami sudah nampak minatnya ke arah bidang tersebut.
“Sebagai ibu bohonglah andai kata tak terasa dengan apa jua cercaan yang diterima Fattah, lebih-lebih lagi hanya dia seorang yang terjebak dengan bidang ini. Tetapi saya tidak kisah dan faham akan kedudukan kerjayanya.
“Lagipun dari awal saya memang tidak campur tangan dan tidak meletakkan sebarang syarat. Terpulang bagaimana dia membawa diri asalkan bijak menjaga diri,”ujar Azizah lagi yang tidak suka masuk campur akan kehidupan anak-anak sebaliknya sekadar memberi nasihat.
Fazura Menantu ‘humble’
Diminta pandangan dari mata seorang ibu, akui Azizah sifat humble dan kelembutan yang ada pada diri menantunya sulungnya, Fazura yang cukup memikat hatinya.
“Kalau diikutkan saya tak pernah mengenali Fazura sebelum ini kerana tidak mengikuti perjalanan seninya. Walaupun Fazura datang dari kehidupan yang glamor tetapi itu pada saya kerjaya dia. Di luar dia berbeza namun sifatnya tetap sama. Humble, hormat orang tua dan mudah mesra. Fazura ‘boleh masuk’ dengan keluarga kami, boleh makan sama dan bertepuk tampar. Itu yang membuatkan keluarga mudah serasi dengannya.
“Sebagai ibu, saya merestui apa pilihan anak-anak. Bab cucu pada saya mereka masih baru lagi berkahwin. Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mencorakkan rumah tangga sendiri. Cuma sebagai ibu, saya berharap mereka boleh mendidik anak-anak kelak dengan baik. Lebihkan soal agama, mengaji dan belajar apa yang orang biasa lakukan,”ujar Azizah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringin nak buat ‘Kitchen Island’ tapi bajet tak cukup? Nah admin kongsikan cara mudah dan murah untuk ibu-ibu cuba ‘tiru’. Perkongsian puan Fara Amirullah menerusi page Tukang Apa Hari Ini mungkin dapat membantu.
Simple sahaja penghasilan kithen islan yang hasil kerja tanhan suaminya sesuai untuk ruangan dapur yang sempit tapi buat ruang tersebut nampak lebih kemas dan menarik.I pernah post project diy kitchen island guna c channel yang husband i buat masa PKP hari tu, tapi tergendala sebab skirting and powder coating tak dapat beli dek PKP. Hari ni dedua item sampai serentak, so husband settle kan kitchen island i tu. Finally siap jugak! 😍
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.