Tidak kira agama yang dianuti mahupun kaum, sebagai rakyat Malaysia kita semua berkongsi Rukun Negara yang sama sejak ia dilaksanakan sehingga kini.
Dalam tak sedar, rupa-rupanya Rukun Negara ini sudah mencecah tempoh 50 tahun pada tahun ini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra.
Dipancarkan di layar skrin dengan animasi 3-Dimensi, logo yang julung kali dicipta itu dilancarkan selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.
Logo yang dihasilkan membawa makna yang mendalam bagi negara kita iaitu lima jalur simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi; bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.
Tengkolok berkerawang bulan dan bintang simbol prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ia juga melambangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Ads
Angka 50 sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara dan biru melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan.
Logo itu dihasilkan melalui kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf.
Berkongsi kisah disebalik ciptaan logo itu, perekanya iaitu Pengarah Kreatif Kanan Sinar Karangkraf, Norazlan Ismail, 43 tahun, mendapat inspirasi mencipta logo itu ketika membersihkan tengkolok silat.
“Dari situ saya terfikir selain songkok, kopiah dan topi yang diletakkan di kepala, tengkolok juga adalah pakaian tradisi Melayu yang tinggi nilainya dan diletakkan di tempat ‘terhormat’ iaitu di kepala. Ia juga status dan sebagai lambang atau simbolik yang perlu dihormati.
Ads
“Selain itu tengkolok juga ialah pakaian kebesaran yang dipakai oleh raja-raja Melayu. Ia mempunyai bentuk menarik dan unik yang tidak ada di mana-mana,” katanya sambil menyifatkan semua kaum dan bangsa dinaungi sultan dan raja.
Menurut Norazlan, beliau menghasilkan satu logo utama dan tiga logo yang lain. Logo utama dipecahkan kepada tiga opsyen reka bentuk.
“Kesukaran itu hanya di peringkat awal iaitu mencari elemen sesuai yang boleh di simplify, namun masih mengekalkan bentuk menarik. Once sudah dapat tune semuanya alhamdulillah mudah,” kata otai pereka grafik yang sudah 19 tahun berkhidmat di Kumpulan Media Karangkraf ini.
Ads
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub berkata logo yang dipaparkan memberi kesan yang besar kepada masyarakat dengan menyampaikan kefahaman mengenai lima prinsip falsafah yang menjadi tunjang nasional negara.
Jelasnya simbolik tengkolok pada logo tersebut adalah keunikan warisan dan budaya Melayu yang kesetiaan kepada raja dan negara amat penting dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
“Kita merasakan setiap logo yang mahu ditonjolkan perlu mempunyai ‘roh’ yang akan memberi kesan besar kepada masyarakat. Umum mengetahui tentang Rukun Negara ini namun kefahaman mengenai falsafah ini tidak masuk ke hati.
“Konsep logo yang ingin diketengahkan adalah mengembalikan semangat patriotik kepada negara dengan menekankan kefahaman mengenai prinsip Rukun Negara,” katanya.
Wukuf di Padang ‘Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah merupakan puncak kepada ibadah haji di Tanah Suci dan merupakan satu daripada enam rukun haji.
Salah seorang jemaahnya, iaitu Ustazah Noor Laila berkongsi rakaman suasana mereka sementara menunggu saat mereka memulakan wukuf di Arafah. Menjadi perhatian di perkongsian tersebut, alunan munajat yang merdu oleh jemaah haji di sana yang menaikkan rasa sebak bagi siapa yang mendengarnya kerana seolah-olah diri dibawa ke sana untuk sama-sama mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Bukan hanya alunan munajat, malah meskipun dalam mengerjakan ibadah haji, ustazah sempat memperingati orang ramai untuk banyakkan berdoa dalam tempoh wukuf supaya doa kita semua dimakbulkan olehNya..
Wukuf di Arafah bermula 15 minit lagi. Ustazah sempat kongsi sedikit sahaja. Doalah sebanyak2. Mudah2an mata yg melihat dan telinga yg mendengar alunan munajat di tanah Arafah ini juga dpt berkat. Ustazah tak lupa doakan semua followers ustazah. Setiap seorang yg kirimkan doa sedang Ustazah tak mampu baca semuanya, tapi ustazah doakan semua. Allah Maha Mengetahui segala hajat, Allah Maha Baik… Yakinlah.. Pasti Allah makbulkan.. Berdoalah bersama2…
Meneliti di ruangan komen, rata-rata mendoakan urusan ustazah di sana dipermudahkan. Malah, tidak kurang juga komen dibanjiri dengan individu yang meminta ustazah untuk mendoakan kesejahteraan mereka dan mendoakan supaya mereka juga berpeluang menjejakkan kaki ke sana untuk menjalani ibadah haji.
Berpantang maut sebelum ajal. Demikian yang boleh diungkapkan pada wanita hebat dan kuat semangat ini. Perjalanan wanita bernama Aida Rashidi ini cukup getir.
Dalam satu perkongsian, dia menceritakan perihal perjalanan diplomanya yang penuh ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang ketika masih dalam pengajian.
Aida mula didianogsis penyakit kanser selepas berkali-kali melakukan ujian darah pada 2017. Selepas itu, bermulalah perjalanan Aida dalam melawan penyakit yang cukup digeruni. Berbelas kali kimoterapi dan pembedahan dilakukan bagi mengembalikan semula kesihatannya.
“Bermula awal tahun 2017 saya berulang alik dari rumah ke hospital. Kelas kuliah pagi terpaksa ‘skipped’ memandangkan temu janji saya pada waktu pagi.
Tambahnya lagi, ketika itu dia mulai sedar mengenai maksud di sebalik “nikmat yang Allah beri ditarik” dan sangat bersyukur dikembalikan semula kesihatan yang dulu.
Selepas kembali pulih, Aida telah menyambung kembali pelajarannya yang tertangguh walaupun masih berulang-alik menerima rawatan bagi memastikan benar-benar bebas daripada kanser.
Akhirnya, berkat usaha gigih dan tak pernah mengalah, Aida berjaya menaiki pentas konvokesyen tanpa sebarang halangan. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berada dengannya ketika waktu sukar sebelum ini.
Dalam pada itu, Aida turut memuatkan ucapan penghargaan buat mereka yang selama ini banyak memberi sokongan untuk bangkit kembali.
Penghargaan tersebut dimuat naik di Twitternya. Sekali gus menjadi inspirasi kepada semua dengan kekuatan serta ketabahannya menghadapi dugaan kanser.
My highest achievement so far actually, to have the courage to go through all this, to accept my fate, to go the extra mile and finish my studies and also heal myself physically and mentally. https://t.co/VZ4wEi9ZjIpic.twitter.com/21WH84ziH5
Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017.
Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.