Tiada apa yang mustahil, meskipun tinggal di rumah kampung namun masih tetap boleh menikmati gaya dekorasi moden.
Mungkin ada yang merasakan jika ingin konsep deko moden perlu memiliki rumah batu namun pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna membuktikan telah berjaya melakukan tranformasi rumah kampung yang didirikan daripada papan namun mempunyai mood dekorasi terlihat gah dan moden seperti yang diidamkan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Makeover yang dilakukan bukan kerja sehari dua malah dibuat berdikit-dikit dengan hasil kerja tangan sendiri. Boleh dikatakan setiap ruang kediaman diberi nafas baharu, dari ruang tamu, dapur, ruang solat dan bilik anak-anak.
Apa yang lebih mengujakan, pasangan suami isteri ini tidaklah mempunyai kepakaran bertukang, pun begitu mereka cukup kreatif dalam menghias kediaman dan turut menawarkan khidmat dekorasi pada yang memerlukan di sekitar Dungun, Terengganu.
Menurut Azizi, ia bermula dengan suka-suka dan ubah suai rumah ini dilakukan kerana mereka mahukan gaya moden untuk rumah yang dihuni.
Ads
Jadi buat anda yang tinggal di rumah kampung namun ingin melakukan transformasi, bolehlah jadikan dekorasi kediaman ini sebagai inspirasi.
“Nampak Kesungguhan Dan Keikhlasan”-Datuk Syafinaz Ajar Qariah Teknik Pernafasan Raih Pujian Netizen!
Datuk Syafinaz Selamat, namanya begitu dikenali sebagai guru vokal dan juri program realiti TV, juga smerupakan seorang penyanyi yang berbakat.
Terbaharu, tular beberapa video berkenaan Datuk Syafinaz mengajar teknik pernafasan yang betul dalam satu kelas tarannum telah menarik perhatian umum.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi video tersebut, selebriti dan juga pensyarah muzik ini begitu bersungguh-sungguh mengajar dan berkongsi ilmunya.
Melalui video tersebut, kita juga dapat dengar bacaan tarannum daripada Ustazah Aisyah Baain itu lebih baik selepas mengikut saranan teknik pernafasan daripada Datuk Syafinaz.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tampil memuji serta meluahkan rasa kagum dengan Syafinaz.
Selain pujian, ada juga yang mendoakan agar Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah.
Kebiasaannya kita melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan, sememangnya ramai tidak menyangka Syafinaz yang juga pensyarah muzik itu turut mengajar qari dan qariah.
Meninjau di ruangan komen, ini antara yang menarik perhatian daripada ribuan komen yang ada.
“Macam-macam cara Allah kurniakn kita utk memanfaat diri utk orang di sekeliling kita. Datuk Syafinaz dikurniakn ilmu. Semoga usaha dirahmati Allah.”
“Ustazah ni dh terer taranum weh, tapi dia pun terbuka untuk belaja lagi dengan tokpinaz. Subhanallah. Tahniah kdua duanya. Moga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah.”
“Masing-masing ada kepakaran masing-masing .. banyak ilmu yang kita tak tau tapi orang lain tau.. dan ini bukti penting berguru”
“Cantik Datuk bertudung.. Teruskan Datuk.. Ameen…”
“Bagus gunakan teknik guru vokal..sebab mengaji ni pun sama macam kelas vokal. Teknik pernafasan tu. Ada orang tak cukup nafas boleh jadi semput dan pengsan.”
Melihat hasil kreativiti yang diilhamkan oleh Puan Izz dalam menghasilkan langsir dengan modal yang ekonomi, tentunya cukup mengujakan.
Apatah lagi, menurutnya dia tidak mempunyai kepakaran menjahit, namun mampu hasilkan langsir yang cukup sweet sepertinya ini.
Ini perkongsiannya.
Saya ada tengok dalam group eco diorang buat, tapi dorang buat biasa-biasa je saya tengok.. Saya suka olahkan bagi lagi menarik.. kiranya design semua tu dari saya lah..
Reben pun macam dorang buat selapis je.. Saya buat 4 keping.. Campur dengan kening 1/2…
Semua saya beli dekat kedai eco.. 1 barang RM 2.10.. Untuk 1 pintu 4 1/2 keping jadi kos dalam 1 pintu hanya RM10.50.. Saya beli 5 keping alas meja.
Saya jahit tangan sahaja.. Tak pandai guna mesin.. Beli mesin jahit mini pun masih tak pandai guna.
Sekejap je jahit.. Jahit bodo-bodo orang kata. Sehari pun dah boleh siap.. ..
Saya buat langsir ini tahun lepas. Bulan ogos.. Sekarang masih ok.. dan raya memang tak tukar lain.. Guna yang tu je.. Hehe.. Cuma kena basuh je..
Komen suami pula, dia suka sangat. Benda boleh jimat kan.. Sebab tu sekarang ni kalau saya ajak pergi kedai eco.. Dia ikut kan je.. Dia tak tanya nak beli apa.. Dia nak tengok je apa laa isteri dia nak buat pulak.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Meskipun sudah tiga kali guru Geografi ini menyertai pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) sebelum ini.
Namun siapa sangka, dengan semangat dan usaha gigihnya itu, Cikgu Sofizah Mousin yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini telah dinobatkan Johan Qariah Kebangsaan 2022 dalam MTHQK yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor, baru-baru ini.
Kejuaraan yang diraih cukup membanggakan negara dan sekali gus mencuri tumpuan wargamaya untuk mengenali lebih dekat wanita bertubuh genit ini yang juga merupakan ibu kepada 2 ORANG anak perempuan, di atas usahanya melakar kejayaan.
Cikgu Sofizah Mousin, 33 berkata, kemenangan tersebut ternyata mengejutkan namun dia menganggap ia adalah rezeki yang cukup besar buat dirinya sekeluarga.
Kenali Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa?
Wanita berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi, seorang ibu kepada 2 orang anak.
Walaupun beliau mengajar subjek Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi.
Semasa sekolah menengah, beliau mula mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran Al Quran. Keluarganya juga memberi support yang kuat kepada Sofizah untuk terus belajar.
“Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari, ”bagitahu Sofizah Mousin.
Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je.
Selain latihan intensif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud.
Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga.
Bila ditanya apa tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, “Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. Percaya bahawa setiap huruf yang kita baca itu, Allah kurniakan pahala. Allah juga akan kurniakan ketenangan dalam kehidupan… “
Manakala meninjau perkongsian Nani Yaacob yang juga merupakan kakak ipar kepada Sofizah Mousin ada menyenaraikan 8 formula kejayaan adik iparnya itu. Tulisnya;
8 Formula Kejayaan Johan Qariah Antarabangsa – Sofizah Mousin.
Begini kisahnya nak jadi juara dunia….Hmmm..tetiba femes! Macam tu lah jadinya bila dah jadi Juara Qariah Majlis Tilawah Antarabangsa yang ke 62.
Mungkin ramai yang tanya, macam mana persiapan adik ipar cik kak – Sofizah Mousin ni nak jadi juara dunia? Ni cik kak nak share sikit…
13 Tahun Mula Serius
Sofizah ni atau kami panggil Lily atau anak-anak buah dia panggil Auntiy Lily..memang ada bakat dalam menyanyi dan mengaji dari kecil-kecil lagi. Dulu-dulu, time raya mesti kami suruh dia karoks. hehe..Lagu Siti Nurhaliza jadi pilihan dia.
Sebenarnya, dari umur dia 13 tahun dia dah mula serius dengan tilawah. Dia join kelas tarranum, kelas tajwid dan join macam-macam competition- peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan.
Banyak air mata, banyak gelak tawa juga.
So ni cik kak nak share sikit, dari pemerhatian cik kak selama 23 tahun bergelar kakak ipar Juara Qariah Peringkat Antarabangsa- macam mana nak jadi Juara Peringkat dunia…
1) Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambik masa untuk jadi Juara Antarbangsa.
2) Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.
3) Jangan takut nak berguru. Cari guru terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan. Walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.
4) Sanggup korban apa saja. Tengok dia korbankan masa untuk prektis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk family- tu memang champion punya level.
5) Passion terhadap impian – dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak 2- dia tak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa..”
6) Support. Dapatkan support dari yang rapat. Sofizah dapat support dari family. Doa mama yang tak pernah putus dan abang kakak serta ipar duai dari Sabah, Selangor, Kelantan..dari cikgu-cikgu juga rakan-rakan.
7) Apa pun jadi..jalan terus!
Nak cakap pasal dugaan..banyak sangat. Sakit pening, anak-anak tak sihat, kereta rosak, itu ini…haish..Kalau tak kuat hati memang boleh give up! Tapi dia tetap jalan terus…
8.) Sanggup hijrah.
Ni yang paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. In Shaa Allah.
Semoga kejayaan ni jadi inspirasi untuk semua.Dengan Izin Allah semuanya..Dan..percayalah, kita tak perlu lahir-lahir terus hebat untuk jadi juara dunia.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di