Dalam keseronokan menyambut lebaran, budaya kunjung mengunjung tidak dilupakan. Inilah masanya untuk bertemu saudara-mara serta rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa dan bertanya khabar.
Menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya perayaan, jalan-jalan raya akan sesak. Malah kesesakan jalan raya bagi setiap tahun sukar dijangka malah ada yang tersangkut berjam-jam lamanya.
Oleh yang demikian, kesabaran dan juga keprihatinan setiap pemandu jalan raya amatlah penting kerana masing-masing mahu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Namun, berlaku sebaliknya bagi sebuah kereta perodua Myvi ini apabila mendapat ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing sekolah.
Ads
Menurut perkongsian video TikTok @m.a7annnn kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan.
Dalam video berkenaan pemandu itu ‘berusaha keras’ bergerak kehadapan dan kebelakang untuk keluarkan separuh badan King yang tersangkut.
Ads
Apabila perakam melepasi kereta Myvi itu, bahagian bumper hadapan sudah tercabut. Walaupun kereta sudah teruk sebegitu, namun tiada kereta lain yang berhenti memberikan bantuan.
Netizen umpamakan situasi itu sebagai ‘orang tamak, selalu rugi’. Hanya sebab tidak boleh bersabar beberapa minit, pemandu itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan kereta King tersebut.
Ads
Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.
Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan.
Kasih Iris Leona tidak lekang dengan kontroversi apabila dilihat sering memuat naik gambar bersama teman-teman dan sewaktu percutian.
Apa yang meraih perhatian netizen adalah cara pemakaian Leona yang dilihat terlalu moden dan terbuka. Tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memakai bikini putih ketika sedang mandi manda di sebatang sungai semasa percutiannya bersama rakan di Warleigh Weir, United Kingdom.
Susulan itu, Leona telah dikecam hebat netizen dan ada netizen yang mengatakan bahawa Azhar tidak menasihati anaknya itu. Oleh itu, Azhar dalam satu video TikTok tampil menasihati anaknya secara terbuka.
Menurut Azhar, ‘rahsia’ untuk terus dikenali dan diingati peminat adalah sentiasa sensitif dan peka dengan apa yang ditunjukkan dalam media sosial.
“Jadi bijak la, macam Daddy kalau pergi parti, pergi Changkat ke berjimba ke, private party, tak kongsi di media sosial.” ujar Azhar.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen merasakan Azhar sudah mencuba untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya tetapi tindakan anaknya itu bukanlah boleh dikawal sepenuhnya.
Dalam perniagaan, tiada jalan mudah untuk berjaya. Pasti ada liku-liku yang akan diharungi untuk mencapai kejayaan. Ada turun naik, malah untuk berada ditahap yang membanggakan, ianye memerlukan pengorbanan.
Itulah umrah dalam dunia perniagaan. Bagi yangmenceburi bidang ini, pasti arif dengan ‘permainannya’. Kejayaan tak dapat bergolek tetapi liku-liku yang harus ditempuhi inilah yang akan membawa kejayaan yang diinginkan.
Seperti yang terjadi kepada seorang pengusaha kedai Port Bako-Bako yang popular dengan menu ayam tong, suatu kejadian yang tidak diinginkan telah berlaku apabila hampir 100 ekor ayam yang sudah siap diperap terpaksa dibuang gara-gara bahan perapannya berbuih.
Namun, pengusaha ini akur dengan ketentuan Allah dan reda dengan apa yang berlaku kerana dia yakin apa yang terjadi adalah aturan rezeki Allah.
“Ayam tu sebenarnya baru saja diambil. Ada kesan lebam pada ayam. Tukang perap dah perasan, tapi dia tak biasa situasi macam tu. Jadi dia kumpul semua ayam dan perap dalam satu bekas.
“Apabila ayam yang dah busuk terendam dengan bahan perap, ayam yang masih elok pun ikut berbau. Kemudian bahan perap jadi berbuih. Terus staf saya tak berani nak bakar.
“Selepas kami periksa balik, ayam memang dah tak boleh pakai. Jadi kami ambil keputusan untuk buang saja. Kalau dikira, rugi dalam RM2,000.”
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengusaha yang bernama Faizal ini di akaun TikTok miliknya. Selepas memuat naik video tersebut, dia mendapat pelbagai respon dari warga maya.
Ada yang bersetuju dengan tindakannya kerana bimbang keselamatan pelanggan jika ayam tersebut tetap juga dijual namun ada juga yang menyelar tindakannya itu. Ada yang mengatakan telah berlaku pembaziran berikutan ayam yang elok masih boleh dimakan jika membuat beberapa petua untukmenghilangkan bau.
“Memang ada yang bagi cadangan suruh rendam cuka untuk hilangkan bau. Tapi kami tak mahu jual ayam tak elok kepada pelanggan. Kami bukan berniaga sebulan dalam bulan puasa, kami ada kedai dan berniaga sepanjang masa.
“Kami jaga kualiti. Siapa yang nak rugi kan? Ramai juga yang cakap saya patut sedekah ayam tu kepada orang ramai. Saya tak berani nak sedekah makanan yang dah tak elok. Sebab risiko keracunan makanan boleh membawa kematian.”
Tambah Faizal, dia turut menerima cadangan supaya ayam-ayam itu diberi kepada haiwan lain, namun katanya dia tidak mempunyai kelapangan masa kerana sedang sibuk menyiapkan tempahan iftar.
“Ada yang suruh kami bagi pada kucing. Masalahnya seekor kucing tak mungkin dapat habiskan seekor ayam. Takkan kami nak cari kucing seekor demi seekor untuk bagi makan. Ayam tu ada 100 ekor.
“Ada juga yang suruh bagi pada anjing. Tapi kami tak sempat sebab tengah kejar tempahan lain. Yang suruh beri pada penternak keli pun ada, tapi saya tiada contact penternak keli. Kami pula tengah kejar masa.
“Selain itu, ada juga yang cadangkan supaya saya sedekahkan ayam tu semua kepada zoo. Kat sini mana ada zoo. Cadangan itu bagus, tapi tak kena dengan situasi,” ujarnya yang mula berniaga sejak dua tahun lalu.
Namun di sebalik dugaan yang dihadapi, pemuda ini tetap bersyukur kerana kedainya sentiasa menjadi pilihan ramai dan turut dikunjungi individu dari luar negeri Pahang.
Malah, beliau turut menegaskan dan berpesan kepada para peniaga agar sentiasa jujur dan berusaha memberikan kualiti terbaik buat pelanggan masing-masing.
“Pada saya, kalau makanan itu rosak, jangan jual walaupun ada orang kongsi cara untuk hilangkan baunya. Kita kena ambil iktibar kes orang mati keracunan makanan.
“Ada orang guna kaedah macam tu kalau makanan rosak, tapi saya memang tak berani,” ujarnya lagi.
Semoga kisah Faizal ini dijadikan ikhtibar buat semua. Setiap peniaga ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah. apa yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan berniaga.
Pasti akan dipermudahkan oleh Allah dan dimurahkan rezeki.
Remaja pulang dari kelas tambahan maut kemalangan jalan raya. Seorang pelajar tingkatan Lima maut dalam perjalanan pulang ke rumah apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Parit Mahang, Jeram, semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.15 petang itu mengorbankan remaja lelaki berusia 17 tahun di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, hasil siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu oleh lelaki berumur 26 tahun datang dari jalan utama menghala ke Jalan Parit Mahang, manakala mangsa pula menunggang motosikal dari arah sebaliknya untuk pulang ke rumah di Ijok.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan lori berkenaan.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan sebelum insiden, pelajar tersebut baru sahaja menghadiri kelas tambahan di sekolah dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk meletakkan barangan. Dia kemudiannya dalam perjalanan ke Kampung Parit Mahang untuk menghantar seorang rakan sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat. Sementara itu, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau tampil ke balai polis berhampiran.