Nak Ubah Selera Buatkan Je Bergedil Pucuk Ubi Ni. Memang Sedap & Puas Hati Makan!

Share

Rasanya mesti ada yang tak pernah dengar bukan tentang menu bergedil pucuk ubi ini? Kalau ingin menikmati keenakan rasa pucuk ubi selain dicelur atau digulai apa kata anda cuba menu ini, pasti akan ulang berkali-kali menyediakannya dek kerana keenakan rasanya.

 

 

Apatah lagi bila bergedil pucuk ubi ini dipadankan  bersama dengan ikan kering atau ikan pekasam ketika menikmatinya. Cukup sedap hinggakan orang sebelah lalu pun kita tak perasan. Begitulah perumpamaannya boleh dikatakan tentang menu nan satu ini.

Jadi boleh dicuba dan rasai sendiri resipi yang dikongsikan oleh Ain Farhana ini.

BERGEDIL PUCUK UBI

BAHAN A

2 ikat pucuk ubi

1 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

Segenggam ikan bilis

Garam

BAHAN B

4 biji telur

1 sudu sos ikan- Beli online DI SINI

Sedikit perahan lemon

 

CARA BUAT :

1.Petiklah pucuk ubi tepi rumah tu, kalau tak ada pergilah beli kat pasar ya. Nak minta jiran tetangga pun tak ada masalah.

2.Asingkan batang-batang keras itu ya. Jangan rebus sekali.

3.Rebus dalam periuk sampai masak. Jangan lupa garamkan sekali. Mak Kak Ain kata buang getah. (Beli periuk online DI SINI)

5.Selepas sudah masak hijau begini, basuh dengar air sejuk dan tapiskan. Tekan-tekan sikit bagi kurangkan air.

6.Kemudian guntingkan pucuk ubi yang direbus tadi bagi lebih halus. Nanti bila sayur tersebut masuk mulut, lembut sahaja rasa. Jadi kena rajin sikit yang bab ni. Kalau tak halus nanti masa hendak kepal tu nanti dia cepat terburai.

7.Okey kita ke bahan B pula, inilah bahan penyedap kepada bergedil tu. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan garam. Tumbuk mesra.

8.Ini lah hasil selepas ditumbuk bahan B tadi. Tidak halus sangat dan tidak kasar sangat. Sedang-sedang sahaja. Nak blender pun boleh, tetapi jangan campur air.

10.Selepas itu campurkan bahan B yang sudah ditumbuk tadi bersama pucuk ubi yang sudah digunting. Gaul mesrakan semua sekali.

11.Lepas sudah gaul bahan A dengan bahan B tadi, perah segala air yang ada dekat pucuk ubi. Kepal-kepalkan dalam anggaran segenggam penumbuk. Lepas tu leperkan agar cantik dan kemas.

13.Jadilah seperti ini. Cantikkan mak mertua Kak Ain kepal. Kalau Kak Ain yang kepal besar belaka. Malas nak kepal banyak-banyak.

14.Okey kita ke bancuhan salutan telur dia pula. Bahannya ialah telur ayam, sedikit sos ikan dan sedikit perahan lemon/limau. Cuka pun boleh. Garam tak payah sebab sos ikan sudah masin. Pastikan kocak telur tersebut sampai berbuih macam ni. Baru lah ada crunchy di luarnya.

16.Kemudian goreng lah dengan minyak yang sederhana. Nampak tu salutan telur dia nampak crunchy kan?

15.Siap. Boleh dihidang dengan apa pun menu.

Selamat mencuba

ARTIKEL BERKAITAN

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN