Membina pagar rumah dengan lebih bergaya dan menarik hakikatnya boleh menjadi satu projek mega yang memerlukan kos yang tinggi. Namun tidak lagi bila anda sendiri hasilkannya dengan menggunakan material share plank yang kian menjadi trend masa kini. Pemasangannya cukup mudah dan sesiapa pun boleh membuatnya walau tiada kepakaran dalam bidang pertukangan.
Apatah lagi bila melihat perkongsian facebook Zabiratul Azra, untuk menaik taraf pintu pagar rumahnya, dia hanya berbelanja anggaran RM300 sahaja, dan hasilnya memang cukup hebat. Memang berbaloi!
Di sini dikongsikan cara yang perlu anda buat untuk pemasangan share plank sepertimana yang dikongsikan oleh Zabiratul Azra. Selamat mencuba.
Pagar Share Plank
Menurut Zabiratul Azra, untuk projek diy membuat pagar rumahnya dia mengambil idea yang dikongsikan di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu dengan menggunakan share plank.
Langkah 1 : Potong Shera plank
Shera plank 6inci x 10kaki = 1 pcs RM17, saya beli 10 keping dan minta kedai potong siap-siap (kedai hardware area JB ,kg melayu majidee dekat-dekat dengan taman ungku mohsin) plus kos cat dan skru semua sekali bawah RM300.”
Langkah 2 : Coating
Sesi mengecat mula-mula coating. Coatings tu dia macam cat jernih berminyak macam gam sikit, fungsi dia kalau ada lubang-lubang halus dekat kayu dia tutup bagi smooth. Lagi satu kalau kita nak apply cat colour lebih senang lekat warna tu pada kayu dan warna die lagi timbul cantik.
Ads
Langkah 3 : Cat
Selepas itu guna cat top plus high gloss (cat minyak) untuk colourkan kayu tu. Kedai hardware yang suggest..walaupn shera plank diperbuat daripada fibre simen tapi shera plank ni dia ada kemasan macam corak urat kayu tu. Kalau guna cat simen urat-urat kayu tu jadi tenggelam tak berapa jelas. Dan salah satu sebab kena cat coating dulu pun sebab nak bagi corak urat-urat kayu tu nampak timbul.
Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Rumah tangga yang berjaya juga bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah. Saling melengkapi, bekerjasama, toleransi, memahami dan paling penting menghargai pasangan anda. Itu kunci rumah tangga bahagia.
Ada orang berpendapat dengan duit beli kebahagiaan, bila tiada duit itu yang kucar kacir rumah tangga. Tanggapan yang tidak betul sama sekali. Tidak dinafikan dalam kehidupan kita memerlukan wang tetapi bukan itu terletaknya keharmonian dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian oleh saudara Firdaus Mokhtar ini tentang bagaimana cara nak buat rumah tangga bahagia dengan percuma.
Petang itu ada kawan cakap ke aku, “Dia boleh lah banyak duit. Kejap surprise kan isteri beli kasutlah, beli cincin lah, beli kereta lah. Pernah sekali surprise beli tiket kapal terbang berjalan ke Bali. Aku ni mana ada duit sangat. Duit hujung bulan pun tak cukup.”
Aku balas ke dia;
“Nak hiburkan isteri ni macam macam cara. Kau tak ada duit, banyak lagi benda percuma kau boleh buat jadikan surprise. Kau pernah basuh kain baju dekat rumah? Kalau tak pernah esok cuba kau buat, siap sidai dah kering kau lipatkan pula. Itu pun surprise.
Kau pernah tak bangun tidur kemas katil sendiri selama kahwin ni? Biasa kau bangun tinggal terus, tahu-tahu dah cantik tegang je cadar katil kan? Apa kata kau pula yang kemaskan katil. Masa isteri dalam bilik air tu, kau kemas siap-siap. Dia keluar tengok dah kemas. Surprise juga kan?
Lepas makan, kau angkat semua pinggan mangkuk. Kau tunggu dekat sinki dapur. Bila isteri datang bawa bekas makanan yang dah guna, kau suruh isteri basuh tangan dan pergi rehat dekat depan tv. Kata lah biar kau yang handle dapur. Pun kejutan yang sangat membahagiakan isteri.
Kau tengok, ada guna duit? Tak ada. Ada banyak hal dalam rumahtangga yang kita boleh jadikan kejutan istimewa buat isteri. Atas kau sahaja yang nak buat atau tidak.”
Dia mengangguk tanda setuju. Lama lepas tu dia termenung. Agaknya berfikir benda apa yang dia nak buat dekat rumah nanti.
Aku kata ke dia lagi, “Kita selalu fikir benda yang tak ada. Sedangkan depan mata kita macam-macam ruang untuk bina kasih sayang rumahtangga. Tuhan bagi siap dah.”
Begitulah.
Firdaus Mokhtar, Mujur kerja sendiri. Boleh lah basuh kain selalu. Hahai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perut yang buncit selepas melahirkan anak memang menjadi satu masalah buat ibu-ibu selepas bersalin. Adakalanya boleh jadi tertekan bila mana semua pakaian mula sangkut pada bahagian perut. Mulalah hilang rasa yakin pada diri sendiri, apa lagi depan suami.
Berdiet memang nampak mudah tetapi nak melaksanakannya memang memerlukan kegigihan yang tinggi. Nak lagi kalau ibu sedang menyusukan badan. Macam mana nak berdiet?
Selain usahakan cara berdiet secara perlahan-lahan, anda boleh juga amalkan petua tradisional. Petua yang dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim ini boleh juga ibu-ibu cuba. Nampak mudah dan ringkas. Hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Jom cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Kak Ju nak kongsi dengan korang jamu homemade ni. Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan. Rajin dengan malas je. Betul tak?
Bahan-bahan:
3 sudu halba (direndam selama 2 minit)
3 cm halia (kalau ada halia muda lagi elok)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Toskan halba yang direndam tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian gentel bulat-bulat kecil macam maajun .
4. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Khasiatnya perut akan jadi kempis dan angin dalam badan pun akan hilang.
Ibu mengandung tidak sesuai. Ibu menyusu sesuai amalkan jamu ni bila anak dah hilang kuning (jaundis) dulu.
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Ekzema adalah penyakit kulit di mana proses radang menyebabkan gejala seperti kulit gatal, menebal dan merah-merah. Ia membuatkan penghidapnya akan menggaru untuk melegakan rasa gatal.Malah ada yang menggaru sehingga berdarah.
Bagi anak kecil yang menghidap ekzema tentunya ia sesuatu yang amat mencabar buat ibu bapa. Ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.
Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila anaknya seawal usia dua bulan telah mengalami ekzema. Namun istiqomah merawat masalah itu, akhirnya anaknya bebas dari penyakit kulit itu.
Sebagaimana perkongsian saudara, Mohd Yazid Ismail bercerita tentang kisah anaknya menghidap ekzema dan isterinya yang banyak bersabar untuk menguruskan anaknya itu hingga berat badan pernah turun hingga 11kg!
Ikuti kisah inspirasi ini. Moga menjadi manfaat buat ibu bapa yang turut mengalami masalah yang sama.
Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczema anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczema ketika umur 1 tahun 5 bulan. Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczemanya. Saeed mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit. Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect.
Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.
Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.
Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.
Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Guna kaedah pemakanan rawat ekzema
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg.
Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka .
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network.
Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal.
Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”
Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa.
Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua. Sangat ramai yang PM Widyana hingga tak sempat nak reply. Saya letak gambar-gambar perkembangan eczema Saeed dari umur 4 bulan hingga sembuh. Alhamdulillah ‘ala kulli haal
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.