Ada orang kata, kalau seseorang wanita itu pandai jaga kesihatan dalamannya, maka cantiknya akan terlihat dengan sendirinya. Nak jaga kecantikan biarlah selari, cantik luar dan cantik dalam. Jadi apa cara kita boleh lakukannya?

Mungkin ada yang amalkan pengambilan makanan yang sihat dan tidak kurang juga ada yang amalkan jamu dan ulam-ulaman. Malah melalui perkongsian daripada Syikin Gillis di media sosial, dirinya lebih selesa mengamalkan minuman herba ini untuk menjaga kecantikan dalaman dan luarannya.

Nampak Cantik Di Luaran, Bila Dalaman Pun Dijaga. Amalkan Cara Wanita Ni!

Untuk itu, jom kita ketahui ramuan untuk menyediakan minuman herba ini.

AIR REBUSAN TERBAIK UNTUK KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN 
Bahan-bahan :

Nampak Cantik Di Luaran, Bila Dalaman Pun Dijaga. Amalkan Cara Wanita Ni!

IKLAN

2 biji lemon
6-8 batang serai
satu plastik kecik halba
halia 1 ketul besar
kunyit 3-5cm (boleh suaikan ikot kehendak)
gula batu
2 ½ botol air mineral.

Cara-cara:

  1. Ketuk halia, serai, kunyit ( jangan hancur sangat).

2. Potong lemon dan perah ke dalam rebusan.

3. Campurkan semua sekali bahan kecuali gula batu dan reneh di atas dapur dengan api sederhana selama 30-45 minit.

IKLAN

4. Bila dah siap tapis dan simpan di dalam petis ais.

Nampak Cantik Di Luaran, Bila Dalaman Pun Dijaga. Amalkan Cara Wanita Ni!

Ekstra Tip :

  • boleh diminum semasa panas juga sejuk. Sebelum minum campurkan dalam 5 ketul gula batu untuk lebih sedap.
  • (Kalau rasa kuat sangat boleh dicampur dengan air putih sedikit. kalau minum dengan rasa asli, takot korang x boleh nak konsisten setiap hari pulak.
  • minum dua kali sehari,pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.
  • Tahan untuk 2 minggu.

IKLAN

Posted by Syikin Gillis on Saturday, 11 August 2018

Khasiat Air Rebusan:

* melancarkan pencernaan @ masalah sembelit.
* mencuci buah pinggang usus dan organ dalaman
* senggugut, kembung sebu dan senak perut.
* angin dalam badan.
* kolestrol tinggi.
* menurunkan berat badan & mengempiskan perut.
* menjaga dalaman wanita ketat-rapat.
* mencegah kanser.
* menurunkan tekanan darah.
* sebagai diuretik, kejang otot, Batuk.
* meningkatkan metabolisme badan.
* membuang toksin dalam badan.
* mewangikan tubuh badan lelaki dan wanita.
* menguatkan jantung.
* merangsang rahim.

Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat dalam air rebusan ni. Cik Gillis memang amalakan minum ni setiap hari. Coopp.!! Tapi halia yang direbus tu biasanya Cik Gillis x buang, kunyah ke makan. Sedap. Rasa pedas2 sikit. Badan pon rasa panas jea..”Syikin

 

sumber : Syikin Gillis via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI