Nampak Sangat Sedap, Tu Yang Buat Ramai Teruja Nak Cuba Resipi Crab Stick Ni!

Share

Crab stick selain enak dijadikan perencah dalam masakan, sebenarnya sedap dan cukup menyelerakan jika digoreng dengan salutan tepung istimewa yang cukup mudah disediakan.

Ini sebagaimana perkongsian resipi crab stick yang viral di page masakan di  Facebook  baru-baru ini.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan, nyata hidangan yang disediakan itu  nampak cukup menyelerakan. Sekali gus membuatkan sesiapa pun teruja dan teringin untuk mencubanya.

Apatalah lagi andai naham-bahan telah sedia ada di rumah dan anak-anak sememangnya gemar makan crab stick, jadi apa kata anda sediakan menu ringkas  ini untuk dinikmati bersama-sana.

Cara penyediaan

1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)

2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.

3. Siapa nak letak sayur, masukkan  sikit brokoli yang dicincang.


4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.


5. Elok tabur oregano. Tambah wangian

SUMBER : BIKMM

 

 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

IKLAN