Kematian boleh terjadi tanpa mengira masa, di mana dan tidak mengenal siapa jua. Meskipun kematian itu mendatangkan rasa gerun dan takut dalam diri namun kita semua impikan untuk mendapat Husnul Khatimah di saat pengakhiran hidup kita.

Baru-baru ini viral di media sosial memperkatakan kematian seorang ustazah dari Indonesia apabila beliau menemui ajal dalam keadaan yang pastinya dicemburui oleh ramai umat Islam. Dilaporkan ustazah meninggal dunia ketika dalam majlis bacaan al Quran sekitar jam 7.45 waktu tempatan.

Memetik Terang Media, Allahrahamh Ustazah Hajah Taslimah disebut menjadikan rutin pengajian di Masjid Al-Barkah Assyafiiyah, Tebet Jakarta Selatan sejak 20 tahun yang lalu. Ketika kejadian itu berlaku, beliau sedang memimpin majlis khatam Al-Quran yang disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube Assalam TV.

Tiada siapa menduga, awalnya ustazah dilihat baik dan sedikit pun tiada tanda menunjukkan kurang sihat atau seumpamanya ketika memimpin baacaan Al-Quran yang diikuti oleh Jemaah wanita yang lainnya.

Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!

Secara tiba-tiba, Allahyarhamah dilihat rebah kebelakang dan menyebabkan situasi cemas  dan kecoh seketika. Menurut laporan media tempatan, jemaah-jemaah yang ada di majlis tersebut cuba memberi bantuan awal kepadanya sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun pihak hospital telah  mengesahkan bahawa Allahyarhamah telah meninggal dunia. Allahyarhammah dikhabarkan sudahpun lebih 20 tahun mendedikasikan dirinya dalam mengikuti pengajian-pengajian agama termasuk bacaan Al-Quran yang diadakan dalam komuniti tempatan di mana beliau tinggal. Allahyarhammah juga dikenali sebagai individu yang sangat sopan, pendiam dan amat menjaga tutur katanya.

IKLAN

Sumber : Tauberita

 

KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.

Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!

Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI