Salah satu tabiat buruk orang-orang kita adalah suka bercerita perkara buruk seseorang kepada orang lain. Bahkan masalah ini juga ada terjadi di dalam ahli keluarga.
Orang-orang begini dikatakan suka jaga tepi kain orang mahupun suka mengata orang.
Senang cakap semuanya ada sahaja yang ‘buruk’ dimatanya dan ingin dijaja cerita kepada umum.
Walaupun hakikatnya, kita semua tahu mengumpat itu adalah satu dosa. Namun tidak sedikit pun mereka rasa takut melakukannya. Kenapa?
Ads
Menjawab soalan ini, ayuh fahami ulasan dari Dr Zaharudin ini.
Orang mengumpat bila ditegur berkata “eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja”, orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur berkata ” eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je, nanti boleh tolong jawab”.
Ads
Hakikatnya pendosa ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq. Berhati-hatilah.
Mengata yang benar itulah mengumpat, mankala yang tidak benar itu buhtan atau pendustaan terhadap orang lain..resepi muflis di akhirat.
Ads
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya tentang ghibah, beliau menjawab:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لما سئل عن الغيبة قال : ذكرك أخاك بما يكره . قيل : أفرأيت إن كان في أخي ما أقول ؟ قال : إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته ، وإن لم يكن فيه فقد بهته .
ertinya: , beliau mengatakan: [ghibah] itu adalah kamu menyeritakan tentang saudaramu dengan apa-apa yang saudaramu sendiri tidak suka diceritakan, maka ia bertanya; bagaimana pandanganmu jika memang benar kenyataan yang ada pada saudaraku itu berkenaan apa yang aku ceritakan,?
maka baginda menjawab: “maka itulah ghibah [mengumpat], dan apabila tidak ada kenyataan pada saudaramu apa yang kamu ceritakan, maka berarti kamu membuat kedustaan [fitnah] kepadanya.” [ hadis sahih – Riwayat Muslim ]
Mengejutkan anak dari tidur sebenarnya ada adabnya yang tersendiri, jangan main ketuk-ketuk pintu sahaja sambil membebel minta anak bangun di awal pagi.
Jika inilah caranya yang selama ini dipraktikkan untuk bangunkan anak dari tidurnya yang lena, sebenarnya anda telah ‘merosakkan’ mood dan emosinya sepanjang hari.
Berbeza jika kita kejutkan anak dengan adab yang sempurna, bukan sahaja kita berada dalam situasi tenang malah dapat membantu menjadikan mood anak kita pada hari itu lebih baik malah badan anak kita akan terasa lebih segar dan otak cerdas.
Oleh itu, ketahui adab bangunkan anak daripada tidur sebagai panduan.
ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh ujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , sholat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas karena dibangunkan dengan penuh kasih sayang.
Semoga bermanfaat.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/DakwahJakim/posts/10159546676067398″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Kun Anta via Bahagian Dakwah, Jakim [/su_button]
Kehidupan ini tidak semua indah belaka. Ada bahagia, duka, ada yang berharta hidup senang dan sebaliknya hidup dalam kesusahan.
Bagi yang berharta pastinya mempunyai kewangan yang kukuh seperti hidup selesa di rumah yang sempurna dengan makan minum yang mencukupi. Namun sebaliknya bagi keluarga yang kekurangan dari segi kewangan. Makanan terpaksa di catu lantaran wang yang tidak mencukupi.
Lebih lagi pandemik ini, ramai yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa menutup perniagaan sehingga menjejaskan kehidupan harian. Apabila ini berlaku, terpaksa menjalani kehidupan seadanya termasuk makanan apa sahaja untuk memastikan dapur berasap buat keluarga. Begitulah situasi apabila mengalami kesempatan hidup.
Sebagaimana perkongsian ini, berkisah bagaimana kaki ayam menjadi makanan buat keluarga meneruskan kehidupan.
Kaki ayam yang sering dibuang di restoran makanan menjadi hidangan buat keluarga yang sudah. Bak kata, ‘sampah bagimu, hidangan keluargaku’.
Ikuti kisah yang meruntun jiwa ini. Semoga jadi iktibar bahawa dalam kala kita mewah dengan pelbagai makanan dihidang dimeja, ingatlah ada keluarga yang kesempitan hidup. Jadi hulukan bantuan, ringankan beban jika menemui keluarga sebegini.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita. Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya. Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain. ‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Bagi kaki ayam pada orang kampung
Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 😂 Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak. ‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Kaki ayam jadi lauk seisi keluarga
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung. ‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’. Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana.
Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’ Allah Allah. Menangis saya baca.
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.😭
Sedekahlah, bantu tanpa menilai
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa. Ikhlas! Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa… Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami. Wallahu’alam
Ramai dalam kalangan pempengaruh dan selebriti tak kira tempatan mahupun luar negara memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) untuk mengawal masalah berat badan berlebihan.
Antara selebriti yang terbuka mendedahkan tentang pembedahan ini termasuklah penyanyi Aishah dan juga selebriti dari seberang, Melly Goeslaw.
Hal ini turut menarik perhatian penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nora baru-baru ini memuji penampilan rakan artis yang semakin cantik selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Ujar Nora, dia juga mahu melakukan pembedahan serupa. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana perlu patuh pada larangan suami.
“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim selepas pembedahan bariatrik.
“Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telan air liur je lah,” tulisnya.
Menerusi laporan media, pembedahan bariatrik merupakan pembedahan jenis kosmetik yang menjadi pilihan ramai sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kelangsingan tubuh.
Selain membantu mengecilkan saiz tubuh, pembedahan ini juga dapat memulihkan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.
Sumber : Nora Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.