Setiap kali masuk dapur, pasti menu apa yang nak disediakan buat ibu-ibu pening kepala kan. Nak nak lagi jika suami dan anak-anak jenis hang makan nasi untuk berbuka. Petang ni apa kata cuba menu istimewa iaitu Ayam Masak Thai. Katanya menu ini sedang viral. sesekali tukar cita rasa dari hidangan melayu ke Thai apa salahnya kan.
Lauk berbuka nanti. Ayam Masak Thai.
Sumpah senang dan sedap! ? Aroy na khap.
Nak try masak lagi. Next time nak guna seafood pulak. Aum!
Ads
Bahan wajib:
Bawang putih
Cili padi
Serai
Daun limau purut
Ads
Madu
Sos tiram
Kicap
Limau nipis
Cara membuat:
Ads
Cili kering tu tak ada pun tak apa. Saja gedik nak bagi cantik.
Ayam tu nak goreng kosong pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing. Aku gaulkan dulu dengan madu sebelum goreng.
Follow jer step tu. Senang. Bagi laki/bini makan, confirm happy. Muka ada senyum…!
“Kalau dah sayang tu asal barang jadi benda. ‘Mother of 9’, next tima kita buat besar lagi pakai batang paip”. Begitulah kapsyen yang ditulis oleh wanita ini bila berkongsi video cara-cara dia membuat Cat Tree untuk anak-anak kucingnya secara DIY di salah satu group bertukang di Facebook.
Langkah yang ditunjukkan di dalam video cukup kreatif dan mudah untuk dihasilkan. Jadi buat anda yang ada memelihara si bulus dirumah bolehlah hasilkan seperti ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada sahaja.
Cat Tree Bajet
Bahan-bahan :
Bekas makanan bentuk silinder
Dua keping frame dekor (bentuk bulat dan empat segi)
Kain
Tali
Drill
Loytape
Gam
Gunting
Langkah 1 : Isikan penuh bekas makanan dengan pasir agar berat dan tidak mudah jatuh.
Langkah 2 : Cantumkan dua bekas makanan bentuk silinder ini secara meninggi menggunakan gam dan kemudian lekatkan lagi dengan loytape. Agar teguh.
Langkah 3 : Ambil tali, kemudian lilitkan dan gam kemas pada sekeliling bekas tadi. Setelah siap ketepikan.
Langkah 4: Kemudian ambil frame dekor dan balut dengan fabrik.
Langkah 5 : Cantumkan frame dekor tadi dengan frame dekor yang telah dibalut kemas. Gunakan dril untuk pemasangan yang lebih kemas dan teguh. Jadikan frame yang berbentuk empat segi sebagai tapak dan bulat sebagai bahagai atas Tree cat ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Selain pinggan mangkuk, teko antara barangan dapur yang meninggalkan bau ketika tersimpan kemas di dalam almari. Teko yang disimpan lama di dalam kabinet memang meninggalkan bau yang kurang enak kepada teko.
Bau hapak yang terperangkap kadangkala akan meninggalkan sedikit bau yang kurang enak kepada rasa kopi dan teh yang anda sajikan. Habuk dan kesan bau-bauan daripada kabinet anda menguatkan lagi bau pada teko. Bagaimana mengelakkan masalah ini berlaku? Begini caranya.
# Cara 1
1. Sebaik di basuh bersih, keringkan terlebih dahulu di dalamnya.
2. Apabila kering dan hendak disimpan, taburkan sedikit gula pasir ke dalamnya.
3. Kemudian barulah disimpan ke dalam kabinet anda.
4. Lihat hasilnya, teko akan kembali bangkit kesegarannya walaupun disimpan lama.
# Cara 2
1. Basuh bersih teko dan keringkan.
2. Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.
3. Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.
Solusi Harumkan Pinggan Mangkuk
Selain teko, pinggan mangkuk anda juga tidak kurang meninggalkan bau yang tidak enak jika disimpan terlalu lama di dalam kabinet. Habuk yang bercantum dengan udara yang terperangkap meninggalkan bau hapak yang kurang enak.
Ambil beberapa helai daun pandan dan biarkan di simpan bersama pinggan mangkuk berkenaan. Hasilnya bukan hanya pinggan malah seluruh kawasan kabinet atau almari juga akan segar dan harum dengan bau daun pandan ini.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang Malaysia ni pantang tau, ada benda pelik-pelik sikit terus viral. Macam sekarang ni, dua tiga hari dah viral cheese cake ala-ala cheese dalam cerita Tom & Jerry. Waktu ni mula orang tag sana sini mencari resipi lah, minta orang sana sini buatkan lah. Betul tak?
Haa tak payah susah-susah nak search sana sini dah, ikut je resipi yang sis nak bagi ni hasil dari perkongsian Puan NorhasLina OtHman. Jom cuba!
Saja gatai buat…peminat cheese tegar ni namanya Tom & Jerry Cheese Cake
RESEPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
Bahan coklat luar :
500gm white compound coin 2-3 titik pewarna kuning lemon
Cara :
1. Double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan. 2. Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat kemudian bekukan sekejap dalam peti sejuk.
Bahan untuk cheese :
Bahagian A 400gm cream cheese 300gm whipping cream 50gm gula aising ½ perasa oren sunquick
Bahagian B 50gm air suam 1½ tbsp gelatin
Cara : 1. Mix cream cheese bagi nampak licin. Kemudian masukkan gula dan perasa sunquick mix hingga sebati. Akhir sekali masukkan whipping cream mix sampai sebati dan kental. 2. Campurkan air suam dan gelatin sampai larut. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bahagian A. Kaul sebati guna sepatula.
Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak je kek Apollo 30sen tu. Tak letak kek pun ok gak terpulang pada citarasa masing-masing
SELAMAT MENCUBA!!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.