Umum mengetahui bahawa pelakon dan usahawan Aeril Zafrel telah di sahkan positif Covid-19.
Menerusi memuat naik video di laman Instagram mengakui dirinya dijangkiti virus bahaya tu. Aeril kini kuarantin kendiri di rumah.
Terbaru, isterinya, Wawa Zainal dan keluarga lain keputusan ujian negatif Covid-19 yang dimaklumkan menerusi Instagram milik Wawa.
Bagaimana pun dalam tempoh kuaratin pastinya perlu mematuhi SOP yang ketat mengelak jangkitan kepada ahli keluarga yang lain.
Begitu juga dengan Aeril yang memastikan dirinya tidak berada berdekatan dengan ahli keluarganya.
Menerusi muat naik video jelas mengambarkan Aeril berada di dalam bilik, namun apa yang menarik perhatian apabila rakaman isterinya yang memasuki bilik dengan berpakaian lengkap nyah kuman.
Ads
“Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah . Cer teka sapa”
Menurut isterinya sebelum suaminya kuarantin kendiri di rumah, segala kelengkapan telah diambil namun terlupa beberapa helai pakaian sehingga memaksanya memasuki bilik suaminya namun dengan berpakaian lengkap nyah kuman.
“Sblm naik mcm2 benda nak ambil pencuci muka . serum ubat2an..sekali da naik lupa semua benda baju je sempat capai panas pakai ppe suit tu.”- Wawa
Anak adalah harapan buat ibu bapa. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan supaya anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Memperkenalkan pelbagai bahan bacaan supaya anak boleh membaca dan menghafal pada usia seawal satu atau dua tahun!
Namun, hakikatnya, ada yang alpa bahawa perkembangan seorang kanak-kanak adalah bermain dengan persekitarannya termasuk mempunyai kemahiran motor seperti melompat, berlari dan menangkap bola. Sebagaimana luahan hati seorang ibu Wawa Shauqi melalui paparan facebooknya, menjelaskan bahawa dirinya terkejut apabila anaknya yang seorang pandai tetapi tidak mampu menangkap bola, takut memijak pasir dan tidak boleh bergayut. Mujur cepat bertindak setelah menyedari anaknya mengalami sensory processing disorder (spd) atau kata lain, masalah sensori sentuhan, bahawa jika dibiarkan akan menjejaskan pembelajarannya apabila memasuki sekolah nanti. Ikuti perkongsiannya.
JANGAN ULANGI SILAP SAYA. ANAK SAYA PANDAI TETAPI…
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pandai tetapi tidak mempunyai kemahiran penerokaan
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Rupanya ada masalah sensori sentuhan
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecik agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri.
Dan dari bermainlah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik? Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.
Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup. . TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli kelmarin, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa kau! Ajar anak main pon kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.
Rumah yang indah sudah tentu menjadi idaman semua. Bukan sahaja dalamannya tetapi persekitaran luarnya.
Mempunyai halaman rumah yang dipenuhi pokok nan menghijau dan berbunga lebat sudah memberi ketenangan diri.
Lebih menarik pandangan mata tanaman pelbagai jenis pokok berbunga, corak dan berwarna-warni.
Begitulah sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi oleh puan UmiBakri ZainulAbidin mengenai kediamannya yang penuhi pokok-pokok bunga. Uniknya kelihatan dijaga rapi dengan kemas. Meihat jumlah pokok yang banyak, rumah dilihat bagaikan dipagari pokok-pokok bunga.
Apa yang pasti, pemilik adalah seorang pencinta kebun, suka bercucuk tanam. Bukan calang-calang perlu memastikan pokok dijaga rapi dan kemas sebegini. Ikuti perkongsian beliau.
Saya minat pokok bunga. Nk jadi macam ni..setelah 25tahun. Saya beli sikit sikit. Ahamdulillah.lama lama jadi bukit..Semoga jadi inpirasi buat sahabat yg sehobi dengn saya…koleksi..saya tak jual ya
Susun atur kemas
Pastinya apabila melihat rumah ada, ia seakan sebuah nursery tanaman, Sekali imbas, bagaikan berada di taman bunga. Tenang jiwa kala berada di persekitaran ini.
Teruha melihat susun atur pokok bunga ini penuh kreatif. Pasu di susun dengan kemas di halaman rumah.
Daun kari adalah merupakan bahan masakan yang wajib ada sebagai pelengkap apabila memasak masakan kari.
Ada juga mengunakan daun kari untuk mengoreng ayam dan buttermilk chicken.
Apa yang pasti aroma daun kari menjadikan hidangan lebih enak. Bukan itu sahaja, ada juga menjadikan pucuk daun kari sebagai ulam. Memang berkhasiat untuk kesihatan anda.
Biasanya kita akan membeli dikedai sahaja daun kari, apa kata cuba tanam di halaman rumah pula. Cara nak tanam pun mudah. Apabila pokok daun kari sudah ada di rumah, boleh ambil bila-bila masa bila perlu. Lagi segar!
Menarik dengan perkongsian oleh puan Nomie Mat Lias, beliau menunjukkan cara menanam daun kari dengan menggunakan batang atau ranting pokok daun kari. Tak perlu susah-susah pergi ke nurseri, guna ajer batang kari semasa beli di kedai runcit.
Ini caranya.
1.Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari.
2.Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3.Jika panjang, kerat 2/3.
4.Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5.Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6.Cucukkan batang kari tadi.
7.Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8.Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9.Pindahkan ke tanah / pasu besar.
Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.