Benar apabila bergelar suami isteri ini, banyak cabarannya. Jika aturannya dilakukan dengan sempurna pastinya bahagia menjelma. Pastinya, kehidupan rumah tangga merupakan medan untuk kita suami isteri belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat.
Perkongsian oleh Firdaus Shakirin penuh tersirat. Agar rumahtangga bahagia, perlu ada tolak ansur dalam perkahwinan. Jom semak
“Salah isteri, walau sekecil-kecil salah, kita perbesarkan…salah diri sendiri, walau sebesar-besar salah pun, kita buat tak nampak, buat tak tahu…”
Dalam rumahtangga, kenapa setiap kali bergaduh, setiap kali berbalah, isteri selalu yg kena mengalah…?
Nak kata ego, dua-dua ada ego, tapi kenapa isteri yg selalu turunkan egonya dulu lalu memilih utk mengalah?
Kadang-kadang bagi seorang isteri, lebih baik dia mengalah, walaupun dia tak salah, sebab dengan mengalahlah dia tak kehilangan org yg dia cinta, org yg dia sayang….
Kita yg dah jadi suami ni ja yg tak sedar. Yg kita tahu, kita selalu betul…teguran isteri tak nak dgr, nasihat isteri tak nak terima…
Ads
Isteri tu sapa nak tegur kita? Isteri tu sapa nk nasihat kita? Kita ni suami, S.U.A.M.I…ketua keluarga, cukup-cukup sempurna dah, takde cacat cela, langsung tak buat salah, langsung tak buat dosa…
Perfect!
Jangan salahkan isteri
Ads
Semua salah isteri…semua dia berdosa…
Hebat sgt ke kita ni tuan-tuan? Kita ni, kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata kita tak nampak tuan-tuan…Isteri cakap sikit, kita balas,
“Aah, kau tahu apa…aku tahu la apa aku buat”
Sombongnya kita, takabburnya kita…sampai isteri xbleh nak kata apa langsung, xbleh nak bersuara…itu tanda kita suami yg baik ke tuan-tuan?
Ads
Nanti kita sakit, siapa yg akan jaga kita? Jadi apa-apa kat kita, siapa yg akan membesarkan anak-anak kita? Kita hilang upaya, cacat, tak bleh keje, lumpuh, xbleh bangun, siapa nak cuci kencing berak kita? Siapa nak suap kita makan? Siapa nak kluar berkerja sara kita? Cari duit utk keluarga?
Tu pompuan yg selalu kita sakiti tu, yg selalu kita buat bagi menangis tu…isteri kita tu la…siapa lagi…
Time tu baru nak nangis? Nak bersyukur? Nak berterima kasih? Nak rasa menyesal? Itu pun kalau isteri masih ada lagi disisi…kalau dia dah pergi, jaga la diri sendiri.
Setiap ibu bapa ingin memberi yang terbaik kepada anak-anak. Begitu juga dengan anak istimewa seperti autisme.
Ikuti panduan daripada Amirah Mohd Occupational Therapist, Excel Qhalif yang menjelaskan mengenai persoalan ini.
“Teacher, autisme ni boleh sembuh ker”. Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.
Walaupun begitu, saya faham mengapa ibu bapa masih mengajukan soalan berkenaan, dan tidak ada salahnya bagi ibu bapa untuk sentiasa mengkaji dan mendapatkan pandangan lain (second opinion) daripada para professional, malah saya memuji ibu bapa yang selalu berusaha untuk memahami autism dengan lebih mendalam.
Walau bagaimanapun, bagi saya ini adalah soalan killer. Kerana soalan ini diajukan dengan seribu satu pengharapan untuk mendapatkan jawapan yang lebih positif. Dan setiap kali ditanya, saya akan sentiasa memberikan jawapan klise;
“Symptom Autisme takkan sembuh, Puan/Tuan. Tapi kita boleh optimum kan kemahiran mereka melalui kaedah intervensi yang ada sekarang seperti terapi carakerja (occupational therapy), terapi pertuturan (speech therapy), ABA (applied behavior analysis) dan lain-lain”
Saya pasti info yang sama juga diberikan oleh professional yang lain, kerana secara faktanya, belum ada lagi ubat yang dapat dihasilkan untuk menyembuhkan autism. Secara diagnosis juga autism juga tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi adalah kecelaruan (disorder) yang berlaku di dalam otak. Punca mengapa terjadinya kecelaruan tersebut masih belum dapat dikenal pasti, maka kerana itu dari segi bioperubatan kaedah rawatannya masih belum ditemui, tetapi saya yakin kajian akan terus berjalan.
Namun, ibu bapa juga mungkin pernah bertemu atau mendengar satu dua kes kanak-kanak yang semasa di awal usianya di diagnos dengan autism, tetapi segala simptom sedikit demi sedikit hilang selepas menjalani intervensi/intervensi, apabila umurnya meningkat, dan dapat membesar seperti kanak-kanak tipikal.
Kerana autism juga dilihat sebagai satu spektrum yang misteri, maka perkara ini ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau pelik. Banyak juga kajian yang dijalankan untuk membincangkan situasi ini, salah satunya oleh doktor perkembangan kanak-kanak dari Hospital Kanak-Kanak Montefiore, Dr Lisa Shulman, menyatakan 569 orang kanak-kanak di Bronx, New York yang di diagnos dengan ASD dalam tahun 2003 sehingga 2013, 38 orang daripadanya disifatkan telah tiada simptom autism selepas menjalani penilaian semula empat tahun kemudiannya. Walau bagaimanpun, kebanyakan mereka masih lagi menunjukkan beberapa gejala lain seperti masalah pembelajaran, masalah emosi, masalah tingkah laku dan lain-lain.
Bolehkah Anak Autisme Sembuh? Ibu Ayah Perlu Tahu Info IniWalau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud autism itu sembuh. Boleh jadi antaranya situasi yang berlaku adalah kesilapan semasa diagnosis kerana dilakukan pada usia yang sangat muda sekitar 1 hingga 3 tahun. Biasa juga berlaku pada kanak-kanak tipikal mengalami proses perkembangan lewat sama ada dari segi perkembangan pertuturan dan komunikasi, perkembangan kognitif, isu sensori dan lain-lain.
Hal ini berkemungkinan terjadi kerana kurangnya ransangan luar, kurang pergaulan bersama rakan sebaya, pendedahan yang kerap kepada gajet, dan lain-lain faktor. Namun saya tidak menyatakan diagnosis pada awal usia itu tidak perlu, malah ibu bapa sangat digalakkan untuk berjumpa pakar sekiranya anda mengesan ‘red flags’ dalam perkembangan anak di awal usianya.
Kerana ibu bapa yang lebih berjaga-jaga di perkembangan anak pada awal usia, akan memberi ruang yang lebih lama untuk anak menerima rawatan sebelum umurnya meningkat memasuki alam persekolahan. Dan kanak-kanak yang menerima rawatan di peringakt usia yang lebih muda juga kebiasaannya menunjukkan progres yang lebih bagus.
PANDUAN MENGIKUT UMUR
Saya kongsikan satu contoh yang baik dalam perancangan ibu bapa kanak-kanak autism yang pernah saya temui. Umur kanak-kanak tersebut ketika ini adalah 3 tahun 3 bulan.
Usia 2 tahun 4 bulan : Mula bertemu doktor pakar kanak-kanak kerana sudah mengesan ‘red flags’ seperti lambat bercakap dan kurang ‘eyes contact’. Di diagnos dengan Autism dan mula menjalani intervensi terapi carakerja
(Occupational Therapy)
Usia 2 tahun 9 bulan : Mula menjalani intervensi terapi bahasa dan pertuturan (Speech and Language therapy). Masih meneruskan intervensi OT.
Usia 3 tahun 3 bulan : Mula menjalani kelas Early Intervention Programme (EIP)
Usia 5 dan 6 tahun : Merancang untuk mendaftar kelas tadika biasa (bergantung pada progres perkembangan semasa).
Usia 7 tahun : Merancang untuk mendaftar sekolah tahun satu (bergantung pada progress perkembangan semasa, sama ada kelas PPKI atau kelas aliran perdana).
Melalui contoh kes kanak-kanak di atas, kerana sudah didiagnos di awal umur, ibu bapanya tidak berlengah untuk menyegerakan intervensi OT. Sebagai terapis yang menjalankan rawatan ke atasnya, saya melihat perkembangan yang sangat positif pada kanak-kanak tersebut sepanjang proses intervensi. Walau bagaimanapun, sudah semestinya kita tidak boleh menyama ratakan setiap perkembangan kanak-kanak. Tetapi di sini faktor menerima rawatan/intervensi di awal usia sangat membantunya untuk mendapatkan progres dan prognosis yang lebih baik.
Kesimpulan yang saya ingin kongsikan dengan ibu bapa di luar sana, sama ada autism boleh sembuh atau tidak, janganlah kita hanya tertumpu pada persoalan tersebut sahaja. Biarlah ia menjadi isu kepada para pengkaji yang saya yakin tidak akan berhenti menjalankan kajian. Saya faham seandainya terdapat ibu bapa yang melalui fasa penafian (denial), tetapi berada dalam fasa tersebut terlalu lama dengan tidak berusaha untuk berjumpa dengan pakar tidak akan membantu anak anda untuk mendapatkan progres yang baik.
Buat para ibu bapa, sekiranya anda sudah mula mengesan ‘red flags’ dalam diri anak, ataupun bagi yang anaknya sudah pun didiagnos Austime, yang paling utama untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dan cuba memahami sedalamnya bagaimana anda dapat membantu anak anda untuk mempersiapkan diri mereka untuk menempuhi cabaran dunia luar. Saya yakin usaha dan pengorbanan ibu bapa beserta doa dan tawakal yang tidak putus, pasti akan berbaloi dengan ganjarannya satu hari nanti, In Shaa Allah
Pihak Kerajaan hari ini mengumumkan khabar gembira apabila bersetuju memberikan tol percuma serta diskaun tol kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan bersama-sama dengan 30 buah syarikat konsesi lebuh raya.
“Tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11:59 malam 1 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.
Dalam pada itu, pemberian tol percuma di kedua-dua lebuh raya berkenaan bagi perjalanan pulang ke kediaman masing-masing juga akan diberikan.
Bagi perjalanan pulang, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) sehingga 11:59 malam 8 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.
“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua jenis kelas kenderaan,” tambahnya dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, Ismail berharap agar pemberian tol percuma dan diskaun tersebut akan dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang-orang tersayang.
“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini.
“(Ia juga) bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” tambahnya lagi.
Senarai lebuh raya yang terlibat dengan pemberian diskaun serta bayaran percuma.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.
Langkah ini dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. pic.twitter.com/CrqsIABj2c
Asyik beli di kedai aje nasi ayam geprek, apa kata cuba buat sendiri di rumah. Resipi daripada perkongsian facebook Chef Wan ini memang menyelerakan.
Jom buat di rumah!
NASI AYAM GEPREK
Bahan2 untuk rebusan Ayam ;
1 ekor ayam fresh yg besar ( potong n cuci bersih toskan ) ketepikan
Daun Salam / Bay leaf
Serai titik
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika suka )
Kisar halus .
B.merah ,Halia ckit , kunyit hidup c kit ,lengkuas ckit .
Cara2 ;
Panaskan minyak masukkan serai titik ,daun salam serta bahan2 kisar tumis hingga naik baunya .Setelah itu masukkan ayam dan masukkan air sehingga ayam tenggelam biar sehingga ayam masak .
Bila ayam dah masak angkat,toskan dan celup kedlm bancuhan tepong dan goreng garing .Lepas tu ambil anak lesung lenyek2 kan ayam.
Bahan2 tepong untuk goreng ayam ,tempeh n tahu .
1 cawan tpg beras
1 tsp baking powder
1 sudu kecil jintan manis tumbuk
1 sudu kecil jintan putih tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
Lada hitam hancur c kit
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika suka )
Didlm mangkuk besar satukan bahan2 kacau sebati agak2 bancuhan nampak pekat . Masukkan ayam gaul2 rata biar resap ,lepas tu belen2 tepong goreng lah tempeh n tahu garing2 .
Bahan2 Untuk Sambal penyet :
Lada merah & hijau
Cili padi merah & hijau ( ikut kepedasan masing2 )
B.merah kecil
Tomato belah 4
Belacan ( opptanial )
Kesemua bahan2 diatas digoreng terlebih dahulu dgn minyak ( jgn lah bnyk ) sehingga layu n naik baunya lepas tu masuk ke dlm mesin kisar tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yg digoreng terlebih dahulu .
Cara2;
Tambah sedikit minyak kedlm kuali n masukkan bahan2 kisar tumis hingga garing n naik minyak .
Peraskan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit aje dgn sedikit perahan jus limau kasturi ( jgn bnyk nanti masam pulak sambal tu ) Kacau rata2 n biar seketika sehingga terbit minyaknya .
Untuk Sup Ayam ;
3-4 ulas b.putih
Sedikit biji lada sulah
Kisar halus .
Cara2nya ;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik bau . Setelah itu masukkan air secukupnya ( kalau nak letak kaki ayam ke ,isi ayam pun boleh rasa sedap c kit sup tu ) Perasakan garam n kiub ayam jika suka biar mendidih .
Selamat mencuba
Sumber: Dapur Chef Wan Dapur Berasap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di