Nasi Beriani Ayam Sorok, Resipi Ringkas, Mudah Tapi Sedap. Patutlah Lebih 2K ‘Shares’!

Share

Walaupun banyak hidangan yang biasa ibu-ibu sediakan, tetapi sebenarnya hidangan nasi beriani dan lauknya ringkas sudah cukup membuka selera. Seperti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini cukup ringkas cara menyediakannya tapi sedap.
Jom ibu-ibu kita cuba resipi ini pula.
Nasi Briyani Ayam Sorok


Bahan untuk perapan
1ekor ayam
2sb serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk kari ayam
4sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas
Bahan untuk menumis
4sb minyak sapi
4sb butter/planta
4sb rempah briyani
5biji bawang besar(hiris)
4ulas bawang putih(tumbuk)
2inci halia(tumbuk)
2cili hijau
6cili padi (optional)
4biji tomato
10-20biji gajus&kismis
3helai daun salam
Kayu manis/cengkih/pelaga/bunga lawang
Daun pandan/Daun ketumbar/Daun pudina
Garam secukupnya
4pot beras basmathi-6pot air (1:1 1/2)
*Rendam beras selama 20-30min.
Cara-cara

Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
Kacau seketika.
Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya.
Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.
Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
IKLAN