Walaupun banyak hidangan yang biasa ibu-ibu sediakan, tetapi sebenarnya hidangan nasi beriani dan lauknya ringkas sudah cukup membuka selera. Seperti resipi yang dikongsikan oleh puan Nuryusra Ibrahim Kutty ini cukup ringkas cara menyediakannya tapi sedap.
Jom ibu-ibu kita cuba resipi ini pula. Nasi Briyani Ayam Sorok
Bahan untuk perapan
1ekor ayam
2sb serbuk kunyit
2sb serbuk cili
2sb serbuk kari ayam
4sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas Bahan untuk menumis
4sb minyak sapi
4sb butter/planta
4sb rempah briyani
5biji bawang besar(hiris)
4ulas bawang putih(tumbuk)
2inci halia(tumbuk)
2cili hijau
6cili padi (optional)
4biji tomato
10-20biji gajus&kismis
3helai daun salam
Kayu manis/cengkih/pelaga/bunga lawang
Daun pandan/Daun ketumbar/Daun pudina
Garam secukupnya
4pot beras basmathi-6pot air (1:1 1/2)
*Rendam beras selama 20-30min. Cara-cara
Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis.
Kacau seketika. Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya. Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata. Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehilangan itu suatu yang memeritkan, apatah lagi jika yang ‘pergi’ itu insan yang selama ini sentiasa ada di sisi sama ada ketika susah mahu pun senang.
Boleh hilang punca jadinya untuk meneruskan kehidupan ini, apatah lagi semuanya perlu dilakukan sendiri dan segala bebanan hidup terpaksa ditanggung sendiri. Itu belum lagi dalam keadaan fikiran yang berserabot, perlu pula menguruskan berkaitan tuntutan wang simpanan, harta dan sebagainya berkaitan arwah.
Situasi itu turut dikongsikan oleh seorang peguam Faridah Begum Abdul Rahman yang sayu dan kasihan melihat seorang wanita terkial-kial di bank bagi urusan ingin mengeluarkan wang arwah suaminya.
Sangkaannya wang tersebut boleh dikeluarkan begitu sahaja namun hampa rupanya perlu ada proses-proses tertentu yang perlu dilakukan.
Oleh itu jom baca perkongsian peguam ini, semoga berfaedah untuk yang lainnya.
Pagi tadi saya ke Public Bank yang office ada akaun dan tengah tunggu giliran untuk berjumpa dengan pegawai yang selalu buat urusan syarikat. Masa itu terdengar perbualan antara seorang wanita lingkungan 30an dengan pegawai bank.
“Saya nak keluarkan duit simpanan arwah suami saya dan bagi sijil mati suami kepada pegawai di situ”.
Pegawai di kaunter serba salah lalu bagitahu “eh Puan kena ada surat kuasa mentadbir. Tak boleh guna sijil mati untuk keluar duit si mati”
“Kenapa surat kuasa bagai. Saya isteri sah. Sijil mati yang asal ini tak cukup buktikah untuk saya keluarkan duit arwah? Saya dah tak ada duit nak bayar sewa rumah, makan minum semua “dan mula nangis di kaunter itu.
Pegawai pun serba salah dan bagitau “Minta maaf puan, ini syarat bank. Bukan bank ini saja, mana-mana institusi kewangan pun sama juga syarat dia, cuba tanya lawyer itu” sambil tunjuk ke arah saya.
Saya pun ceritakan cara-cara nak buat surat kuasa, macamana nak dapatkan wang/ bantuan khairat kematian dan sebagainya.
Proses Dapatkan Surat Kuasa
Ramai antara kita tidak tahu apa itu Surat kuasa mentadbir dan cara-cara nak dapatkan surat kuasa ini. Senang tak prosesnya? Jawapannya mudah tapi tak mudah
Di Malaysia, kita boleh pohon surat kuasa mentadbir ini di 3 institusi (mengikut syarat nilai harta pusaka dan pilihan waris-waris). Iaitu
1) Bahagian harta pusaka kecil Pejabat Tanah
2) Amanah Raya
3) Mahkamah Tinggi.
Ketiga-tiga ini mempunyai syarat dari segi nilai harta pusaka tersebut. Contohnya, nilai harta pusaka di bawah 2 juta boleh difailkan dan didengar di pejabat tanah. Namun yang selalu membezakan antara ketiga-tiga institusi adalah tempoh masa, kos dan proses yang perlu dilalui.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Buat Hari-hari Pun Tak Jemu Makan Nasi Air ‘Kelate’ Ni, Sedap Sangat!
Salah satu menu popular di Kelantan adalah Nasi Air dan ianya sedikit berbeza dengan sajian bubur kerana ia dihidangkan bersama kuah sup dan berserta dengan kuah kicap. Ini menjadikan rasanya sangat sedap dan enak dimakan tidak mengira masa.
Bagi anda yang ingin mencuba untuk menyediakan menu ini, boleh jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh Nor Syahida Yusoff. Menurutnya menu ini begitu enak hinggakan jika dibuat hari-hari pun tak puas menikmatinya!
1.Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Blender beras dan air. Masukkan dalam periuk dan tambah air.. kemudian tambah halia dan sedikit garam.
2.Goreng ikan bilis sampai garing. Sudah garing toskan. Minyak ikan bilis kita guna untuk goreng bawang untuk masak sup.
3.Yang ni bahan-bahan untuk masak sup.
4.Masukkan bawang merah,bawang putih,kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing. Minyak ni la yang menyedapkan rasa kuah sup nasi air ni.
5.Kemudian masukkan ayam, air, halia, kiub pati ayam
6.Masukkan akar daun ketumbar
7.Untuk minyak bawang putih, bawang putih dan minyak kemudian goreng sekejap atas dapur. Bawang tu masuk masa sebelum minyak panas lagi ye, kalau tunggu minyak panas, nanti bawang tu hangus.
8.Untuk sambal kicap – goreng bawang putih dan lada dengan minyak sampai layu. Kemudian masukkan dalam blender, tambah kicap, gula, garam.
9.Sepatutnya guna limau nipis dan daun bawang, tapi dekat rumah tak ada,jadi guna apa yang ada je
Selain buah mulberry enak dimakan malah mungkin ada yang masih belum tahu ianya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Hal ini telah dikongsikan di Facebook dan ini antaranya yang boleh kita amalkan untuk dapatkan khasiat daripada mulberry. Jom semak.
Rebus daun mulberry untuk minum. Khasiat: Untuk kebaikan mata.
Cara penyediaan :
Basuh daun mulberry dan rendam 10 minit, lepas tu masak dengan air selama 20 ~ 30min. Kalau tak ada diabetes boleh bubuh gula batu untuk menambah rasa. Minum kosong saja juga sedap.
sumber : Looyee Chen via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Begitu juga Sumaiyah Abdullah turut berkongsi manfaat minum air teh daun mulberry yang dikatakan bagus untuk sejukkan badan. Ini perkongsiannya.
Musim panas terik macam ni, mandi dah, minum air banyak dah, tapi masih jugak terasa perit dan kering tekak, apakata korang cuba minuman ni pulak. Kalau saya panggil TEH MULBERRY. Petik kat luar rumah je.
Petua ni saya dapat dari ihsan Dr. Kin Kirana Homeopathy. Katanya air rebusan daun mulberry ni boleh membantu membuang panas dalam badan. Elok sesangat minum time cuaca panas terik macam ni.
Bahan-bahan:
3 helai daun mulberry
3 liter air
Rebus lebih kurang 1 jam. Biarkan sejuk. Sedia untuk diminum. Tak perlu tambah gula ke apa. Aromanya dah cukup wangi dan manis gitu. Tapi rasa tetap tawar la. Bau macam pandan pun ada. Tak pahit pun. Kalau nak tambah gula sikit pun ok kot. Suka sangat rebusan mulberry ni. Boleh la buat untuk minum petang nanti ye. Selamat mencuba
Manakala perkongsian gambar dari Ahmad Ikram Nursuhana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, ia pastinya membuatkan ramai tidak sabar untuk mencuba keenakan rasa buah mulberry disalut coklat.
Semoga dengan perkongsian ini memberi info untuk kita manfaatkan buah mulberry ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di