Nama Sugu Pavithra kini cukup terkenal dan viral selepas disebut oleh Perdana menteri. Tidak hairanlahlah setiap kali memuat naik resepi ramai yang mencuba dan memuji akan keenakan resipi tersebut. Cara yang mudah dan resipinya juga simple. Buat ibu-ibu yang nak cuba Resipi Nasi Beriani Sugu, ini caranya. Perkongsian ini dimuat naik oleh Arif Eddy. Selamat mencuba!

Nasi Beriani Telur Inspirasi Dari Sugu Pavithra. Mudah Tapi Sedap. Makan Pula Dengan Ayam Goreng Berempah. Terbaik!Bila Abah PM sebut pasal Sugu Pavithra terus terasa nak cuba buat NASI BRIYANI TELUR yang dia pernah share.

Eh mudah sahaja rupanya.
Saya tak buat salad timun, saya gantikan dengan acar jelatah.
Untuk pasangan dengan nasi ni, saya cuba pula resepi AYAM GORENG BEREMPAH Che Nom.
Alhamdulillah kedua-dua resepi ni menjadi.

RESEPI BRIYANI TELUR SUGU PAVITHRA
Nasi Beriani Telur Inspirasi Dari Sugu Pavithra. Mudah Tapi Sedap. Makan Pula Dengan Ayam Goreng Berempah. Terbaik!BAHAN-BAHAN
7 biji telur direbus
Minyak sapi untuk tumis
2 helai daun pandan dipotong
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Kulit kayu manis
Gajus
Kismis
4 helai daun salam
1 biji bawang besar di mayang
Sedikit halia
6 ulas bawang putih
1 biji tomato
Daun pudina
Daun ketumbar
Sedikit karot dipotong dadu
Rempah Briyani Babas
Serbuk cili kering
6 cawan beras basmathi/beras biasa

IKLAN
IKLAN
IKLAN

CARA MEMASAK
– Hiris tomato
– Tumbuk halia dan bawang putih
– Masukkan 4 sudu minyak sapi untuk menumis
– Masukkan biji gajus dan kismis
– Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & bawang besar yang dimayang
– Masuukan daun pandan & daun salam
– Masukkan halia & bawang putih yang ditumbuk
– Masukkan karot & tomato
– Masukkan 4 sudu rempah briyani
– Masukkan 1 sudu serbuk cili kering
– Tumis sampai naik wangi & kemudian padamkan api
– Masukkan bahan tumis dalam periuk nasi yang dah siap ada beras yang dibasuh dan air secukupnya
– Masukkan garam secukup rasa dan gaulkan
– Masukkan telur rebus
– Masukkan daun ketumbar & daun pudina
– Kacau sedikit dan masakkan nasi

Nasi Beriani Telur Inspirasi Dari Sugu Pavithra. Mudah Tapi Sedap. Makan Pula Dengan Ayam Goreng Berempah. Terbaik!AYAM GORENG BEREMPAH CHE NOM
Bahan-bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 ketul kunyit hidup
4 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
3 biji buah keras (optional)
4 sudu besar air asam jawa
sedikit air

Nasi Beriani Telur Inspirasi Dari Sugu Pavithra. Mudah Tapi Sedap. Makan Pula Dengan Ayam Goreng Berempah. Terbaik!Bahan-bahan lain untuk perapan ayam berempah:
½ ekor/800g ayam
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil garam
3 tangkai daun kari
Nasi Beriani Telur Inspirasi Dari Sugu Pavithra. Mudah Tapi Sedap. Makan Pula Dengan Ayam Goreng Berempah. Terbaik!

Terima kasih

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI