Nasi Semalam Masih Elok, Tak Perlu Buang. Ikut Cara Wanita Ni Kongsikan Ketika Nak Masak Nasi Baru!

Share

Sayang lebihan nasi kalau nak dibuang begitu sahaja, nak buat cucur atau apam rasa malas pula. Apa kata ikut tip yang dikongsikan oleh puan Norasiah Adnan

.
Cara yang cukup mudah dan menjimatkan.

Hari tu sya ada nampak post sorg ahli group nie masak balik nasi yg semalam punya….sya pun cuba buat juga sebab sayang ke nasi.Mak pesan dah,nasi tak baik buang kalau belum rosak dan saya pun memang tak akan buang nasi sebab ia juga punca rezeki…
#takbaikmembazir
#salamramadhan
#pkpfasa3
#kitajagakita

Caranya:
1. *Basuh semula semua nasi semalam termasuk kerak² (kalau ada kerak la) dan toskan sekejap.
2. *Yang nie beras siap di bersihkan dan di sukat airnya.(saya cuma + 1½ pot beras shj)


3. *tuangkan nasi yang siap di basuh tadi ke dalam periuk berisi beras.


4. *biarkan nasi td di atas dan beras di bawah.


5. *dah siap masak.


6. *dah siap masak.Jangan risau,nasi tak akan basi,lembik atau tak masak.


*Kalau ada nasi semalam masih byk,boleh basuh semua dan masak lain.(jgn p letak air plk dlm nasi tu nnt jadi bubur)

IKLAN