Nasi Semalam Tak Habis, Buatkan Cucur Ni Untuk Sarapan!

Share

Mencipta permulaan hari di waktu cuti hujung minggu ini lebih menarik andai kita dapat menyediakan menu sarapan untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Contohnya resipi ini dimasak dengan menggunakan lebihan nasi untuk dijadikan cucur Nasi Pedas. Cukup menjimatkan, bukan?

Ini perkongsiannya.

Cucur Nasi Pedas

Bahan :


1 – Nasi sejuk + air panas (agak-agak je ) + garam (secukup rasa). Diblend hingga lumat.


2 – Campurkn hirisan bawang merah + hirisan cili api + bilis yang di gunting-gunting.


3 – Gaul kesemuanya hingga rata.


4 – Masukkan tepung secukupnya. Kacau dan gaul hingga rata. Adunan perlu pekat sikit macam dalam pic itu. Kalau tak cukup tepung adunan akann berderai bila di goreng nanti.

#Cucur ini garing di luar dan lembut di dalam . Tetap akan rasa lembut walau dah lama goreng. Kalau nk tmbh sayur-sayur lain pun boleh untuk tambah lebih sedap lagi. Nak bubuh kiub pati ikan bilis tau kiub pati ayam pun lagi sedap. Boleh di pelbagaikan rasanya.

#Utk mengoreng pula. Kerap basahkan tangan & jemput adunan dengan jari dan  plan² masukkan dalam kuali. Cara ini akan dapat cucur yang cumel² & bulat². Tp kena hati² yer jangan sampai tercelup jari pula dalam minyak panas tu..

Okayyy…selamat mencuba..

sumber : Rossita Umar via MAHN

IKLAN