Mencipta permulaan hari di waktu cuti hujung minggu ini lebih menarik andai kita dapat menyediakan menu sarapan untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Contohnya resipi ini dimasak dengan menggunakan lebihan nasi untuk dijadikan cucur Nasi Pedas. Cukup menjimatkan, bukan?
Ini perkongsiannya.
Cucur Nasi Pedas
Bahan :
Ads
1 – Nasi sejuk + air panas (agak-agak je ) + garam (secukup rasa). Diblend hingga lumat.
2 – Campurkn hirisan bawang merah + hirisan cili api + bilis yang di gunting-gunting.
3 – Gaul kesemuanya hingga rata.
Ads
4 – Masukkan tepung secukupnya. Kacau dan gaul hingga rata. Adunan perlu pekat sikit macam dalam pic itu. Kalau tak cukup tepung adunan akann berderai bila di goreng nanti.
#Cucur ini garing di luar dan lembut di dalam . Tetap akan rasa lembut walau dah lama goreng. Kalau nk tmbh sayur-sayur lain pun boleh untuk tambah lebih sedap lagi. Nak bubuh kiub pati ikan bilis tau kiub pati ayam pun lagi sedap. Boleh di pelbagaikan rasanya.
Ads
#Utk mengoreng pula. Kerap basahkan tangan & jemput adunan dengan jari dan plan² masukkan dalam kuali. Cara ini akan dapat cucur yang cumel² & bulat². Tp kena hati² yer jangan sampai tercelup jari pula dalam minyak panas tu..
Setelah dua tahun kita berperang dengan wabak Covid-19, barulah dapat merasai betul-betul nikmat ramadan. Antaranya solat terawih yang tak perlu dijarakkan, kedai mamak boleh dibuka 24 jam untuk orang sahur, tidak ketinggalan peniaga bazar ramadan yang dua tahun terpaksa tangguh berniaga kini di sambut meriah orang ramai sampaikan peniaga boleh tutup gerai awal dek ‘serangan’ dah lama tak ke bazar.
Sebut tentang bazar ramadan ni, ada beberapa menu wajib bila datangnya bulan ramadan menjadi tumpuan orang ramai, antaranya air yang bermacam aneka pilihan, ayam percik, kuih muih, murtabak dan roti john.
Kalau ahli keluarga tak ramai, sesekali nak berbelanja kat bazar apa salahnya, kan? Yang mana anak ramai dan nak memenuhi citarasa semua orang, agak ‘kopak’ sikit duit mak ayah kan.. Yang mana menu kita boleh buat sendiri di rumah, apa kata buat sendiri je. Lebih berbaloi kan? Misalnya seperti roti john yang kami kongsikan ini!
Tak perlu dah nak beratur panjang-panjang untuk roti john, buat sendiri je. Rasa nak makan kuih lain, boleh la singgah ke sana lepas masak ni kan? Nak tahu buat macam mana, jom rujuk resepi dan cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Bawang merah – potong dadu
Bawang putih – potong dadu
Rempah kari (campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej – (jika perlu)
Garam
Lada sulah
Daun sup/bawang – hiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
roti john
Cara-caranya:
1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti ke atas telur.
7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
“Macam mana nak buat sambal bilis yang sedap”. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?. Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya.
Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tambah lagi dimakan bersama nasi mahupun dicicah dengan lempeng mahupun dimakan dengan lontong. Bagaimana menjadikan rasa sambal bilis yang lebih sedap?
Ibu Sambal Bilis Wangi
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh cikgu Afy AL Habibi ini.
Masaklah berulang kali pun, hanya cara ini cikgu suka untuk rasa sambal yang istimewa. Wangiiii. Sekali cikgu buat mesti banyak. Sebab selain dimakan bersama dengan nasi lemak, cikgu akan buat jadi sambal sotong,udang, ikan, telur, paru dan banyak lagilah. Cicah cekodok panas-panas juga sedap. Regu dengan lontong pun terangkat!
Ikutlah resepi cikgu. Kalau isteri yang masak untuk suami dan anak-anak mesti mereka puji terlebih.
Tahan lama untuk stok
Rupa sambal maroon cantik
Setiap suapan pasti teringat Bahan-bahan asas:
– tiga genggam cili kering saiz besar
(Direbus dan dibuang biji)
– 1 tangkai cili padi merah @ guna cili kering kerinting
(Tambah rasa pedas)
– 2 ulas bawang merah saiz besar
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 bawang holland
– 1/2 genggam ikan bilis direndam
– 2 genggam ikan bilis digoreng rangup
– 1 inci belacan
– 2 sudu besar udang kering direndam
– 1 batang serai
– 1 simpul daun pandan
– dua kerek nisse
Cara membuat:
Kisar terlebih dahulu bawang dengan sedikit air. Panaskan minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi. Ini rahsia penting pembuatan sambal wangi cikgu kali ini. Masukkan simpulan daun pandan dan sebatang serai yang diketuk. Bahan pewangi lain yang juga perlu dimasukkan ialah sehiris halia. Selepas naik bau, masukkan bawang kisar tadi. Tumis sehingga bawang sedikit garing. Kemudian barulah masukkan cili kering yang telah dikisar lumat. Gunakan api perlahan. Kacau sesekali. Biarkan sehingga cili masak untuk menyedapkan rasa sambal. Tumbuk lumat ikan bilis yang direndam tadi. Masukkan sekali ke dalam kuali.
Seterusnya tambahkan ikan bilis yang sudah digoreng. Rahsia wangi seterusnya ialah tambahkan udang kering. Tambahan udang ini boleh memberikan kelainan rasa sambal dan bau sambal lebih menarik
Untuk warna sambal ‘maroon’ cantik, cikgu gunakan nisse viral iaitu nisse kerek Kelantan. Masukkan sebanyak dua keping. Jika tiada boleh gantikan dengan gula melaka.
Tambahkan juga gula dan garam. Ikut citarasa sendiri. Bagi mengelakkan sambal cepat rosak, masukkan 1 sudu besar cuka. Masaklah sambal sehingga betul-betul sebati rasanya dan pecah minyak cantik. Cikgu agak lebih kurang sejam atau lebih *Guna api perlahan sahaja* Selepas dibiarkan lama, inilah rupa warna ibu sambal wangi. Terserlah cantik dan sungguh sedap rasanya! Semoga bermanfaat untuk dicuba. Nak guna untuk niaga pun cikgu halalkan.
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila hujung minggu, ada yang jenis ‘gantung kuali’, beli makanan kat luar je atau makan kat luar. Paling pun, akan masak tapi menu yang semudah yang mungkin.
Tapi… ada pula yang jenis tak kira bila bosan je mula la ada benda yang nak dibuatnya, lagi-lagi masuk ke dapur!
Haaa… Siapa yang jenis pantang nampak makanan sedap rasa nak masuk dapur je, atau yang craving nak makan mee kari tapi rasa nak buat sendiri tak rajin nak mencari kat luar, jom cuba resipi mudah dari Bunga Jua ni. Senang je cara nak buat, bahan pun tak susah nak cari!
Mee Kari Special
Bahan-bahannya :-
– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh
Bahan untuk kuah:-
– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam
Cara – caranya :-
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.