Puding sagu pelangi memang sesuai sangat dengan cita rasa penggemar puding. Rasanya yang lemak-lemak manis pastinya mengundang selera. Sagu yang ditambah dalam puding menjadi puding lebih ‘cantik’ dipandang.

Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ini juga sangat mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah diperolehi malah tidak banyak. Sesuai sangat buat untuk hidangan keluarga.  Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

RESIPI PUDING SAGU PELANGI

Resipi Puding Sagu Pelangi, Rupa Cantik, Rasa Pun Sedap

Rupa Cantik, Rasa Pun Sedap

BAHAN-BAHAN:

1 cawan sagu
20gm serbuk agar-agar
1 ½ cawan gula
1 liter air
1 tin susu cair
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Sagu direndam selama 2 jam. Kemudian rebus sehingga jernih.

2. Tapis dan basuh sagu di bawah air paip.

3. Bahagikan sagu kepada 6 bahagian. 3 bahagian diwarnakan ikut warna pilihan masing-masing.

4. Satukan air, gula, serbuk agar-agar dan daun pandan. Masak hingga mendidih.

Resipi Puding Sagu Pelangi, Rupa Cantik, Rasa Pun Sedap

IKLAN

5. Masukkan susu cair. Kacau dan padamkan api.

6. Ambil 200ml larutan agar-agar tadi dan masukkan 1 bahagian sagu tanpa warna.

7. Tuang ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk kemudian kelarkan permukaannya menggunakan garpu.

8. Ambil lagi 200ml larutan agar-agar. Tuang ke dalam 1 bahagian sagu berwarna.

Resipi Puding Sagu Pelangi, Rupa Cantik, Rasa Pun Sedap

9. Tuang ke dalam acuan berisi lapisan pertama tadi. Sejukkan kemudian kelar permukaannya.

IKLAN

10. Ulang langkah yang sama hingga semua sagu habis digunakan.

11. Sejukkan puding di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Resipi Puding Sagu Pelangi, Rupa Cantik, Rasa Pun Sedap

NOTA: Jika mahu cepat, masukkan setiap lapisan di dalam peti sejuk supaya cepat mengeras.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI