
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.
Resipi Agar-agar Sirap Ros Selasih, Sedap Makan Sejuk-sejuk
Menu agar-agar sangat mudah disediakan dan kos penyediaannya juga rendah kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas. Hidangan ini amat sesuai untuk disajikan semasa rumah terbuka atau majlis potluck. Percayalah, satu bekas sahaja pasti tidak mencukupi, lebih-lebih lagi apabila dimakan dalam keadaan sejuk.
Berikut dikongsikan resipi agar-agar sirap ros selasih dalam versi kurang manis, sesuai untuk dinikmati oleh semua.
Resipi Agar-agar Sirap Ros Selasih
Bahan-bahan:
Biji selasih secukupnya
10 g serbuk agar-agar
80 g (⅓ cawan) gula pasir
2 helai daun pandan – disimpul
1 liter (4 cawan) air
2 sudu besar sirap ros
Cara membuat:
1.Rendam biji selasih dalam air paip selama 10–15 minit hingga kembang. Bilas dan tapis sebelum digunakan.
2.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali biji selasih.
3.Masak di atas api sederhana sehingga larutan agar-agar mendidih dan gula larut sepenuhnya.
4.Masukkan kira-kira 1 sudu teh biji selasih ke dalam setiap bekas.
5.Tuang larutan agar-agar panas ke dalam bekas yang telah berisi biji selasih.
6.Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.Sedia untuk dihidangkan setelah agar-agar mengeras sepenuhnya.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca artikel lain juga: Resipi Agar-agar Pandan Santan, Elok Cantik Nampak Macam Lumut, Ini Cara Buatnya
Resipi Agar-Agar Santan, Hirisan Kelapa Muda Buat Lagi Bertambah Sedap
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my