Sempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka akan disambut umat Islam pada penghujung bulan ni, ramai yang mengambil peluang untuk melakukan ibadah korban. Kebiasannya daging korban enak dibuat bakar dan sup tulang. Bahagian batang pinang biasannya dijadikan pilihan.
Bagi yang suka makan daging bakar boleh cuba buat resipi perapan dan sos sebagaimana perkongsian Aisyah Zulaikha .
IKUTI PERKONGSIAN INI
Perapan daging
Ads
Daging 500gm 4ulas bwg putih 1sudu lada hitam 1sudu kecil garam (ditumbuk lumat) 4sudu sos tiram 3sudu sos ikan 4sudu brown sugar Campur semua dalam daging dan perap. Kalau ikut tuan punya resepi,dia perap 4,5jam tapi ibu perap dari malam
Ads
Sos
Ads
Bawang putih cili api (tumbuk) 3sudu sos tiram 2sudu sos ikan 3 sudu brown sugar bwg merah hiris nipis cili api hiris air perahan limau nipis daun ketumbar hiris halus.
Tomyam antara menu kegemaran ramai. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Bukan hanya anak-anak kita, malah orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Jom cuba petua yang dikongsikan oleh puan Faidah Ahmad ini. Rupa-rupanya letak daun Ketumbar Jawa.
Ramai yang tanya,boleh ke masukkan ketumbar jawa dalam tomyam?
Mestilah boleh bertambah² sedap tomyam.
Cara nya macamana?
Boleh hiris halus² dan tabur,boleh juga kerat panjang².
Dan jangan lupa masukkan akar nya sekali. Cuci bersih² dulu baru masukkan.
Cara kakteh pula,kakteh suka masukkan banyak²,kerat panjang² buat sayur terus..(macam dalam pic)
Jangan risau daun ketumbar jawa tak lembik,jadi dia tak akan hancur macam sayur sawi atau bayam jika lama masaknya.Sekarang ni kalau masak tomyam,wajib letak ketumbar jawa..terangkat selera. Mana yang selalu masak tomyam asyik ada rasa kurang tu cuba lah letak ketumbar jawa.kompem makin sedap😍
Perkongsian wanita ini turut mendapat respond ramai. Rupa-rupanya ramai yang gemar menggunakan daun ini bukan sahaja dalam tomyam, bahkan masakan lain juga.
hmm rasa nya lebih kurang ketumbar biasa .ada kawan india bagi tahu buat sambal belacan campur daun ni pun sedap.tapi mak cik selalu buat air asam suka campur daun ni.
Teh..kite skrg masak asam tempoyak pon letak daun ketumbar ni. Ganti dgn kesum sbb aroma die setanding daun kesum..wangiiii. Mule tanam satu pokok je..skrg dah JD mcm rumput. X smpt nk petik makan..byk dah cabut2 buang sikit.
Memang sedap ni, haritu buat buh dalam bergedil. Pokok pun senang hidup.
Betuiii…selain tomyam@sup memang kena rasa dia…Acik suka tambah dlm teloq dadar..maggi pun sedap..kwn Acik masak nasi tomato tambah ketumbaq ni jugak wangi kata dia…kat rumah tak sempat nk besaq…Acik dah kutip.
Memang sedap…isi dlm sos cicoh aym/daging bakar pon sedap
Sama lah nnek. Wajib letak byk2 bila masak Tomyam sweetsour 3 rasa udang sambal dll.
Ank buah bt rebung tumis belacan.. Mmg letak daun ketumbar jawa..kt srwk pgl daun tepus..mmg sdap ltk dlm sup,tomyum,kerabu pon blh
Apabila Covid-19 semakin meningkat, kita semua digalakan duduk di rumah.
Nak beli makanan di luar tentu tak berani. Selain beli secara atas talian, kita boleh ajer masak sendiri untuk keluarga.
Bagi yang tak ada idea untuk hidangan menu minum petang, apa kata cuba resipi mudah ni iaitu Apam Pisang gebu. Guna blender jer. Jom buat!
Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
Cara-cara
1. (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang (1minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30min. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.