Petang-petang begini enak juga kalau kita anak beranak layan selera dengan menikmati cucur jagung rangup sambil menikmati secawan teh panas di meja makan. Tentunya kemanisan rasa jagung di dalam cucur yang dimakan memberikan kepuasan rasa ketika menikmatinya.
Menyentuh tentang penyediaan cucur jagung, orang kata akan rasa lebih sedap jika cucur yang digoreng terasa garing di luar dan lembut di dalam. Mendapatkan adunan yang sedemikian ada banyak cara dan tipsnya, dan salah satunya adalah perlu dibancuh menggunakan air panas.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Faizah Binti Abdul Hamid. Jadi ingin tahu hasilnya, anda perlulah buat terlebih dahulu cucur jagung yang dikongsikan ini.
Namun bagi anda yang tidak makan pedas, hati-hati dalam pemilihan cili kering semasa membeli di kedai. Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya. Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini.
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih! Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bercakap tentang makanan ketika bersahur, teringat pesan orang dulu-dulu. Katanya ketika bersahur elakkan makan ikan masin atau telur masin. Nanti boleh menjadi sebab tekak cepat terasa haus. Begitu juga jangan makan makanan yang pedas-pedas bimbang pedih perut dan pelbagai lagilah pantang larangnya.
Apa yang pasti, pemilihan makanan yang diambil ketika sahur sangat penting untuk memastikan perut tidak meragam dan diharapkan makanan yang dimakan itu akan dapat memberi tenaga untuk kita laksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Umumnya, selain ramai amalkan makan buah kurma ketika bersahur, kita juga boleh makan oat yang disifatkan sebagai makanan yang boleh menyebabkan perut terasa kenyang lebih lama berbanding nasi mahu pun mi.
Bahan utama: OAT (Rolled Oat) Kenapa oat?
– lebih kenyang berbanding nasi
– sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat badan dan kolestrol.
– mudah dan cepat
– sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang
Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.
Macam mana rupa rolled oat?
Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.
Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/perasa tambahan.
Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.
Bahan-bahan utama:
• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ berperisa
• Buah-buahan
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.
Bahan tambahan (optional);
• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko
Nota kaki:Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya.
Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.
RESIPI
Overnight oat kurma
– kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– gaul dengan rolled oat. Sejukkan.
Oat mango chia pudding
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– lapiskan dengan mangga, susu dan oat.
Banana Dragonfruit smoothie
– kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– tabur ketulan pisang dan kuaci labu
Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!
Membuat karipap bukan sahaja perlu tahu resipinya untuk dapatkan rasa yang enak malah perlu tahu seni klim karipap dan teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan karipap yang terlihat cantik dan memiliki kulit pastri yang rangup. Ini sekali gus akan menjadikan karipap yang terhidang begitu sempurna untuk dinikmati.
Meninjau perkongsian di group Masak Apa Hari Ini, puan Rohana Muhammad berkongsi resipi dan rahsia untuk mendapatkan karipap yang bukan sahaja enak, cantik kulitnya malah kekal rangup seharian bila betul cara dan teknik menggorengnya. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet yang ramai teruja untuk mencubanya.
Jadi apakah sebenarnya rahsia atau cara menggoreng karipap yang dimaksudkan oleh Rohana Muhammad ini. Nak tahu lanjut, baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
Inti
4 biji ubi kentang yang sederhana besar
Sebiji keledek yang juga sederhana besar..saya campur keledek dan kentang untuk dapat rasa yang manis dan srtuktur inti yang cantik, potong dadu.
Sedikit isi ayam dan cincang kalau suka isi daging atau udang kering pun boleh.Terpulang.
Sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang atau diketok
2 sudu serbuk kari Babas
Sesudu besar cili boh
Beberapa helai daun kari
Garam dan gula
Cara memasaknya :
Tumis bawang besar dan bwng putih serta cili boh hingga wangi…daun kari sekali…masukkan rempah kari…setelah garing, masukkan isi ayam…bila sudah sebati..boleh masuk kan kentang dan keledek…masulkan air sama paras dengan kentang…perasakan…bila hampir kering…
kacau dan lenyek-lenyekkan sedikit…masak hingga kering…masukkan daun sop dan daun bwng ( jika suka)
Untuk kulit
4 cawan tepung gandum( dapat 45 biji..saiz sederhana yang orang jual 5 biji RM 2)
3 sudu besar marjerin…sedikit minyak
Masak marjerin dan minyak hingga berbuih, angkat dan tuang kan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu sebab panas dan bila sejuk bolehlah gaul dengan tangan. Gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
Tuangkan air yang telah dimasukkan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh. Biarkan seketika, selepas itu bulatkan saiz kecil (agak agak).
Canai, bubuh inti dan kelim.
Teknik Goreng Untuk Dapatkan Kulit Rangup Seharian
Masuk kan minyak ke dalam kuali, buka api dan terus masukkan karipap. Mula goreng dengan minyk yang masih sejuk baru dapat kulit yang flowless gitu dan kena ‘main api’. Bila sudah siap gorengan pertama, tutup dulu api sebelum masukkan yang kedua. Kalau masukkan dalam minyak yang panas kulit akan jadi berkerutu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.