Nasi hangus mungkin tidak lagi relevan dengan kegunaan periuk nasi kita yang praktikal. Tapi kalau kenduri kendara kita tak terlepas daripada mengalami masalah ini kerana mungkin ada sesetengah tempat yang masih menggunakan periuk biasa.
Memasak bubur nasi adakalanya jika tidak sentiasa dipantau, bubur boleh hangus dan kesannya meninggalkan bau yang amat kuat pada bubur kita.
Jika mengalami masalah begini, pastinya membuang nasi atau bubur bukan tindakan yang bijak.
Kecewa namun janganlah sampai nasi atau bubur tersebut dibuang begitu sahaja. Dua cara ini mungkin membantu anda kurangkan bau hangusnya. Namun pastikan ia dilakukan ketika nasi masih panas dan cepat-cepat buat tindakan ini. Memang berjaya!
Ads
# Cara 1 – Cili Padi
Ketika nasi masih panas, ambil satu atau dua biji cili padi dan buang tangkainya. Basuh bersih kemudian letakkan di dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Hasilnya bau nasi hangus akan menjadi berkurangan. Cubalah.
# Cara 2 – Kentang
Ambil sebiji kentang dan belah menjadi empat bahagian. Letakkan ke dalam nasi dan tutup periuknya. Biarkan seketika dan keluarkannya. Hasilnya bau hangit akan diserap dengan sendirinya dan boleh dimakan tanpa bau yang kurang enak.
Ads
# Cara 3 -Cili Kering
Sama seperti cili padi, anda boleh juga menggunakan cili kering bagi menghilangkan masalah ini. Ia masih berfungsi menyerap segala bau hangit tadi.
Ads
# Cara 4 – Daun Pandan
Usaha lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan daun pandan. Ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan dan kemudian letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. Nasi bukan sahaja hilang baunya tetapi lebih harum.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daripada sekadar suka-suka masak dan memuat naik ke yioutube, siapa sangka pasangan ini meraih perhatian. Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum melalui perkongsian video memasak pelbagai menu dan bertutur dalam bahasa Melayu di YouTube.
Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah setiap kali memuat naik video pasti mendapat sambutan ramai.
Terbaru, pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru. Kelihatan rumah tersebut lebih besar berbanding rumah lama, dapat diperhatikan pasangan itu bersama beberapa ahli keluarga turut datang membantu membersihkan rumah.
Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak. Dalam pada itu, suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.
Andai dicongak usia perkahwinan mungkin ada diantaranya sudah mencecah hingga 10 tahun ke atas lamanya. Biarpun berapa lama sekali pun, kita akan ingat tarikh itu.
Namun bila ditanya, bila kali terakhir dapat meluangkan masa berdua-duaan, mungkin ada terlupa tarikhnya dek kerana sudah lama tidak berbuat demikian.
Sebenarnya, memperuntukkan dan mencari masa bersama itu penting. Ini sebagai mana apa yang cuba dikongsikan oleh lelaki ini yang juga merupakan seorang suami.
Jom semak.
Pentingnya ‘Alone Time’ Dengan Isteri
” Enjoy your marriage before it too late ”
Masa mula-mula kahwin dulu ramai orang bagi pesanan macam ni, tapi tengah bahagia kita buat endah tak endah je. Dulu tak ambik port sangat pesanan ni tapi sekarang bila dah ada anak dua orang baru nak garu kepala. Dah terlambat.
Jangan kata nak berdua-duaan dengan isteri, nak bersendirian pun belum tentu dapat. Kejap sorang ajak bermain, kejap yang kecik nak susu, nak mandi, nak tidur, nak itu nak ini sampai kita pun nak pengsan.Bergilir-gilir pengsan dengan isteri..
Tapi itulah cabaran parenthood ni. Kita bukan sahaja kena pengsan malah kita kena bangkit dari pengsan berkali-kali tanpa gagal kerana kalau kita gagal, anak akan 2 kali gagal dari kita.
Walaupun begitu, penting ada ‘Alone Time’ dengan isteri. Buatlah macam mana pun asalkan ada masa untuk berdua-duaan, dapat 5 minit pun cukuplah.
Pedulikan mulut-mulut bawang yang mengata sebab mereka tak akan faham keperluan kita. Bawang buat mulut berbau, nanti isteri kata mulut kita busuk pulak.
5 kepentingan ‘Alone Time’ buat Suami Isteri.
1 – Tabung Emosi
Tabung emosi ibarat simpanan kita kat bank, kalau penuh kita gembira kalau kosong kita boleh kena heart attack. Sama juga dengan tabung emosi keluarga kita, tak boleh dibiarkan kosong kena refill selalu. Kalau tabung emosi kosong mula lah pelbagai dugaan datang, emosi tak dapat kawal, semua pandang tak kena.
Bila emosi bercelaru suami isteri tidak ada sefahaman, selalu bergaduh, anak pun terkesan selalu buat tantrum, rezeki susah nak datang dan rumah yang terang pun rasa kelam tak bersinar. Penting sangat refill tabung emosi ini.
Cakap “i love u” pun dah cukup mengemosikan pasangan kita. Jangan berat mulut, isteri kita sendiri tu..
2 – Luahan Perasaan
Masa berdua-duaan ini lah baru isteri kita nak luahkan perasaan. Kalau tak dia pendam je rasa sakit hati, luluh hati, iri hati dan pedih ulu hati sorang-sorang. Memang lumrah orang perempuan, mereka tak suka mengadu tapi bila di tanya akan di ceritakan semuanya dari A sampai Z tanpa ada skip satu babak pun.
Bayangkan cerita yang panjang macam drama sinetron beratus episod terbuku dalam hati dia, selagi tak di tanya selagi itu di pendam. Bila hati dah penuh dengan sinetron ni mulalah minda fikir yang bukan-bukan. Muka pun jadi kusam, mata bengkak dan pipi cengkung.
Lagi cepat suami jadi pendengar setia lagi cepat isteri kembali cantik menawan.
3 – Release Stres
Dah dapat luah perasaan barulah isteri tidak stres, malah suami pun dapat hilangkan stres akibat dari isteri yang tak keruan. Dua-dua tenang dan bahagia.
Lagipun setiap ‘moment’ berdua-duaan itu boleh jadi ‘pain killer’ untuk stres akan datang. Bila ada masalah dengan anak atau pasangan buat masalah, moment inilah yang akan buat kita kembali ke pangkal jalan.
Bak kata orang, cegah lebih baik dari mengubati. Sediakan payung sebelum hujan. Bukan sediakan payung emas je tahu, payung stres pun kena sediakan.
4 – Nafkah Batin
Ini penting! Bagaimana sibuk pun, anak dah 10 ke, nafkah batin tetap kena konsisten di batinkan. Hanya kerana kita dah tua tak bermakna keperluan batin pasangan semakin berkurangan. Ada yang semakin tua semakin menjadi-jadi. Tak mustahil janggut dengan misai dah putih pun masih nak tambah quota.
Dalam Kitab Tafsir Ibn Katsir ada menyebut :
“ Mereka adalah ketenangan bagi kalian dan kalian pun adalah ketenangan bagi mereka ”.
Bermaksud isteri adalah ketenangan bagi suami dan suami adalah ketenangan bagi isteri.
Lepas ni kalau nampak isteri tak keruan, tak tenang cepat-cepat hantar anak kat rumah mertua ya.
5 – Bunga Cinta
Bunga cinta kalau tak di siram lama-lama boleh jadi layu dan mereput. Bunga cinta ibarat perasaan cinta kita pada pasangan, ingat kembali bagaimana rasa cinta masa mula-mula kenal dulu, sepatutnya macam itu lah rasa cinta kita sampai tua. Bahkan patut lebih mekar dan besar.
Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk biar bunga cinta jadi layu dan mereput. Anak adalah baja cinta suami isteri jika pandai membaja, dan siram selalu bunga cinta dengan pasangan. Masa berdua-duaan lah kita boleh saling siram menyirami bunga cinta, sorang-sorang siram boleh tumbuh ulat bulu kat bunga.
Tinggalkan anak dekat pengasuh atau mertua sekejap pergi tengok wayang dengan pasangan. Wayang 2-3 jam dah cukup untuk bunga mekar 2-3 tahun.
Jangan pula tinggal anak seminggu. Mertua pun nak alone time juga.
Jika anda atau pasangan ada simptom-simptom seperti ini menyampah tengok muka pasangan, tengok muka anak nak marah je, sentiasa stres, mudah kecil hati, mudah curiga dan suka mengadu masalah pada orang lain maknanya anda dan pasangan kurang luangkan masa bersama.
Tuan puan, hargailah masa bersama yang ada sekarang kerana duit boleh di cari tetapi masa yang di sia-siakan tak akan boleh di ganti kembali.
Masa itu lebih berharga dari emas 999, 916 dan emas berkarat. Tolong sampaikan pada pasangan anda supaya sama-sama aware tentang pentingnya alone time ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak akhir-akhir ini sudah menjadi trend bila seseorang ingin memberikan kejutan kepada insan tersayang bersempana sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya akan memberi kek atau jambangan bunga berserta ‘duit tarik’.
Buat yang menerima tentunya berasa dihargai dan seronok . Apa taknya, dapat duit tak putus-putus bila ditarik. Memang mengujakan!
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk hasilkan sendiri jambangan bunga berserta duit tarik, jom lihat perkongsian video oleh @bungalasyaballoonflorist di aplikasi TikTok ini. Video tersebut telah menarik perhatian warganet hingga 1.8 juta tontonan.
Langkah 1 : Masukkan duit dalam plastik dan gunakan mesin sealer
Langkah 2 : Lakukan satu persatu.
Langkah 3 : Ambil loytape dan sambungkan satu persatu secara memanjang.
Langkah 4: Gulungkan duit yang telah digamkan tadi dengan kemas. Ketepikan.
Langkah 5 : Ambil span dan lubangkan mengikut saiz gulungan duit seperti ini.
Langkah 6 : Masukkan gulungan duit ke dalam span tersebut.
Langkah 7 : Cucukkan lidi ditengah-tengah gulungan duit, dan buang lebihan lidi di kiri dan kanan span.
Langkah 8 : Lekatkan hujung gulungan plastik dengan topper untuk memudahkan ditarik. Kemudian hias mengikut kreativiti
Nak lebih faham, boleh tonton video tersebut di sini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.