Hati ibu bapa mana yang tak bimbang apabila membaca berita berkaitan dengan kes penculikan dan penjualan organ manusia melibatkan kanak-kanak.
Muat naik terkini pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, telah meraih perhatian ramai pemihatnya mengenai kes penculikan berkenaan.
Pengacara Gegar Vaganza itu meniulis kapsyen mengenai kes sendikit itu di Instagram miliknya. Difahamkan ia mesej agar ibu bapa berhati-hati mengenai keselamatan anak adalah daripada anggota keselamatan yang bertugas menjaga bahagian sempadan Malaysia Thailand.
Sahih Atau Tidak?
Perkongsian Nabil itu membuatkan peminatnya keliru apabila video mengenai pewangi manakala kapsyen pula berkaitan dengan sendikit.
Bagaimana pun kesahihan info ini tidak diketahui benar atau sebaliknya. Apa pun, kita doakan anak-anak dan keluarga kita sentiasa dilindungi serta dijauhi dari anasir jahat.
Melihat kapsyen mengenai sendikit itu, ramai peminatnya meluahkan rasa bimbang mengenai keselamatan anak. Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Nabil untuk peringatan itu.
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, tanpa bersandarkan pelakon popular, cantik dan kacak, filem genre komedi ini mencipta gelombang tersendiri dalam arena filem negara.
Mael Totey The Movie sebuah filem arahan personaliti media sosial, Syahmi Sazli telah mencapai kutipan paling tinggi di platform Astro First degan meraih RM2.56 juta sekaligus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.
Filem santai komedi ini sesuai untuk seisi keluarga turut menampilkan watak remaja istimewa iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Filem ini mendapat pujian olahan skrip yang santai.
Menerusi perkongsia isterinya, beliau berkongsi coretan disebalik tabir mengenai filem arahan suaminya.
“KITA LAIN, MEREKA SAMA”
Ayat ni paling tepat dengan Mael Totey The Movie sekarang. First time dengar ayat ni, Nissa masih belum paham apa maksud sebenarnya sebab Nissa memang tak ganggu lansung bosMi buat skrip. Tanya pun tak, jeling-jeling skrip pun tak sebab Nissa paham bosMi bila dia berkarya memang sign “DO NOT DISTURB” akan menyala
Tapi, semasa sesi pengambaran bermula kat situ barulah Nissa nampak apa yang jelas pada “Kita Lain, Mereka Sama”.
Disaat orang mencari bintang (terkenal), kami pula mencipta bintang.
Ayat ni sesuai untuk semua pelakon under Syahmi Sazli Production terutama empat orang yang betul-betul istimewa (Nissa lebih suka panggil istimewa berbanding OKU) Empat tahun lepas kami bermula dari Youtube & mencari siapa yang sudi berlakon dibawah arahan seorang lelaki yang berjiwa besar.
Isu yang terjadi sekarang : isu kritik dari sahabat-sahabat 1 platform, isu tumpang populariti, isu berat sebelah, isu tak hargai, semua itu dah kami lalui empat tahun lepas. Dan sekarang, kami sudah melangkah teramat jauh dengan berbekalkan satu sahaja ; “Allah swt”
Tidak akan terjadi, andai Allah swt tidak izinkan. Semua terjadi disebabkan Allah swt yang izinkan
Buat sahabat semua, maaf andai kami tak pernah menyambut undangan sebelum ni. Maaf andai kami tak pernah memberi salam terlebih awal & maaf andai kami terlampau jauh meninggalkan kamu. Tapi ketahuilah, apa yang kami buat sekarang, adalah untuk “Kita Lain, Mereka Sama”
Doakan kami!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.