• Utama
  • Famili
  • Inspirasi
  • Lebih Menarik
    • Buletin
    • Cantik
    • Layan Selera
    • Makan-Makan
    • Medic Keluarga
    • Pilihan Keluarga
    • Sihat
  • Video
    • Serasi Challenge
    • Keluarga #Throwback
    • Masak-Masak Keluarga
    • Keluarga Gader
    • Projek Cuti Keluarga
  • Keluarga Gader
  • Kongsi Pengalaman
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version
Keluarga
  • Homepage
  • Inspirasi

Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!

5 Dis 2022
Neelofa Teman Suami Terima Ijazah, Luah Syukur Raikan Kejayaan!
Share

Isteri mana yang tidak bangga bila melihat suami tercinta menyarungkan jubah konvo di majlis konvokesyen. Ia simbolik seseorang itu telah berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan sekali gus bergelar graduan.

Mungkin itulah juga yang dirasai dan ingin dikongsikan oleh selebriti yang juga usahawan terkenal Neelofa apabila suaminya Haris Ismail menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) pada majlis konvokesyen yang berlangsung di International Islamic University Malaysia baru-baru ini.

Menerusi siaran langsung di Youtube @OfficialIIUM, jelas  dapat dilihat Haris kelihatan tersenyum gembira sejurus nama disebut oleh pengacara majlis.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Teman suami

Manakala menerusi hantaran yang dimuat naik Neelofa dalam Instastory, pengacara program Next To Neelofa itu berkongsi saat manis ketika menemani dan meraikan kejayaan suami tercinta.

Menerusi rakaman video tersebut, jelas kedengaran suara sorokan ketika Haris berada di atas pentas.

Dalam pada itu, di kapsyen Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diperolehi Haris selepas penat bertungkus lumus.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber : Instgram @neelofa

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

5 Dis 2022

Related Post

  • Berniaga Di Kaki Lima. Ibu Ni Lakukan Apa Sahaja Untuk Cari Duit Tampung Rawatan Anak, Raih Perhatian!
  • Tahun Baru, Semangat Baru! Abaikan Kata-Kata Orang, Ini 6 Tip Mudah Untuk Motivasikan Diri
  • Bila Adik Lunaskan Hutang Dengan Kumpul Duit Syiling, RM1 & RM5. Tarik Perhatian Warganet, Jadikan Inspirasi!
  • Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Nak Pastikan Sentiasa Berbuah Lebat & Ni Rahsianya!
  • TECHLYMPICS –Pupuk Minda Kreatif Generasi Muda Dalam Bidang Sains, Teknologi Dan Inovasi
    • Utama
    • Famili
    • Inspirasi
    • Lebih Menarik
      • Buletin
      • Cantik
      • Layan Selera
      • Makan-Makan
      • Medic Keluarga
      • Pilihan Keluarga
      • Sihat
    • Video
      • Serasi Challenge
      • Keluarga #Throwback
      • Masak-Masak Keluarga
      • Keluarga Gader
      • Projek Cuti Keluarga
    • Keluarga Gader
    • Kongsi Pengalaman
    © Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. • Dikendalikan Oleh Astro GroupView Non-AMP Version