Pelakon Nelydia Senrose akui banyak perubahan diri berlaku selepas berkahwin dengan suami, Mohd Hafez Halimi.
Beliau ada kongsikan ketika ditemu bual di program Wanita Hari Ini, Nelydia, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan ikhlas dalam memimpin ke jalan Allah dan menujukkan contoh sikap yang baik.
Dedah aktres berumur 28 tahun ini, dia kini sedang dalam proses untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
“Mulanya saya tak faham tentang rumah tangga, ingatkan berkahwin sama macam bercinta. Tapi sebenarnya, bila dah masuk alam perkahwinan, kita matang secara tak langsung. Dulu saya cepat memberontak tapi bila dapat pasangan yang tenang, saya turn down.
Hafiz mendidik tetapi tak memaksa. Bila saya tengok Hafiz jaga solat, saya pun ikut. Setiap manusia mesti akan ada rasa nak berubah jadi lebih baik.
Saya pun perlahan-lahan nak berubah, Hafiz pun bagi sokongan moral. Sokongan moral itu penting. Sebab kita memang nak jadi lebih baik tapi kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan.”
Ads
Tambah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia dan suami mempunyai jurang perbezaan umur selama 11 tahun namun itu tidak menjadi gangguan dalam berkomunikasi.
Usia Hafiz jauh dengan saya. Saya belum sampai dekat umur dia tapi dia dah pernah lalui masa umur saya. Dia dah tau perangai masa muda. Jadi, kami kena jumpa dekat half way (titik tengah) di mana Hafiz banyak nasihat.
Ads
Suka Mendengar Ceramah
Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara mendedahkan suaminya suka mendengar ceramah pada setiap malam dan itu menjadi salah satu medium yang menjentik hatinya.
Ads
“Setiap malam Hafiz suka dengar ceramah. Saya rasa perkara itu sangat penting sebab bila dia buka ceramah, ada point yang betul akan jentik hati saya.
Kadang-kadang degil tak nak dengar cakap suami tapi bila dengar fakta betul, kita perlahan-lahan berubah. Banyak sangat saya berubah berbanding dulu dengan sekarang. Dari segi kawal emosi dan baran.”
Untuk info pasangan ini berkahwin pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017.
Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh pendakwah selebriti ini. Pendekatannya yang cukup lembut dan sederhana membuatkan ramai yang kagum, tak kurang yang suka dengan cara tersebut. Ke mana sahaja dia berdakwah, pasti terkesan dihati sehingga menimbulkan keinsafan dihati individu tersebut.
Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew menyantuni golongan mak nyah atau wanita yang bekerja di lorong-lorong. Menurut Ustaz Ebit Lew, golongan ini cukup tersentuh dengan nasihat yang diberikan memandangkan sebelum ini tiada yang berbuat demikian pada mereka.
“2 malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kaseh datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati.
“Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi.Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Ada dari 14tahun dan 15 tahun. Saya peluk transgender maknyah mereka terharu sebak. Tak peluk wanita.
Menurut Ustaz Ebit lagi, biarpun sedar halal dan haram pekerjaamn tersebut, namun mereka tiada pilihan lain demi kesinambungan hidup. Sehinggakan ada yang sudah lama belakukan pekerjaan tersebut. lebih memilukan ada antara anak-anak tidak tahu pekerjaan sebenar ibu mereka.
. “Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram
“Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah takde. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu. . Tambah Ustaz Ebit lagi, ada antara mereka yang menangis seorang diri kuat berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan rindukan keluarga.
. “Pohon doa nak teruskan program 3hari Motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3hari 2malam saya buat di Port Dickson. Mereka azam nak ikut bersama.
“Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik -ebitlew
Soalan: Bagaimanakah cara solat kami petugas hospital yang memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang memakainya dalam tempoh yang lama? Pakaian tersebut menutupi keseluruhan tubuh kami. Tujuan pakaian itu bertujuan menyelamatkan kami daripada jangkitan. Dalam masa yang sama kami juga wajib memastikan keselamatan pesakit lain. Maka, kami tidak boleh berwuduk ketika berada dalam keadaan demikian. Apakah kami wajib mengulangi solat atau bagaimana?
𝑱𝒂𝒘𝒂𝒑𝒂𝒏:
Semoga Allah merahmati hamba-hambaNYA menjaga solat dan dalam masa yang sama berkhidmat dan berusaha menyelamatkan manusia lain dari ancaman penyakit. Dari soalan ini menzahirkan keprihatinan terhadap titah perintah agama. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar diambil perhatian oleh mereka yang terlibat;
1. Para ulama berbincang tentang mereka yang tidak boleh berwuduk dan bertayammum disebabkan keadaan tertentu. Ini seperti ketiadaan air dan debu, terkena penyakit tertentu yang menghalang penggunaan air dan debu, atau halangan tertentu yang menghalang penggunaan dua bahan tersebut. Bab ini disebut Faqid al-Tahurain (فاقِد الطَّهُورَيْن) atau ‘Adim al-Tahurain (عادِم الطَّهُورَين) iaitu orang yang tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua cara bersuci. Dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) menghitung sehingga lima pendapat dalam masalah kewajipan solat dan qada orang yang berada dalam keadaan sebegini (rujukan: Fath al-Bari, 1/585. Beirut: Dar-al-Fikr 1414H). Juga ada yang menghitungnya sehingga enam pendapat.
2. Berikut adalah ringkasan daripada pendapat-pendapat fuqaha (ahli fekah) yang disebut dalam pelbagai rujukan ulama sejak dahulu sehingga kini:
a) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammum, dan tidak perlu qada (mengulangi solat). Ini pendapat al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), al-Imam al-Muzani (meninggal 264H, merupakan anak murid besar al-Imam al-Syafii dan tokoh dalam Mazhab al-Syafii), qaul qadim (pendapat lama) al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), Ibn al-Munzir (319H) dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), Ibn ‘Uthaimin dan ramai lagi.
b) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammun tapi wajib qada (ulang). Solat itu dilakukan bagi menghormati waktu. Ini pendapat kedua yang diriwayatkan dari al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dan pendapat baru al-Imam al-Syafii.
c) Tidak wajib solat tapi wajib qada. Ini pendapat al-Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), al-Imam al-‘Auza’i (meninggal 157H) dan al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H). Antara alasan mereka ialah hadis: “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Riwayat Muslim).
d) Tidak perlu solat dan tidak perlu qada. Ini dinukilkan salah satu riwayat dari pendapat al-Imam Malik bin Anas dan golongan Mazhab Zahiriyyah (literalist).
e) Digalakkan solat dan wajib qada. Ini pendapat kelima disenaraikan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari dengan dakwaan ia antara pendapat yang disenaraikan oleh al-Imam al-Nawawi.
3. Senarai pendapat di atas kita sebutkan sekadar memaklumkan mengenai khilaf (perbezaan pendapat) ulama dalam masalah ini. Namun, pendapat yang paling masyhur dalam pegangan Umat Islam ialah pendapat yang pertama (a) dan pendapat kedua (b).
4. Untuk meringkaskan pemahaman dan pengamalan awam, saya bersetuju dengan pendapat pertama iaitu yang mewajibkan solat dalam keadaan tersebut iaitu tanpa wuduk dan tanpa tayammum, dan juga tidak wajib qada (mengulangi solat). Antara hujah pendapat ini ialah, hadis al-Bukhari (no. 336) dan Muslim (no. 367) daripada ‘Aishah r.ha di mana sekumpulan para sahabat sahabat yang telah bersolat tanpa wuduk, kemudian Allah menurunkan ayat tayammum. Ertinya, mereka bersolat tanpa wuduk, dan juga tanpa tayammum kerana ayat tayammum belum turun. Namun, Nabi s.a.w tidak menyuruh mereka mengulangi solat. Al-Imam al-Bukhari juga meletakkan hadis ini di bawah tajuk: بَابُ إِذَا لَمْ يَجِدْ مَاءً وَلاَ تُرَابًا(Bab: Apabila Tiada Air dan Tanah).
5. Pendapat yang mewajibkan solat tanpa perlu qada dilihat lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah. Jika seharian bertugas, kemudian pada malam mesti menggantikan lima solat fardu yang telah pun ditunaikan dalam keadaan tersebut, maka ini membebankan. Firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر
(maksudnya): Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
6. Di samping itu, jika seseorang bertugas dalam pakaian PPE tersebut semasa waktu solat yang boleh dijamakkan iaitu Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak, maka petugas boleh menjamakkan solat sekiranya terdapat bebanan atau kekangan waktu untuk menunaikan solat. Ini bererti, jika petugas ada ruang untuk solat pada waktu pertama (waktu Zohor atau Maghrib) maka bolehlah dilakukan jamak taqdim (solat dalam waktu pertama). Jika mempunyai ruang pada waktu kedua (Asar atau Isyak) maka bolehlah dilakukan jamak ta’khir (solat pada waktu kedua). Ini dilakukan tanpa qasar. Maksudnya, empat rakaat Zohor dihimpunkan bersama empat rakaat ‘Asar. Begitu juga tiga rakaat Maghrib dihimpun bersama empat rakaat Isyak.
7. Hujah yang digunakan dalam masalah ini ialah hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya”.
Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ
“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk Nabi s.a.w pernah menunaikan solat jamak bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.
8. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) mengulas hadis di atas: “Sebahagian para imam (ulama) berpegang kepada keharusan menjamakkan solat ketika tidak bermusafir disebabkan sesuatu keperluan. Ini (diboleh) untuk sesiapa yang tidak menjadikannya kebiasaan. Ini pendapat (Muhammad) Ibn Sirin dan Asyhab dari pengikut (al-Imam) Malik. Al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada (al-Imam) al-Qaffal al-Syasyi al-Kabir dari kalangan pengikut (al-Imam) al-Syafi’i, daripada Abu Ishaq al-Marwazi daripada sekumpulan Ahli Hadis. Pendapat ini juga yang dipilih oleh (al-Imam) Ibn al-Munzir. Ini disokong oleh apa yang nyata dari perkataan Ibn ‘Abbas “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya.” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 5/335. Beirut: Dar al-Khair 1414H)
9. Maka kita dapati banyak kita fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kata Ibn Taimiyyah: “Seluas-luas Mazhab dalam membolehkan jamak antara dua solat ialah Mazhab al-Imam Ahmad” (lihat: al-Fatawa al-Kubra, 2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Dr. Yusuf al-Qaradawi menyokong pendapat ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245. Beirut: Dar Uli al-Nuha). Maka ini bukan perkara asing dan baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.
10. Maka, 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat untuk berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum. Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka juga, boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.
Kecantikan bunga matahari yang mekar berkembang dikatakan bunga ini punya aura positifnya yang tersendiri.
Bahkan bagi peminat setia bunga matahari, pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri bunga ini berkembang mekar di laman rumah.
Jadi buat anda yang pertama kali ingin mencuba menanam pokok bunga matahari, di sini dikongsikan langkah demi langkahnya dan semoga bermanfaat.
Cara tanam :
Langkah 1 :
Dapatkan biji benih bunga matahari . Pilih lah benih yang di jual bermutu tinggi yang siap di gaul racun kulat. Jika anda dapat dari kawan pastikan benih dijemur kering.Tujuannya ialah untuk membunuh kulat dan bakteria yang ada pada biji bunga matahari.
Langkah 2 :
Untuk penyemaian pula, memerlukan tanah sebagai media tanaman. Pilih tanah yang gembur dan sebaik-baiknya yang telah dicampur dengan baja kompos. Seperti tanah organik. Siram tanah sebelum semai.
Benih boleh di semai terus dalam pasu, polybeg,bekas . Untuk lebih mudah dikendalikan. Semai benih dalam tray semaian atau bekas. Tekan benih yg hujung tajam nya menghadap ke bawah. Tekan sehingga benih tengelam.
Langkah 3 :
Setelah anak benih tumbuh setinggi sekitar 4cm hingga 6cm dengan 6 helai daun, barulah dipindahkan ke dalam pasu besar yang mengandungi tanah gembur tadi atau boleh juga ditanam terus ka atas tanah. TIP PENTING. Pastikan tanah yang digunakan betul2 subur dan pokok di baja 2kali sebulan supaya bunga terbentuk sempurna dengan kelopak penuh dan tidak jarang2.
Jika ditanam di atas batas,jarakkan satu anak benih dengan anak benih yang lain.Tujuannya supaya anak-anak pokok tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh dengan subur.
Langkah 4 :
Selepas alih anak pokok ke dalam pasu. Letak tempat redup sementara waktu untuk pokok pulih dari kejutan semasa dipindahkan. Selepas itu letak anak pokok di bawah sinaran matahari. Baja 2minggu sekali. Siram 2kali sehari pagi dan petang.
Langkah 5:
Kawalan perosak. Belalang ,beluncas dan siput merupakan musuh utama pokok bunga matahari. Jika ada serangan. Boleh guna racun brogard untuk atasi serangan belalang dan beluncas. Guna racun sipu jika ada serangan.
Langkah 6:
Bunga matahari biasanya berbunga ketika sudah mencapai usia lebih kurang dua bulan.Benih yang kami jual 50hari sudah mula berbunga. BESARNYA CIPTAAN ALLAH semua pokok bunga matahari akan menghadap ke arah sumber cahaya matahari pagi ketika berbunga.
Selepas kira-kira 3 bulan pula, biasanya tunas cabang bunga baru mulai tumbuh pada pokok.
Langkah 7 :
Selepas bunga menjadi kering. Boleh lah cantas dan asingkan benih dari bunganya. Beratus benih baru sedia untuk di simpan dan di tanam. Pastikan benih di keringkan sebelum di simpan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.